small advertisement

Monday, May 31, 2010

terbaik dari yang terbaik!

Dulu aku bersekolah di kampung. Dengan itu, aku sangat glamour dengan gelaran anak tok dan wan. Kalau apa-apahal, aku mengadu dengan mereka. Kalau nak ke mana-mana, wan yang akan hantar aku. Dan dah bermacam-macam perangai dan kerenah aku yang mereka terpaksa bertahan dan bersabar. Jadi, dah tentu aku lebih rapat dengan tok dan wan berbanding ahli keluarga yang lain.

Sampai sekarang, tok dan wan akan layan aku extra dari ahli-ahli keluarga lain. Tak kira la, anak sendiri ke, menantu ke dan cucu-cucu sekalipun. Memang extra punya.

Tiap kali aku balik kampung, aku memang dilayan ibarat anak raja yang mengada. Aku sebut je nak makan apa, confirm tok akan cuba sediakan. Tapi itu dulu, sekarang aku takdela sekejam tu. Aku ikut makan je apa yang kat umah tu. Tapi, masih layanan taraf lima bintang.

Sepanjang aku kat kampung, dah jadi satu rutin, setiap jam 1 tengahari, tok akan tanya, dah nak makan belum. Bila aku cakap ya je, makanan memang dah terhidang depan mata. Lengkap dengan nasi kat dalam pinggan, air satu jag. Katakanla aku senyap-senyap pegi amik nasi kat dapur tu, aku kena marah manja dengan tok. Sebab dah tentula aku amik nasi sikit. Tapi tak pasal kena leter pulak.

Lepas je makan tengahari, tok dah ready buat makan petang pulak. Pisang goreng ke, cucur badak ke. Tak sempat nasi tu nak turun ke perut, dah kena sumbat dengan makan petang. Sebab tu la, aku nak amik nasi sikit je. Hehee.

Dan cuba bayangkan.. Bayangkan ok... Tengah dok layan makan petang, tok bole gi tanya, menu makan malam macamana plak. Fuhh... Masa tu bole aku perli-perli lawak dengan tok.

"Tok, tok nak dera meza ke ni? Meza baru nak makan cucuq. Nasi tadi pun takdan sampai perut lagi ni"

:)

Kalau bulan puasa pun camtu, katakan la aku 'cuti', menu macam ari biasa. Padahal, aku patut makan ala kadar je. Tok memang terbaik!.

Itu bila bab makan. Kalau aku tak sehat ke apa, kejap-kejap datang check keadaan aku macamana dah ok ke blum. Kadang-kadang tu, datang teman kat sebelah. Padahal aku selsema je. Bukan demam teruk pun. Kalau demam plak, memang semalaman berjaga. Dasat tak?

Hmm.. Macam nak duduk kampung, temankan tok. Bukan sebab nakkan layanan tok tu, tapi aku tau tok dengan wan sunyi. Sebab tu bila aku balik je, memang layanan tak ternilai macam tu diberikan.

Tok, meza mintak maaf ye. Tak dapat nak temankan tok arini. Tak dapat nak dating-dating dengan tok, makan kon sundae kat McD.

Tapi ini je yang meza bole ucapkan:

Selamat Hari Jadi Tok.
Moga dipanjang umur sampai 150 tahun!
Meza nak tok tengok cucu tok ni dapat cicit. Lepas tu, cicit tok ni dapat piur.
Piur ni plak bagi anak dan cucu lagi kat tok. Hehee.

Meza sayang tok!



meza:..... tahun depan, meza amik cuti teman beday tok ek. Kita pi dating kat Mcd, makan eskrem. :-*

Sunday, May 30, 2010

kejayaan ibarat makan ABC

Dah nak masuk bulan enam. Dah nak sampai ke pertengahan tahun. Setengah tahun bagi 2010 dah mula melambai-lambai pergi. Tinggal setengah tahun lagi yang akan dijalani sebelum mula melangkah ke 2011.

Tapi apa yang aku dah berjaya capai setakat hari ini?

