small advertisement

Monday, June 28, 2010


Yang mana yang paling menawan hati?


Kucing 'Toyger'


atau

Kucing 'Bengal'





Fuhhh.... Kucing raja-raja ni. Mesti mahal!

Sunday, June 27, 2010

Instead of blog, I need other medium to express my feeling.

But not for public. Sorry.

Yes.

I need a diary!

Real diary!!

And I need it NOW!

Friday, June 25, 2010

CR lagi!~





Source: FIFA.com - 2010 FIFA World Cup - Portugal

Walaupun sokong team lain, tapi mata still tertarik dengan CR ni. Dan kalau korang tengok gambar-gambar kat website FIFA, memang banyak fokus kat CR je. Maybe sebab tahun ni, takde sangat muka-muka famous macam sebelum ni kot. So, jangan salahkan ku kay!

Petang ni game menarik! Tak dapat nak predict sapa yang conquer game, dan sapa yang dapat pegi ke round seterusnya.

Nak gi melepak kat mamak la japgi petang, semata-mata CR.




hahaaa. pengsan aku kalau si dia tahu. ekekeee~

interesting facts about liver!!!





















Wednesday, June 23, 2010

Kaki sakit.

Berdenyut-denyut mintak rehat di katil. Atau sekurang-kurangnya berehat di lantai.

Tapi bukan dengan tergantung bila duduk di kerusi ni, sebab lain macam sakitnya.

Kalau jalan dan turun tangga, apatah lagi perasaan sakit tu.



*terasa bersyukur dengan segala nikmat dan punya kaki untuk terus berjalan walaupun terjengket-jengket*

Tuesday, June 22, 2010

bahana senaman

Aritu dok pasang azam dan angan-angan nak bersenam setiap kali Sabtu dan Ahad pagi. Maka, Sabtu lepas, pagi-pagi aku dah start bersenam. Mula-mula warm up badan dulu. Stretch sana sini. Lepas tu mula buat senaman yang sederhana berat. Dan seterusnya, mula berjogging. Semua senaman tu tak lama. Sejam je.

Tapi tengahari tu, aku dah mula rasa sakit-sakit kaki. Jalan pun dah tak stabil. Malam sabtu tu, dah start letak minyak angin, urut-urutkan sikit, dengan harapan esok tu, kaki tak sakit lagi.

Esok pagi, bangun-bangun dari tido tu, elok je nak jejak lantai, dah terhuyung-hayang. Rasa kaki still sakit dan tak kuat macam selalu. Jalan pun terjengket-jengket. Terasa lambat nak pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Tapi kaki tak terasa sakit, bila tengah duduk, baring, bersila. Rasa sakit bila nak berjalan je, dan extra sakit bila nak turun tangga. Petang dan malam tu, urut lebih sket. Yelah, Isnin kan kena kerja.

Pagi Isnin, try test jalan kat dalam umah. Kaki belum ok lagi. Woohoo! Dah terus, rasa taknak gi keja. Cepat-cepat SMS encik bos dan orang yang berkaitan, tentang kepontengan ke tempat kerja. hehe. Petang ke klinik, untuk amik MC. Taknak la cuti dipotong sebab memang betul-betul sakit kan. Lansung bila dah check dengan puan doktor, puan doktor cakap, lambat lagi nak baik 'penyakit' ni. Erkkk.

Sampai sekarang kaki tak ok lagi, jalan terjengket-jengket. So, jangan pelik ye kalau terserempak aku kat tengah jalan dan nampak macam aku ni macam patah kaki. Itu sesungguhnya, bahana buat senaman yang keterlaluan! Wohooo!





meza:..... dah 4 hari bercuti. malasnya nak gi keja sok. :P

Friday, June 18, 2010

yakin terlebih

Apesal aku yakin sangat anta SMS kat encik boipren camtu...

"Saya rasa arsenal memg kot. Muahahah. Sj kcau awak. Hehe"

Arsenal? Bila plak game Arsenal nih? Argentina la....

Memang? Memang apa nyer. Menang la...


Aduh.... Tu la, teringin nak involve pasal bola, last-last merepek yang bukan-bukan. Mujur encik boipren tak reply SMS buat serangan balas.

Kalau tak..


Padanla muka tuh!


Keputusan Arsenal Argentina lwn Korea semalam: 4-1.

Thursday, June 17, 2010

judi

Bagi Islam, judi itu haram. Mana-mana agama pun kalau ikutkan, hukumnya haram. Tapi macam si ai en aa, diorang tak peduli. Macam arak tu la, diorang mana bole minum, Tapi minum jugak. So, kalau judi, diorang judi je. Dan ada segelintir orang Islam pun judi jugak. Tapi pandai, dalam diam-diam pi berjudi.

