small advertisement

Wednesday, May 12, 2010

saya sebuah kete

Saya tak sedar dimana saya dilahirkan. Saya cuma tahu, tiba-tiba je saya sudah berada di showroom p*rodua. Entah ke mana menghilang memori saya sebelum itu. Menurut jurujual yang in charge pasal saya, saya bukanla untuk dipertontonkan memandangkan saya sudah pun dibeli oleh seseorang. Siapa agaknya ye? Kalau jurujual tu yang beli pun, saya tak kisah. Dia hensem orangnya walaupun sudah punya tiga orang anak. Phewww. Gatal juga saya ni ye. Ehehee.

Walaupun saya dilahirkan di Selangor (mengikut info yang diberikan oleh jurujual), tapi saya didaftarkan di Perak. Kenapa di Perak? Saya berpendapat tuan saya itu pun berasal dari Perak. Ntah, saya belum berkenalan dengan beliau lagi masa tu. Sebaik didaftarkan, saya terus ditampal nombor untuk membezakan antara saya dan kawan-kawan lain. AGX ****. Saya suka dengan AGX tu, terasa macam adik-beradik dengan X-Men plak. Huuuu. Saya ni kuat perasan rupanya kan.... :)

Saya didaftarkan pada 19 Oktober tapi sudah beberapa hari tuan saya tak ambil saya lagi. Sampai ati beliau buat saya tertunggu-tunggu. Mujur saya ni memang dibeli olehnya, kalau tak, memang saya pikir yang bukan-bukan.

Akhirnya tanggal 22hb, ada seorang gadis yang ala-ala comel jugak, datang jumpa jurujual yang hensem tadi tu. Dan lepas beberapa minit, si gadis tu datang belek-belek saya, dan masa yang sama, jurujual tersebut hulurkan kunci kepada beliau. Yeay! Itu tuan saya la. Sebabnya, lepas dihulurkan kunci tu, tuan saya terus unlocked saya dan duduk dalam saya. Ntah macamana saya rasa sangat berbangga dapat beliau sebagai tuan saya. Mungkin kerana comel. <-kena bodek-bodek sket tuan saya ni, kalau tak dia mungkin merajuk. Dan nama beliau, meza. So sweet name. <-Jom puji-puji lagi.

Selepas diberi sesi pengenalan oleh jurujual tersebut, tuan saya pun membawa saya pulang ke kediaman beliau. Saya dijaga rapi oleh beliau. Setiap 4-5 hari bila saya bermain debu atau terlibat dengan kekotoran, cepat-cepat tuan saya bawa pegi spa. Yerp, spa. Tuan saya suka memanjakan saya dengan spa macam tu. Cuma belum ada kesempatan nak rasa wax plak.

Beliau juga gemar bersembang dengan saya. Ya, sungguh! Dengan itu, saya diberi nama Midnite Twilight Sober, dan nama manja saya, Midnite. Asal-usul nama saya? Tuan saya kata, Midnite tu sempena nama warna saya. Twilight tu nama novel/filem kegemaran beliau. Sober tu plak, nama bagi salah satu lagu kesukaan beliau. Bukan setakat beliau yang gemar bersembang dengan saya, kawan-kawannya pun macam tu juga.

Tuan saya ni walaupun dia nampak comel, dia jenis rock. Yeah, rock bebeh! Lagu-lagu yang selalu beliau mintak saya dengarkan mesti lagu macam Butterfingers, System Of Down, The Rasmus, dan banyak lagi. Jadi, saya pun turut menjadi rock jugak. Rock bebeh. Again! Bukan setakat rock macam tu yang dimaksudkan, beliau jugak sangat gemar membawa laju di jalan raya. Kadang-kadang tu, pernah mencecah 140km/j. Dasat kan. Mula-mula saya gugup, takut. Tapi lama-lama, saya pun gemar berlari laju di atas jalan raya. Lagi-lagi kalau saya rasa jalan tu sedap semacam je. Hehee.

Tapi ada suatu hari, tuan saya moody. Ntah kenapa agaknya. Sampai-sampai jumpa saya, terus masam muka. Beliau minta saya dengarkan lagu rock yang sangat kuat dan bising. Jiwa kacau agaknya. Beliau terpekik, terlolong menyanyi sebelum membawa saya jalan. Saya runsing dengan keadaan beliau, dan tanpa sedari saya lalai. Saya hampir buat pintu belakang tu calar teruk.

Tuan saya terkejut. Walau macamana sekalipun, beliau tak marahkan saya. Malah, beliau membelai-belai dan berkali-kali mohon maaf kerana buat saya runsing. Terus dibawanya saya jumpa kedai spa yang dipercayai dan boifren beliau untuk diberi rawatan. Saya tak kisah, memang salah saya. Mungkin lebih baik tidak diberi rawatan, supaya saya bole merasa kesakitan yang dilalui oleh tuan saya pada masa itu.

Sekarang, kami seperti tak dapat dipisahkan. Selalu bersama. Dibawanya saya balik kampung, berdating dengan kawan-kawan, berjalan-jalan sampai ke Terengganu. Fuhh... Saya tak kisah dibawa ke mana pun, asalkan tuan saya gembira.

Saya sayang tuan saya!









meza:.........amacam? cara tak entri aku? walaupun aku tak pandai buat ayat manis, tapi aku memang terer buat karangan aku sebuah benda. muahahaaa! :P

2 comments:

  1. cakap je la saya sebuah VIVA ELITE..
    haha~

    ReplyDelete
  2. haha. bocor rahsia~
    tknk letak, sebab spesifik sangat tuh. nnti senang nak cari.
    ngeee~

    ReplyDelete

Hello!