Setelah difikir-fikir...

Berminit-minit...

Berjam-jam...

Berhari-hari...



Nampaknya, aku telah sampai kepada satu keputusan iaitu,

Tiada apa-apa yang benda/kejayaan yang bole dikongsikan bersama orang sekeliling aku. Kejayaan secara umumla maksudnya tu. Tapi kejayaan secara personal, ada dua tiga yang aku dah capai walaupun dalam peringkat yang tah hape-hape lagi. Sekurang-kurangnya harap lebih baik daripada yang sepatutnya. Tapi kejayaan ini seperti makan ABC.

Manis dan berlemak di mulut, nyilu di gigi, ada isi-isi yang mungkin diperlukan untuk melengkapkan rasa, atau ada isi yang kita tak suka nak makan. Bila dah abis makan ABC, dahagakan lagi.

Complicated? Memang macam tu la apa yang aku rasa tentang benda yang aku dah capai sampai ke hari ni.


Huh! Harap masih banyak masa dan sempat untuk aku penuhi hasrat aku tahun ni....


meza:..... awak adalah perkara terbaik yang saya ada. hanya awak yang saya bole kongsikan benda-benda ABC ni sbb awak tau apa yg saya suka dan apa yg saya tak suka. terima kasih ye!




Wednesday, May 26, 2010

tuah shameer sapa yang tahu

Wah, tak sangka one of my friends masa kat kolej dulu, menang tiket opening World Cup FIFA kat Afrika Selatan. Flight ticket dengan accomodation, pun cover sekali.

Ouh, tak sure anjuran pihak mana but, who cares!! :)

So,

Congrats to you Shameer!

Be careful when you reach there.

Dont try to be superhero even you think you look like once.

And get me SOME SOUVENIRS ok!

SOME not ONE!

Take care my dear friend!

http://www.fifa.com/worldcup/

Tuesday, May 25, 2010

kehidupan

Kadang-kadang kehidupan ini nampak seperti tidak adil.

Kadang-kadang kehidupan ini buatkan kita rasa cepat putus asa.

Kadang-kadang kehidupan masih memberikan peluang kepada kita.

Kadang-kadang kehidupan ini mampu berikan 1001 sinar harapan.


Sebenarnya, bukan bergantung kepada istilah kadang-kadang itu. Tapi bergantung kepada istilah kehidupan itu sendiri. Kita sendiri yang menentukan jalan kehidupan itu untuk menjadi lebih adil atau tidak. Dan tanpa kita sedari, kita sendiri yang memilih untuk menjadikan kehidupan ini lebih bermakna atau tidak.

Cuba berhenti merungut.

Dan mulai bersyukur.




meza:....... aku sedang belajar bersyukur dengan ketentuan oleh Nya.

Monday, May 24, 2010

keadaan henpon ku

Cuba tengok gambar kat bawah ni? Apa yang kau orang bole nampak?





Bateri tu dah dimaksudkan ke tempat yang sepatutnya tapi nampak tak ada bahagian yang terlebih tu? Bateri tu mengembang. Betul, tak tipu. Disebabkan bateri tu mengembang, casing handphone tak dapat ditutup dengan sempurna.

Sekarang ni, aku dah cuak dengan keadaan bateri tu. Nak kena replace cepat-cepat. Takut plak, kot-kot bateri tu meletup nanti. Uish, mintak simpang.


meza:.... awak, kesian tak kat henpon saya tu? sponser la sket. huhuu~
Weekend lepas, adalah weekend yang sangat menggoda. Sebagai perempuan yang penuh dengan hormon-hormon shopping, memang kalah kepada segala godaan tersebut. Aishh. Banyak rasanya syaiton-syaiton yang melekat masa tu.

Baaaaaaaaanyaaaaak sale dekat Mid Valley aritu.

Antaranya, Vincci, Padini <-macam setiap bulan pun sale, Jusco.

Oh, Jusco sale sampai 20hb Jun ye kawan-kawan.

Lepas tu, Voir, Giordano, Body Shop!

