small advertisement

Tuesday, May 11, 2010

bila prettyrain memandu

Fuhh. Rasa macam dah lama gilak (gilak?), tak buat tag. N below soalan-soalan yang aku kena jawab. Miss Eppa, jawapan saya mungkin skema sket. Hehe.


1) Adakah anda ada lesen memandu?
- Ada-ada. Baru je renew.

2) Bilakah anda amik lesen memandu?
- 2005. Dapat lesen masa hari jadi yang ke-20. Adiah beday untuk diri sendiri.

3) Brape lamakah pngalaman memandu anda?
- Haiyoo. Calculator please. Malas mau kira.

4) Pengalaman pahit ketika memandu?
- Hampir-hampir nak eksiden dekat highway Gurun sebab nak elak kete yang tiba-tiba nak mencelah masuk.

5) Pengalaman manis?
- Diberi kepercayaan untuk bawak keta orang lain walaupun orang tu baru je beli kereta. Senang crita, aku rasmi dulu. Woha!

6) 3 tabiat ketika memandu.
- Tabiat? Terpekik, terlolong menyanyi dalam kete bila berseorangan.
- Kalau dekat highway, tanpa sedar meter dah touching 130-140km/j. Isk-isk.
- Ber'sms' ketika driving. Fuhh, taktau macamana nak stop.

7) 3 pantang time memandu.
- Ada serangga merayau-rayau dalam keta. menganggu penglihatan ketika pemanduan. eceh
- Penumpang-penumpang kete yang tiba-tiba menjerit, terpekik untuk satu-satu kejadian. Tapi itu dulu, sekarang dah ok dah.
- Jangan sebarang hon, lagi-lagi dalam traffic jam. Orang lain pun sangkut jugak.

8) Last sekali, as usual..kena la bagi tag ni kat sapa2. So this tag goes to:
Wajib - fence (walaupun aku tau kebanyakkan jawapan kau nanti)
Harus - afzan, atoy, kert, ryehannazz, qemmal, dan kamu, dia, ya, kamu semua!~


Fuhh, penat plak menjawab tag ni. Ada sapa-sapa nak belanja makan tak? Ngeee~

4 comments:

  1. x suke org hon2 ni kn... rs cm terkejut je.. annoying. =S

    ReplyDelete
  2. betul-betul. kalau nk hon pun,hon nak bagi alert kt org, bukannya utk luahan perasaaan dalam jam.

    ReplyDelete
  3. nasib baik harus..
    ti aku buat le..
    haha~

    ReplyDelete
  4. erk terkena tag. insya-allah :D

    ReplyDelete

Hello!