small advertisement

Monday, May 31, 2010

terbaik dari yang terbaik!

Dulu aku bersekolah di kampung. Dengan itu, aku sangat glamour dengan gelaran anak tok dan wan. Kalau apa-apahal, aku mengadu dengan mereka. Kalau nak ke mana-mana, wan yang akan hantar aku. Dan dah bermacam-macam perangai dan kerenah aku yang mereka terpaksa bertahan dan bersabar. Jadi, dah tentu aku lebih rapat dengan tok dan wan berbanding ahli keluarga yang lain.

Sampai sekarang, tok dan wan akan layan aku extra dari ahli-ahli keluarga lain. Tak kira la, anak sendiri ke, menantu ke dan cucu-cucu sekalipun. Memang extra punya.

Tiap kali aku balik kampung, aku memang dilayan ibarat anak raja yang mengada. Aku sebut je nak makan apa, confirm tok akan cuba sediakan. Tapi itu dulu, sekarang aku takdela sekejam tu. Aku ikut makan je apa yang kat umah tu. Tapi, masih layanan taraf lima bintang.

Sepanjang aku kat kampung, dah jadi satu rutin, setiap jam 1 tengahari, tok akan tanya, dah nak makan belum. Bila aku cakap ya je, makanan memang dah terhidang depan mata. Lengkap dengan nasi kat dalam pinggan, air satu jag. Katakanla aku senyap-senyap pegi amik nasi kat dapur tu, aku kena marah manja dengan tok. Sebab dah tentula aku amik nasi sikit. Tapi tak pasal kena leter pulak.

Lepas je makan tengahari, tok dah ready buat makan petang pulak. Pisang goreng ke, cucur badak ke. Tak sempat nasi tu nak turun ke perut, dah kena sumbat dengan makan petang. Sebab tu la, aku nak amik nasi sikit je. Hehee.

Dan cuba bayangkan.. Bayangkan ok... Tengah dok layan makan petang, tok bole gi tanya, menu makan malam macamana plak. Fuhh... Masa tu bole aku perli-perli lawak dengan tok.

"Tok, tok nak dera meza ke ni? Meza baru nak makan cucuq. Nasi tadi pun takdan sampai perut lagi ni"

:)

Kalau bulan puasa pun camtu, katakan la aku 'cuti', menu macam ari biasa. Padahal, aku patut makan ala kadar je. Tok memang terbaik!.

Itu bila bab makan. Kalau aku tak sehat ke apa, kejap-kejap datang check keadaan aku macamana dah ok ke blum. Kadang-kadang tu, datang teman kat sebelah. Padahal aku selsema je. Bukan demam teruk pun. Kalau demam plak, memang semalaman berjaga. Dasat tak?

Hmm.. Macam nak duduk kampung, temankan tok. Bukan sebab nakkan layanan tok tu, tapi aku tau tok dengan wan sunyi. Sebab tu bila aku balik je, memang layanan tak ternilai macam tu diberikan.

Tok, meza mintak maaf ye. Tak dapat nak temankan tok arini. Tak dapat nak dating-dating dengan tok, makan kon sundae kat McD.

Tapi ini je yang meza bole ucapkan:

Selamat Hari Jadi Tok.
Moga dipanjang umur sampai 150 tahun!
Meza nak tok tengok cucu tok ni dapat cicit. Lepas tu, cicit tok ni dapat piur.
Piur ni plak bagi anak dan cucu lagi kat tok. Hehee.

Meza sayang tok!



meza:..... tahun depan, meza amik cuti teman beday tok ek. Kita pi dating kat Mcd, makan eskrem. :-*

4 comments:

  1. terharu baca ni meza.. isk2..sedey2. selamat ari jadi.. smoga tok panjang umur murah rezeki and dpt tgk meza berkeluarga. =)

    ReplyDelete
  2. sedeynyer...sob...sob...sob...aamiiiiiiin...moga doa dimakbulkan...

    ReplyDelete
  3. terkenang arwah nenek qemmal :(

    bestnye meza dimanja-manja ye. takpe tak dpt celebrate hari sebenar, celebrate pada satu hari yang dilakonkan semula. hehe. ckp ape ni belit2? :P

    ReplyDelete
  4. eppa & in,
    thanks yeh. :)

    qemmal,
    earlier ada buat kek comel, tp cm satu rutin kne mkn eskrem mcd. huhuu

    ReplyDelete

Hello!