Haaaaaa, penuh gila orang kat Body Shop semalam. Maklumla sale sampai 70%. Yang pompuan-pompuan berhimpit dalam kedai. Yang laki-laki (maybe pasangan kepada pompuan tadi), menunggu di kaki lima. Hahaa. Kesian mereka.

Tapi kesian jugak kat aku ni. Terpengaruh dengan godaan Body Shop tu. Sebabnya, jeng-jeng-jeng. Hasil tergoda dengan tawaran Body Shop.



Kan aku dah kata. Aku ni cepat tergoda.

meza:.......awak, ampunkan saya sebab boros. tapi jangan risau, saya punya yang botol besar tu je. yang botol kecik tu, orang punya. saja gimik macam shopping semua. muahahahaa!

Sunday, May 23, 2010

partime model Clinelle. woha!

Aritu dekat Mid Valley Concourse, Clinelle bukak booth kat situ dari 19hb sampai arini, 23hb Mei. Sebagai pengguna Clinelle yang setia, memang wajib singgah kat booth tu la. Saja nak amik tahu, produk terkini diorang sekarang ni. Memang tak bole pandang sebelah mata macam tu je.

Oh ye, memang Clinelle ada announce kat Facebook pasal event ni, tapi aku ni bole dikatakan setiap minggu ke Mid Valley. So memang tahu la jugak event-event kat situ.

Ok, pasal Clinelle tadi, kebetulan pula, pencuci muka dah abis, toner dah abis, pelembab pun dah abis. So langsung je beli, alang-alang ada diskaun 15%.

Dan tak tahu plak, ada free gifts bagai. Takdela menarik sangat, tapi kalau dah manusia dapat adiah free, memang excited kan. Bagila adiah yang tak berguna sekalipun, mesti nak amik jugak. Masa bayar tu, dah sekali dengan paper bag. Fuhh, aku ni dahla pengumpul paper bag. Syiok woo..



Tak cukup dengan free gifts tu semua, diorang offer plak untuk make-over dengan photo shooting. Haaaa, amik kau. Tak pernah-pernah ditenyeh make up tebal camtu, langsung ditenyeh-tenyeh kat depan orang ramai plak. Tapi layan je. Free kan.

Lepas je make over tu, pegi plak bahagian photo-shoot. Fuh, bergaya depan orang ramai lagi. Diorang ni tak reti ke nak bagi tertutup sket tempat tu. Malu saya tau! Tapi aku bergaya je, malas nak amik kisah.



Maka jadila part time model untuk produk Clinelle jap. Itupun selepas hasil editing dengan adobe photoshop rasanya. Sebab aku sedar, takkan la lincin camtukan kulit muka aku. Tipu woo. Hahaaa.

Oh ye, aku ada sticker Clinelle. Korang nak tak? Eh-eh. Sticker bodoh je tapi bole berfungsi untuk entrance ticket ke show Stacy (Stacy ni duta Clinelle) sebagai VIP kat Alamanda. Bole pegi ke back stage kononnya. Ada 2 keping ni. Kalau nak, bagitau ek. Aku deliver free kat korang.





meza:....... 16hb tu ari rabu. event plak start pukul dua. tak bole nk ponteng keja dah. cuti tinggal sikit je lagi.

Saturday, May 22, 2010

[sticky mode]mai beli kereta mai.

Kawan-kawan,

Berminat nak beli kereta Perodua tak?
Roger-roger la kat email I.
Kalau sapa-sapa yang ada problem nak buat loan untuk perodua tu pun, tryla sini.
Insya-Allah, akan dipermudahkan.
Tapi jangan la plak diri sendiri tak tertanggung, tapi teringin nak pakai ALZA.
Hohoho.
Memang I bole tolong pass documents kat bank je la kan.

Oh ye, untuk pengetahuan semua, setiap bulan ada promosi masing-masing. Jadi, mungkin ada diskaun ke, dapat baucar tinted ke, takpun dapat GPS free ke. Fuhh, sape nak bagi kan. Tapi itu bergantung kat promosi tu sendiri tau.