Bulan ni, bulan WorldCup, banyakla aktiviti bet sana, bet sini, team mana bole menang, team mana kalah nanti, team mana yang bole pi masuk semi final. Macam-macam selok-belok atau angle dok bagi bole bet. Serius, macam-macam cara.

Yang aku mushkil tu, kalau menang pun, bukannya duit tu bole buat belanja pun. Nama pun duit judi kan. Tak kisah ke kalau duit judi buat belanja makan bukan takat diri sendri tapi untuk bini dan anak-anak. Tapi aku pernah tanya sorang kawan aku ni, apa dia nak buat dengan duit judi tu kalau menang.

Dia bole kata, "bayar duit utang kat kawan-kawan la, nak buat belanja sendiri, tak bole."

Hohoo. Aci ke camtu.

Tepuk dada tanya iman.

Ke iman pun tak cukup kat dada tu?




meza:.... susah kalau nak dapat duit yang betul-betul halal sekarang ni

Tuesday, June 15, 2010

Geburstag viel glueck!

Untuk si dia:


Geburstag viel glueck! !
Ich liebe dich! ♥ ♥



Yes, I LOVE YOU.

Mungkin bagi kau, hanya sekadar ayat biasa
tapi
bagi aku hanya itu ayat azimat yang masih kekalkan hubungan antara kita dua.
Dan aku takkan jemu untuk menyatakannya berkali-kali.

Seperti tahun-tahun sebelum ni,
pesanan yang sama akan aku sampaikan.

Kau jadilah diri kau yang seadanya,
tak usah berubah.

Aku suka diri kau seadanya.

Dan

Moga hubungan sesama kita akan sentiasa harmoni dan bahagia.
Aku juga berharap moga kita dua mampu kekal hingga ke status seterusnya.


(,") (",)



meza:... apsal mode serius sgt ni?

jawab satu tag, ada lagi 3 menanti

7 jun aritu, ada blogger yang datang singgah, tinggalkn link untuk jawab tag. sorila afzan ye, lebih seminggu baru ada kesempatan nak jawab. tu pun ala-ala tak complete. hehe.

nah, sila la terima jawapan tag yang gugu-gaga ni. :)

Soalan pertama
: adakah anda rasa anda hot?

hot n spicy ke? hoho. aku tengah panas dengan hal ofis je. klau hot lain yg dimaksudkan tu, no-no i'm not hot. tapi comel. woot-woot!

Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.

sori, tkde wallpaper kt pc/laptop. prefer kosong je. but my handphone ade la wallpaper.
nanti i upload ye.


Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.

(hp 1) ada cincin yang terletak kat atas buku. rasanya diari kot. background tu, ada corak-corak abstract.

(hp 2) pic i bersama encik boifren. masa tu baru balik dari shopping. :)

Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?

macam minggu lepas kot. tapi kecik je, yg personal punya.

Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.

paling latest tu, maknanya latest di pasaran atau baru dengar. hehe.
acah je.
secondhand serenade - fall for you

Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

tak buat apa. hakhak~

Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

rasanya bole dikatakan lain orang, panggil nama lain. so ada banyak jugak la. hahaa.
dayang, d, mezz, meza, rancid, meja, p7,.....

Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.

lapan? lima dah la.

eppa, natrah, qemmal, fence, hazerin

Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?

kawan satu kolej dan kawan blog. sila la lawat blog beliau

Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5

awak, bila awak nak update blog. rindu la..

Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?

contact dia ramai. tapi ati dia sedang dimiliki oleh seorang jejaka bernama shahren :)

Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?

berkawan baik sejak di matriks sampai sekarang. single but not available

Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no. 6.

~Not applicable~
Hoho

Soalan ke-empatbelas : kata2 cinta untuk orang no. 2.

Nat, rindula nak lepak-lepak sembang dengan ko. bunga aku tu ada lagi ke? XD

Soalan ke-limabelas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

~Not applicable~
Huhuu

Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.

  1. sama-sama sekolah masa form 4 & 5, tapi tak bertego. hohoo
  2. sekarang, sudah bertunang dengan Mr F. bila ek nak kawen? tahun depan kn?
  3. aktif blogging.
  4. kat skolah dulu, MPP tau. takut! hahaa
  5. sekarang dah tak takut, be friend thru blog. kn-kn.

Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.

macam seronok tapi serabut nak jawab camne. *pening tak*

Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal.

razman?
siapa itu... coba teka. *ikut melodi lagu pramlee*
rasanya orang 1st buat tag ni nak sabotaj razman kot. kesian dia.

