small advertisement

Friday, May 21, 2010

belajar dari yang terbaik!

Ada masa, aku bangga dengan diri sendiri.

Ada masa, aku rasa malu dengan diri sendiri.

Bangga dengan diri sendiri bila masa tu aku dipuji secara ikhlas atas segala tindak-tanduk, kelakuan aku untuk sesuatu perkara. Masa tu, senyum pun boleh sampai ke telinga, dan berharap nak dengar lagi puji-pujian macam tu. Kalau bole setiap masa.

Tapi bila aku dikeji, dipandang sinis, macam nak lari jauh-jauh, duduk dalam gua. Tapi gua apa ada kat KL ni? Gua kat Batu Caves? Tinggi woo nak panjat. Eh, ke laut plak. Masa tu, malu dengan diri sendiri walaupun itu perbuatan sendiri tapi masih nak menuding kat orang lain, nak letakkan kesalahan kat orang lain pulak.

Kenapa setiap kali kita rasa bangga dengan diri sendiri, kita akan lupa nak menghargai orang yang sepatutnya? Amik masa yang lama jugak nak hargai orang tersebut.

Tapi bila ada sesuatu masalah yang menimpa, cepat sungguh kita teringat untuk menuding jari kat orang lain? Betul tak?

Tanpa kita sedar, kita belajar dan terapkan nilai-nilai yang baik dan buruk itu dalam diri kita daripada sifu yang terbaik. Tak semestinya orang yang sama, ianya bergantung kepada keadaan. Sebab tanpa keyakinan, kita takkan terapkan nilai-nilai tersebut.

Contoh satu:

Kau bukan perokok. Dulu kau tak sukakan rokok. Tapi bila kau tengok kawan-kawan hisap rokok, lepas tu masa yang sama, kau rasa bergaya semacam bila merokok, kau rasa yakin nak merokok jugak. Masa tu, kau tak rasa keburukan rokok tersebut sebab kau tengok kawan-kawan kau sehat sejahtera. Takde penyakit. Jadi kau yakin, untuk teruskan merokok.

Cuba kalau kau takut-takut dengan kesan rokok, dan yakin bole memudaratkan kesihatan diri, ko yakin tak akan sentuh rokok lagi bukan. Logik tak?

Contoh dua:

Dulu kau tak ada lesen memandu. Tapi hari-hari kau selalu naik keta dengan orang lain. Kau akan tengok cara pemanduan beliau. Masa tu kau akan mula belajar tanpa kau sedari, cara pemanduan yang mana kau rasa selesa. Lepas je dapat lesen, kau dah mula memandu. Masa tu, mungkin kau akan teringat ada pemanduan yang macamana yang kau yakin dan mahukan.

Kalau kau rasa kau yakin nak bawak keta secara lasak, kau akan teruskan dengan pilihan tersebut.
Kalau kau rasa kau yakin bawak keta secara berhemah dan kau rasa kau tak yakin untuk pemanduan lasak, kerana mungkin bole terjadi kemalangan, kau teruskan pemanduan secara berhemah.

Contoh tiga:

Dia suka bercakap secara terus terang, yang mungkin boleh menyakitkan hati. Tapi di awal perkenalan kau dengan dia, seingat kau la dia tak macam tu. Cuma baru-baru ni, dia mula bersikap terus terang macam tu.

Bila diselidik, ada kawannya yang suka cakap macam tu. See? Dia yakin untuk berterus terang macam tu. Mungkin sebab dia yakin dengan membalas yang sama dekat kawannya, kawannya akan diam. Ataupun dia senang tengok kawannya cakap macam tu jugak.




Sila selidik diri sendiri. Kadang-kadang keyakinan itu tak sebagus seperti yang disangkakan.



meza:...... benda macam ni bergantung kepada diri sendiri sebab semuanya subjektif. kita yang menentukan sendiri keadaan tu berlaku macamana.

No comments:

Post a Comment

Hello!