Em apa lagi ek.

Ala kalau ada pape nak tanya, email me ok.
Insya-Allah, akan dijawab serta merta.

Perodua Viva Elite


Perodua Myvi

Perodua Alza


meza:..... ni my email ek. mezajohari@gmail.com jangan mengada-ngada nak anta email pelik-pelik k. memang buat donno je nanti.

meza(2):...... aku tak pandai marketing walaupun keja buat sales. hahaha. nasib badan.!

Friday, May 21, 2010

ada apa dengan gambar?



Brilliant!!!

belajar dari yang terbaik!

Ada masa, aku bangga dengan diri sendiri.

Ada masa, aku rasa malu dengan diri sendiri.

Bangga dengan diri sendiri bila masa tu aku dipuji secara ikhlas atas segala tindak-tanduk, kelakuan aku untuk sesuatu perkara. Masa tu, senyum pun boleh sampai ke telinga, dan berharap nak dengar lagi puji-pujian macam tu. Kalau bole setiap masa.

Tapi bila aku dikeji, dipandang sinis, macam nak lari jauh-jauh, duduk dalam gua. Tapi gua apa ada kat KL ni? Gua kat Batu Caves? Tinggi woo nak panjat. Eh, ke laut plak. Masa tu, malu dengan diri sendiri walaupun itu perbuatan sendiri tapi masih nak menuding kat orang lain, nak letakkan kesalahan kat orang lain pulak.

Kenapa setiap kali kita rasa bangga dengan diri sendiri, kita akan lupa nak menghargai orang yang sepatutnya? Amik masa yang lama jugak nak hargai orang tersebut.

Tapi bila ada sesuatu masalah yang menimpa, cepat sungguh kita teringat untuk menuding jari kat orang lain? Betul tak?

Tanpa kita sedar, kita belajar dan terapkan nilai-nilai yang baik dan buruk itu dalam diri kita daripada sifu yang terbaik. Tak semestinya orang yang sama, ianya bergantung kepada keadaan. Sebab tanpa keyakinan, kita takkan terapkan nilai-nilai tersebut.

Contoh satu:

Kau bukan perokok. Dulu kau tak sukakan rokok. Tapi bila kau tengok kawan-kawan hisap rokok, lepas tu masa yang sama, kau rasa bergaya semacam bila merokok, kau rasa yakin nak merokok jugak. Masa tu, kau tak rasa keburukan rokok tersebut sebab kau tengok kawan-kawan kau sehat sejahtera. Takde penyakit. Jadi kau yakin, untuk teruskan merokok.

Cuba kalau kau takut-takut dengan kesan rokok, dan yakin bole memudaratkan kesihatan diri, ko yakin tak akan sentuh rokok lagi bukan. Logik tak?

Contoh dua:

Dulu kau tak ada lesen memandu. Tapi hari-hari kau selalu naik keta dengan orang lain. Kau akan tengok cara pemanduan beliau. Masa tu kau akan mula belajar tanpa kau sedari, cara pemanduan yang mana kau rasa selesa. Lepas je dapat lesen, kau dah mula memandu. Masa tu, mungkin kau akan teringat ada pemanduan yang macamana yang kau yakin dan mahukan.

Kalau kau rasa kau yakin nak bawak keta secara lasak, kau akan teruskan dengan pilihan tersebut.
Kalau kau rasa kau yakin bawak keta secara berhemah dan kau rasa kau tak yakin untuk pemanduan lasak, kerana mungkin bole terjadi kemalangan, kau teruskan pemanduan secara berhemah.

Contoh tiga:

Dia suka bercakap secara terus terang, yang mungkin boleh menyakitkan hati. Tapi di awal perkenalan kau dengan dia, seingat kau la dia tak macam tu. Cuma baru-baru ni, dia mula bersikap terus terang macam tu.