Soalan ke-duapuluh : gay or less?

saya perempuan. maka saya gay. hahahaaa~



meza:.... mood sikit mereng! trima dengan hati terbuka yerh. :)

Monday, June 14, 2010

24 jam, 7 hari seminggu

Apa yang korang nampak dari gambar kat atas ni?

Bagi aku, aku nampak satu jadual keuntungan untuk kedai-kedai mamak@mapley untuk bulan ni. Kedai lain mungkin bole kaut untung jugak, tapi rasanya tak sehebat kedai ni. Sebab? Kedai-kedai lain tak bukak 24 jam macam kedai mapley, lepas tu mana ada bagi screen besar yang macam kat mini panggung wayang kan.

Wohoooo!

Sesapa yang nak jadual lengkap, bole terjah kat website ni, k.

Sunday, June 13, 2010

kau apa ada?

Hello....

Dah bulan enam ni.

Dah pertengahan tahun, dan dah pertengahan bulan.

Bilanya kau nak accomplish segala misi-misi kau ni.

Orang lain dah sibuk, risik-tunang-kawen. Kau apa ada?

Orang lain dah sibuk beli rumah, kau apa ada?

Orang lain dah sibuk dapat gaji beriban-riban, kau masih lagi di gaji macam awal-awal kau keja.

Orang sibuk nak langsaikan utang, kau plak makin nak menambah utang.

Bila kau nak maju?

Friday, June 11, 2010

hanya sebab dia comel!

CRISTIANO RONALDO


  • Date of Birth: 5 February 1985
  • Height: 185 cm
  • Shirt number: 7
  • Position: Forward
  • Current club: Real Madrid (ESP)
  • International Caps: 72
  • International Goals: 22
  • First international: Portugal - Kazakhstan (20 August 2003)

Christian ERIKSEN



  • Date of Birth: 14 February 1992
  • Height: 181 cm
  • Shirt number: 21
  • Position: Midfielder
  • Current club: Ajax (NED)
  • International Caps: 3
  • International Goals: 0
  • First international: Austria - Denmark (3 March 2010)


meza:.... time camni je baru bole kenal pemain bola yang comel-comel. eheks!~

cinta ku

Jom layan video bawah ni. Hasil translasi bahasa jepun ke bahasa melayu!



Yang ni plak, Two is better than one (Malay Version)

Thursday, June 10, 2010

analisis??



Aku tak pernah tau plak aku ada pelawat-pelawat dari Amerika, India, Belanda, Jepun, Hong Kong dan Indonesia. Kalau dari Libya tu, tahula jugak sape visitor nya.

Hmm, pelawat-pelawat ni, orang Malaysia menetap sana kah? Ataupun, orang sana yang sesat kat blog aku ni? Mushkil-mushkil. Hmm, jangan plak diorang pakai translater kat google tu sudah, memang berterabur contents blog aku ni. Hahaa.

Nway, terima kasih ye datang melawat. Jangan segan-segan melawat blog saya yang merepek ni. Ekeke...



meza:.... dah rasa macam buat rumusan BM kat sekolah dulu.

Tuesday, June 08, 2010

subway marvellous!



Pergh.... Sub of the day untuk arini (tak terasa ke, pengulangan hari yang berganda?), Sandwich Tuna. Fuhh... Ok-ok. Bagi bukan peminat sandwich, takde perasaan pun kalau aku crita lebih-lebih pasal subway ni. Tapi sapa-sapa yang peminat sandwich, sila la ke Subway k!

Sebab kat situ korang bole pick and choose ingredient untuk sandwich tu. Erk.. Apa aku merepek ni? Eceh, aku pura-pura tak paham plak.

Kat situ korang bole pilih jenis roti yang macamana, nak letak sayur ke tak, nak letak sos apa. Dan bagi pemakan tegar sandwich, korang bole pilih roti sepanjang 1kaki (12 inci) atau selain daripada saiz standard which is 6inci tu.

Ini menu pilihan aku kalau gi Subway.

Roti Parmesan - 6 inci - ayam teriyaki - toasted - letak banyak sayur, timun, capsicum kecuali pickles - sos mustard - extra sos BBQ - extra sos cili

Sedap wey!.

Terasa meleleh-leleh sos BBQ ngan cili bila makan sandwich tu.



meza:.....Erk-erk. Balik nanti, nak gi rembat Subway la. Jom-jom!

antara menu terbaik di kampungku!

