small advertisement

Thursday, May 20, 2010

setiap hari dari pagi sampai tengahari

Setiap hari, ibarat isteri mithali, aku akan jenguk dapur aku, untuk mulakan aktiviti masak-masak. Bukan masak untuk diri sendiri, tapi untuk customer-customer yang rajin menziarah ni.


Bole tahan jugak bisnes aku ni. :p

Agak-agak dah bosan masak-masak, aku bagi makan ikan plak. Kesian kat diorang, kelaparan.


Macam-macam jenis ikan yang aku bela. Tapi jangan tanya nama, memang aku tak tau.

Lepas tunaikan tanggungjawab, aku pegi berperang plak dengan geng-geng Mafia. Kejap terbang ke Bangkok, patah balik ke New York, terbang plak ke Moscow. Lepas tu singgah Cuba kejap, collect hasil. Huhuu


Job kat Cuba dah hand over kat orang lain dah.

Dah senang ati berperang tadi, pegi plak bercucuk tanam. Bagi rehat sikit ati yang berdebar-debar masa perang. Huhu. Sambil-sambil tu, bole la nak tuai hasil tanaman, hasil ternakan.


Sebelum dan selepas menuai hasil :p

Dan akhirnya, aktiviti mencari harta dekat pulau-pulau. Fuh, penat nak gali-gali ni.


Besar sungguh pulau ni. Berhari-hari nak kena gali.

Dasat tak aktiviti pagi-pagi aku. Merangkumi semua aspek. Kalau ikutkan, nak bangunkan bandar. Tapi dah pass kat orang lain dah. Lecehla nak bangunkan bandar. Nak kena ukur sana-sini, buat research bagai. Eheks.





meza:..... ni la pinangan FB dalam hidup aku. Mujurla memang takde keja sangat sekarang ni. Korang ada buat perangai cam aku ni?

2 comments:

  1. rajin weyh..
    kalau aku haram nak join game2 ni..
    hha~

    ReplyDelete
  2. tkdela rajin sgt. tp bila dh tkde keja kt ofis ni, mmg dok cari keja cmni la.
    hahaaa

    ReplyDelete

Hello!