Bila diselidik, ada kawannya yang suka cakap macam tu. See? Dia yakin untuk berterus terang macam tu. Mungkin sebab dia yakin dengan membalas yang sama dekat kawannya, kawannya akan diam. Ataupun dia senang tengok kawannya cakap macam tu jugak.




Sila selidik diri sendiri. Kadang-kadang keyakinan itu tak sebagus seperti yang disangkakan.



meza:...... benda macam ni bergantung kepada diri sendiri sebab semuanya subjektif. kita yang menentukan sendiri keadaan tu berlaku macamana.

jalan-jalan syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang




sumber dari email

Thursday, May 20, 2010

setiap hari dari pagi sampai tengahari

Setiap hari, ibarat isteri mithali, aku akan jenguk dapur aku, untuk mulakan aktiviti masak-masak. Bukan masak untuk diri sendiri, tapi untuk customer-customer yang rajin menziarah ni.


Bole tahan jugak bisnes aku ni. :p

Agak-agak dah bosan masak-masak, aku bagi makan ikan plak. Kesian kat diorang, kelaparan.


Macam-macam jenis ikan yang aku bela. Tapi jangan tanya nama, memang aku tak tau.

Lepas tunaikan tanggungjawab, aku pegi berperang plak dengan geng-geng Mafia. Kejap terbang ke Bangkok, patah balik ke New York, terbang plak ke Moscow. Lepas tu singgah Cuba kejap, collect hasil. Huhuu


Job kat Cuba dah hand over kat orang lain dah.

Dah senang ati berperang tadi, pegi plak bercucuk tanam. Bagi rehat sikit ati yang berdebar-debar masa perang. Huhu. Sambil-sambil tu, bole la nak tuai hasil tanaman, hasil ternakan.


Sebelum dan selepas menuai hasil :p

Dan akhirnya, aktiviti mencari harta dekat pulau-pulau. Fuh, penat nak gali-gali ni.


Besar sungguh pulau ni. Berhari-hari nak kena gali.

Dasat tak aktiviti pagi-pagi aku. Merangkumi semua aspek. Kalau ikutkan, nak bangunkan bandar. Tapi dah pass kat orang lain dah. Lecehla nak bangunkan bandar. Nak kena ukur sana-sini, buat research bagai. Eheks.





meza:..... ni la pinangan FB dalam hidup aku. Mujurla memang takde keja sangat sekarang ni. Korang ada buat perangai cam aku ni?

Wednesday, May 19, 2010

saya makin muda!

Area umah aku ni, bole dikatakan macam penempatan untuk student. Kebanyakan muka ala-ala lepasan SPM. Tak terkira ramainya student, sampaikan kadang-kadang aku rasa macam aku plak yang menumpang dok kat situ.

Semalam, dengan tshirt longgar dan berseluar track, aku turun bawah (dari umah aku), nak pegi beli oblong, memandangkan perut menyanyi-nyanyi mintak diisi. Aku pun pesan la kat mamat pengkid (mamat or minah) yang buat bege tu, oblong daging satu.

Masa tengah tunggu oblong tu siap, aku main-main game kat henset dulu. Malas la nak terpacak tunggu kan. Tak macho tak? Haha. Tapi masa yang sama, aku intai-intai mamat pengkid tu masak. Elok je aku tengok dia angkat daging oblong tu, lepas tu diletakkan sos BBQ dengan sos cili, dan dibalut rapi. Aku pun segera la keluarkan duit, nak bayar untuk oblong tu.

Elok mamat tu hulurkan bungkusan oblong tu, tiba-tiba dia tanya aku,

"Awak ni belajar kat kolej **** ke?

"Saya bukan student, saya dah keja dah."

"Mudanya dah keja?"

Aku senyum je. Malas nak balas lebih-lebih. Sementara aku tunggu duit baki, dia sibuk-sibuk mintak adiah arijadi kat kawan-kawan dia. Rupanya semalam ari jadi dia. Dan masa yang sama, kawan dia tanya,

"Umur ko brapa sekarang ni?"
"26"

Aku mushkil, adakah aku ni memang nampak muda sangat macam budak-budak lepasan SPM ataupun dia tengah try mengayat aku?