Masa cuti wesak aritu, aku balik kampung kat Perak. Dalam tempoh yang tak seberapa lama tu, sempatla aku melantak menu terbaik kat umah tok aku tuh. Walaupun bukan semua tu tok buat, meaning ada yang beli, tapi tok pastikan menu kegemaran cucu yang sorang ni disediakan. Hehee


Satay: kat mana-mana pun ada tapi setiap tempat tu, rasa satay tu berbeza kan. bagi aku, yang ni dia punya keistimewaan dia, sebab letak sambal dalam kuah kacang tu


Apam lenggang: Sedap dimakan bila-bila masa. breakfast ke, lunch ke, minum petang ke, supper ke. kat kl ni, macam payah sket nak cari


Putu Mayam: Walaupun setakat cicah dengan gula perang, tapi sedap woo. tak bole celen yang ada kat kl ni. tapi kalau dapat cicah dengan sambal, lagi best!


Ta Foo Fa (cmni ke ejaan?): perfect! lembut, terasa soya, air gula pun tak manis sangat!


Mee Udang: Fuhh, terbaik. Air udang, air daging, kacang, cili semua terasa dalam mee udang ni. Dan dibuat special untuk aku je...erk, bole bikin meleleh ayaq liuq masa taip ni pun.


Macamana aku tak gemuk kalau balik kampung walaupun sehari dua. Dan macamana aku tak rindu kat tok...... :( Pergh, terbayang-bayang keenakan kuah mee udang tok tu. Terasa kacang dengan cabai yang dikisar halus tu. Terasa kemanisan air udang. <----- erk, bape kali mau ulang daaa~


meza:.... awak, tak pernah rasa lagi kan mee udang tok tu. confirm termimpi-mimpi. sebab tu, tak bole bagi awak rasa sekarang. hehehee

Thursday, June 03, 2010

kabel

Dah dua-tiga hari...
Tercari-cari dalam beg laptop.
Tercari-cari dalam laci.
Tercari-cari dalam kotak kasut.

Aishh..
Mana pulak ilang kabel kamera dengan kabel handphone nak transfer gambar masuk PC ni...

Hmmm...
Camne nak update FB ni.

Camne nak update blog ni.

Hmmm...
Eleh, alasan je tuh........................ (~,<)

Tuesday, June 01, 2010

selepas 13 tahun berpisah


Kiri: Arfah, Aini, Fadirul, Ami, Farisya, Syarima, Fatimah
Selepas tiga belas tahun terpisah, akhirnya bertemu di kenuri Farisya.

Agak mengejutkan bila aku dapat jemputan ke kenuri Farisya sebulan yang lepas. Sebab masa aku kenal dulu, Farisya seorang yang ala-ala ganas sikit. Series ganas. Dia dulu pengawas, tinggi (masa tu aku pendek je), berbadan besar (selalu wakil sekolah untuk bola jaring dengan bola baling), selalu buli orang. Takut wey. Tapi aku antara kawan-kawan yang selalu lepak rehat sama dengan dia. Masa tu rasa macam konco-konco Farisya. hahaa. Kat sekolah rendah dulu, aku jarang makan berat sebab takut sakit perut dan malas nak bersesak-sesak beratur. Jadi, kami ni selalu beli keropok leko, lepak rehat sama kat gazebo tepi kelas. Hehee.

Kembali ke topik jemputan, takkan semua orang yang ganas-ganas ni, orang tak suka kan. Mestila ada bahagian Farisya yang lemah lembut ke ataupun yang suami dia ni bole berkenan kan. Kalau tak, takdela dia kawen dulu dari aku. Hahaa. Tapi masih, waktu aku kat kenuri Farisya, memang dia tak berubah dari zaman aku kenal dia 13 tahun yang lepas. Masih Farisya yang sama. "Gelong" sungguh pengantin tu aritu.

Kat kenuri Farisya tu jugak, sesi small reunion dengan kawan-kawan yang lain. Dan kalau si pengantin tu tak kenal atau lupa salah sorang kami, kami sakat dengan istilah,

"Hang dulu selalu buli dia. Takkan tak ingat?"

Tengok, betapa ganas nya Farisya ni dulu, sampai istilah buli yang digunakan. Bukannya nak cakap, si polan-polan ni dulu comel ke, cantik ke, tapi Farisya jugak yang kena. Hehee.

Sebenarnya, kebanyakkan kawan-kawan sekolah dulu ni, tinggal dan keja di sekitar KL dan Shah Alam jugak. Tapi kat kampung jugak yang jadi tempat bertemu. Yelah, kalau kat KL ni, ada yang keja tak ikut jadual, ada yang punya masalah transport kan.

Tapi, percaya tak kalau aku cakap, muka-muka kami tak banyak berubah dengan 13 tahun lepas? Cuma berubah ketinggian je. Heheee..



meza:............ nanti aku try cari gamba di zaman sekolah rendah.