small advertisement

Thursday, May 13, 2010

niat terpesong

Seperti entri aku sebelum ni iaitu yang ini, aku memang cepat tergoda bila bab-bab kasut, wedges, clog, sandal dan walaupun selipar jamban sekalipun. Maknanya sila jauhkan aku dari kedai kasut. Tolong ok. Pls-pls-pls, engkau jangan nakal.

Tapi bole ke aku ni bertahan lagi-lagi kalau selalu berjalan-jalan berseorangan?

Mula-mula, laksanakan misi dulu. Pegi beli barang-barang berkaitan kat Ikea tu. Tapi tengok jam awal lagi, sambil nak cari makanan untuk dinner. Takde niat pun nak singgah kedai-kedai tepi tu. Sebab memang dok pikir, pegi Ikea sebab nak beli barang je.

Tapi, ternampak PADINI Concept Store. Tipu kalau aku kata tak singgah, mestila aku singgah. Aku dok nampak-nampak, PADINI tu melambai-lambai ok. Tapi ada sebahagian diri aku tu, mintak bertahan dengan segala godaan di depan mata nanti. Mula-mula, lalu bahagian SEED. Lalu sekadar lalu.

Meza, bertahan!

Pegi bahagian PDI plak. Fuhh-fuhh, cantik plak tshirt ni. Angkat letak, angkat letak. Berlalu ke P&Co plak. Wah, lagi cantik tshirt² kat sini. Belek-belek. Angkat tengok, acah dekat badan. Wow, comel! Sebahagian diri bagi komen, "ala baju camni, tak abisnya esok lusa".

Meza, bertahan!

Kemudian ke bahagian Padini Authentics. Tergoda dengan kemeja, blaus. Tengok sekali lalu je. Lansung tak pegang. Sebab? Ada promoter yang muka masam kat sebelah. Terima kasih promoter, kasi down sket perasaan nak shopping tu.

Last, singgah VINCCI. Erk-erk. Banyaknya pattern baru. Try satu-satu. Macam biasa, sebahagian diri aku bagi komen, "Yang ni tak sedap la, yang ni saiz besar. Eh, ko pakai ke kasut camni. Takyah berangan."

Tapi ada satu kasut memang gorgeous. Pun takdela mahal sangat. Sebahagian diri dah mula goyah. Nak ke tak. Nak ke tak. Baucar Padini pun ada ni. Topup sikit je lagi.

So, apa agaknya keputusan yang aku buat masa tu? Teng-teng-teng........



Hint: Berpuas ati jugak la dengan keputusan yang dibuat tu (hint ke ni?)

No comments:

Post a Comment

Hello!