Aku amik yang first la. Kena berfikiran positif kan. Kang aku dok pikir yang nombor dua tu, aku tak pegi dah gerai bege tu. Rugi tu kalau aku boikot gerai dia. Bege dia sedap-sedap!

So, aku memang nampak muda kan? Ala-ala sweet 20 je tak?

Hahahaaa...





Perasannya meza ni.

Monday, May 17, 2010

quote of the day (2)




Nobody can go back and start a new beginning,

but anyone can start today and make a new ending.


klip video lagi

Sixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya)



meza:.....jangan main-main tika memberi ruang dalam hatimu kepada sesiapa sekalipun

Friday, May 14, 2010

quote of the day




I try not to think of you but you always in my mind.

kete pun nak 1 Malaysia jugak

Pagi-pagi, masa nak pegi keja, bole dikatakan setiap ari aku berselisih dengan keta yang sama. Bukan sebijik dua, tapi banyak. Ada sekian-sekian masa, aku berselisih dengan keta grand livina no plat WSQ %^&*. Ada perdana, ada BMW, ada...blablabla. Banyak ok, mana nak senarai satu-satu kan.

Itu kalau aku pergi keja on time la. Tapi kalau aku keluar rumah lambat sikit je, memang aku takkan terserempak dengan keta-keta ni dah. If ada gak terserempak kat tengah jalan tu, maknanya diorang ni pun keluar lambat. Masa tu aku rasa semacam nak hon-hon je. Konon-konon macam kenal rapat la. Macam nak sembang-sembang, "Eh, ko pun keluar lambat arini?"

1 Malaysia kan.

Tak bole meh?

Thursday, May 13, 2010

niat terpesong

Seperti entri aku sebelum ni iaitu yang ini, aku memang cepat tergoda bila bab-bab kasut, wedges, clog, sandal dan walaupun selipar jamban sekalipun. Maknanya sila jauhkan aku dari kedai kasut. Tolong ok. Pls-pls-pls, engkau jangan nakal.

Tapi bole ke aku ni bertahan lagi-lagi kalau selalu berjalan-jalan berseorangan?

Mula-mula, laksanakan misi dulu. Pegi beli barang-barang berkaitan kat Ikea tu. Tapi tengok jam awal lagi, sambil nak cari makanan untuk dinner. Takde niat pun nak singgah kedai-kedai tepi tu. Sebab memang dok pikir, pegi Ikea sebab nak beli barang je.

Tapi, ternampak PADINI Concept Store. Tipu kalau aku kata tak singgah, mestila aku singgah. Aku dok nampak-nampak, PADINI tu melambai-lambai ok. Tapi ada sebahagian diri aku tu, mintak bertahan dengan segala godaan di depan mata nanti. Mula-mula, lalu bahagian SEED. Lalu sekadar lalu.

Meza, bertahan!

Pegi bahagian PDI plak. Fuhh-fuhh, cantik plak tshirt ni. Angkat letak, angkat letak. Berlalu ke P&Co plak. Wah, lagi cantik tshirt² kat sini. Belek-belek. Angkat tengok, acah dekat badan. Wow, comel! Sebahagian diri bagi komen, "ala baju camni, tak abisnya esok lusa".

Meza, bertahan!

Kemudian ke bahagian Padini Authentics. Tergoda dengan kemeja, blaus. Tengok sekali lalu je. Lansung tak pegang. Sebab? Ada promoter yang muka masam kat sebelah. Terima kasih promoter, kasi down sket perasaan nak shopping tu.

Last, singgah VINCCI. Erk-erk. Banyaknya pattern baru. Try satu-satu. Macam biasa, sebahagian diri aku bagi komen, "Yang ni tak sedap la, yang ni saiz besar. Eh, ko pakai ke kasut camni. Takyah berangan."

