small advertisement

Friday, May 14, 2010

kete pun nak 1 Malaysia jugak

Pagi-pagi, masa nak pegi keja, bole dikatakan setiap ari aku berselisih dengan keta yang sama. Bukan sebijik dua, tapi banyak. Ada sekian-sekian masa, aku berselisih dengan keta grand livina no plat WSQ %^&*. Ada perdana, ada BMW, ada...blablabla. Banyak ok, mana nak senarai satu-satu kan.

Itu kalau aku pergi keja on time la. Tapi kalau aku keluar rumah lambat sikit je, memang aku takkan terserempak dengan keta-keta ni dah. If ada gak terserempak kat tengah jalan tu, maknanya diorang ni pun keluar lambat. Masa tu aku rasa semacam nak hon-hon je. Konon-konon macam kenal rapat la. Macam nak sembang-sembang, "Eh, ko pun keluar lambat arini?"

1 Malaysia kan.

Tak bole meh?

No comments:

Post a Comment

Hello!