small advertisement

Wednesday, May 19, 2010

saya makin muda!

Area umah aku ni, bole dikatakan macam penempatan untuk student. Kebanyakan muka ala-ala lepasan SPM. Tak terkira ramainya student, sampaikan kadang-kadang aku rasa macam aku plak yang menumpang dok kat situ.

Semalam, dengan tshirt longgar dan berseluar track, aku turun bawah (dari umah aku), nak pegi beli oblong, memandangkan perut menyanyi-nyanyi mintak diisi. Aku pun pesan la kat mamat pengkid (mamat or minah) yang buat bege tu, oblong daging satu.

Masa tengah tunggu oblong tu siap, aku main-main game kat henset dulu. Malas la nak terpacak tunggu kan. Tak macho tak? Haha. Tapi masa yang sama, aku intai-intai mamat pengkid tu masak. Elok je aku tengok dia angkat daging oblong tu, lepas tu diletakkan sos BBQ dengan sos cili, dan dibalut rapi. Aku pun segera la keluarkan duit, nak bayar untuk oblong tu.

Elok mamat tu hulurkan bungkusan oblong tu, tiba-tiba dia tanya aku,

"Awak ni belajar kat kolej **** ke?

"Saya bukan student, saya dah keja dah."

"Mudanya dah keja?"

Aku senyum je. Malas nak balas lebih-lebih. Sementara aku tunggu duit baki, dia sibuk-sibuk mintak adiah arijadi kat kawan-kawan dia. Rupanya semalam ari jadi dia. Dan masa yang sama, kawan dia tanya,

"Umur ko brapa sekarang ni?"
"26"

Aku mushkil, adakah aku ni memang nampak muda sangat macam budak-budak lepasan SPM ataupun dia tengah try mengayat aku?

Aku amik yang first la. Kena berfikiran positif kan. Kang aku dok pikir yang nombor dua tu, aku tak pegi dah gerai bege tu. Rugi tu kalau aku boikot gerai dia. Bege dia sedap-sedap!

So, aku memang nampak muda kan? Ala-ala sweet 20 je tak?

Hahahaaa...





Perasannya meza ni.

No comments:

Post a Comment

Hello!