Tapi ada satu kasut memang gorgeous. Pun takdela mahal sangat. Sebahagian diri dah mula goyah. Nak ke tak. Nak ke tak. Baucar Padini pun ada ni. Topup sikit je lagi.

So, apa agaknya keputusan yang aku buat masa tu? Teng-teng-teng........



Hint: Berpuas ati jugak la dengan keputusan yang dibuat tu (hint ke ni?)

Wednesday, May 12, 2010

saya sebuah kete

Saya tak sedar dimana saya dilahirkan. Saya cuma tahu, tiba-tiba je saya sudah berada di showroom p*rodua. Entah ke mana menghilang memori saya sebelum itu. Menurut jurujual yang in charge pasal saya, saya bukanla untuk dipertontonkan memandangkan saya sudah pun dibeli oleh seseorang. Siapa agaknya ye? Kalau jurujual tu yang beli pun, saya tak kisah. Dia hensem orangnya walaupun sudah punya tiga orang anak. Phewww. Gatal juga saya ni ye. Ehehee.

Walaupun saya dilahirkan di Selangor (mengikut info yang diberikan oleh jurujual), tapi saya didaftarkan di Perak. Kenapa di Perak? Saya berpendapat tuan saya itu pun berasal dari Perak. Ntah, saya belum berkenalan dengan beliau lagi masa tu. Sebaik didaftarkan, saya terus ditampal nombor untuk membezakan antara saya dan kawan-kawan lain. AGX ****. Saya suka dengan AGX tu, terasa macam adik-beradik dengan X-Men plak. Huuuu. Saya ni kuat perasan rupanya kan.... :)

Saya didaftarkan pada 19 Oktober tapi sudah beberapa hari tuan saya tak ambil saya lagi. Sampai ati beliau buat saya tertunggu-tunggu. Mujur saya ni memang dibeli olehnya, kalau tak, memang saya pikir yang bukan-bukan.

Akhirnya tanggal 22hb, ada seorang gadis yang ala-ala comel jugak, datang jumpa jurujual yang hensem tadi tu. Dan lepas beberapa minit, si gadis tu datang belek-belek saya, dan masa yang sama, jurujual tersebut hulurkan kunci kepada beliau. Yeay! Itu tuan saya la. Sebabnya, lepas dihulurkan kunci tu, tuan saya terus unlocked saya dan duduk dalam saya. Ntah macamana saya rasa sangat berbangga dapat beliau sebagai tuan saya. Mungkin kerana comel. <-kena bodek-bodek sket tuan saya ni, kalau tak dia mungkin merajuk. Dan nama beliau, meza. So sweet name. <-Jom puji-puji lagi.

Selepas diberi sesi pengenalan oleh jurujual tersebut, tuan saya pun membawa saya pulang ke kediaman beliau. Saya dijaga rapi oleh beliau. Setiap 4-5 hari bila saya bermain debu atau terlibat dengan kekotoran, cepat-cepat tuan saya bawa pegi spa. Yerp, spa. Tuan saya suka memanjakan saya dengan spa macam tu. Cuma belum ada kesempatan nak rasa wax plak.

Beliau juga gemar bersembang dengan saya. Ya, sungguh! Dengan itu, saya diberi nama Midnite Twilight Sober, dan nama manja saya, Midnite. Asal-usul nama saya? Tuan saya kata, Midnite tu sempena nama warna saya. Twilight tu nama novel/filem kegemaran beliau. Sober tu plak, nama bagi salah satu lagu kesukaan beliau. Bukan setakat beliau yang gemar bersembang dengan saya, kawan-kawannya pun macam tu juga.

Tuan saya ni walaupun dia nampak comel, dia jenis rock. Yeah, rock bebeh! Lagu-lagu yang selalu beliau mintak saya dengarkan mesti lagu macam Butterfingers, System Of Down, The Rasmus, dan banyak lagi. Jadi, saya pun turut menjadi rock jugak. Rock bebeh. Again! Bukan setakat rock macam tu yang dimaksudkan, beliau jugak sangat gemar membawa laju di jalan raya. Kadang-kadang tu, pernah mencecah 140km/j. Dasat kan. Mula-mula saya gugup, takut. Tapi lama-lama, saya pun gemar berlari laju di atas jalan raya. Lagi-lagi kalau saya rasa jalan tu sedap semacam je. Hehee.

Tapi ada suatu hari, tuan saya moody. Ntah kenapa agaknya. Sampai-sampai jumpa saya, terus masam muka. Beliau minta saya dengarkan lagu rock yang sangat kuat dan bising. Jiwa kacau agaknya. Beliau terpekik, terlolong menyanyi sebelum membawa saya jalan. Saya runsing dengan keadaan beliau, dan tanpa sedari saya lalai. Saya hampir buat pintu belakang tu calar teruk.

Tuan saya terkejut. Walau macamana sekalipun, beliau tak marahkan saya. Malah, beliau membelai-belai dan berkali-kali mohon maaf kerana buat saya runsing. Terus dibawanya saya jumpa kedai spa yang dipercayai dan boifren beliau untuk diberi rawatan. Saya tak kisah, memang salah saya. Mungkin lebih baik tidak diberi rawatan, supaya saya bole merasa kesakitan yang dilalui oleh tuan saya pada masa itu.

Sekarang, kami seperti tak dapat dipisahkan. Selalu bersama. Dibawanya saya balik kampung, berdating dengan kawan-kawan, berjalan-jalan sampai ke Terengganu. Fuhh... Saya tak kisah dibawa ke mana pun, asalkan tuan saya gembira.

Saya sayang tuan saya!









meza:.........amacam? cara tak entri aku? walaupun aku tak pandai buat ayat manis, tapi aku memang terer buat karangan aku sebuah benda. muahahaaa! :P

Tuesday, May 11, 2010

Munajat Cinta - Dhani & The Rock

The Rock Feat Ahmad Dhani - Munajat Cinta

Malam Ini Kusendiri
Tak Ada Yang Menemani
Seperti Malam Malam
Yang Sudah Sudah

Hati Ini Selalu Sepi
Tak Ada Yang Menghiasi
Seperti Cinta Ini
Yang Slalu Pupus

Reff :

Tuhan Kirimkanlah Aku
Kekasih Yang Baik Hati
Yang Mencintai Aku
Apa Adanya...

Mawar Ini Semakin Layu
Tak Ada Yang Memiliki
Seperti Aku Ini
Semakin Pupus...

Back To Reff :



meza:..... model-model dalam video klip ni, anak² dan anak sedara Dhani. comel kan?

gambar: zaman matriks

Semalam, ada kawan aku ni, pegi upload gamba-gamba kitorang di zaman matriks dulu. Fuhh, memang terasa berada di zaman hingusan. Hehe. Tapi bagi aku, zaman kat matriks, adalah antara waktu-waktu terbaik dalam idup aku. So jom layan gamba-gamba aku ni. Zass..


Rasanya gambar ni kat area makmal


Yang ni confirm kat depan makmal. Bersempit-sempit di taman


Kat depan blok pentadbiran.
Berdiri dari kiri: a'a, azwa, azie, fence
Duduk dari kiri: aku, intan, djah

Kalau korang nak tau (nak tau sangat ke? hehe), A'a yang paling awal kawen. Azwa baru je kawen bulan 3 aritu, Azie bakal menyusul. Dengan itu?
Agak²nya, fence ke yang akan follow selepas tu? Kita tunggu ok?


Nampak skema tak? (~,<)


Ni antara koleksi-koleksi soft toys aku. Dasat tak?

~Noty, Orange, BéBear, Bert, Noty Jr, Sinchan, Brownie, Berry, PuPu~

meza:.....thanks awak sebab rajin bagi soft toys kat saya. thanx jugak kat azwa untuk sinchan tu.

bila prettyrain memandu

Fuhh. Rasa macam dah lama gilak (gilak?), tak buat tag. N below soalan-soalan yang aku kena jawab. Miss Eppa, jawapan saya mungkin skema sket. Hehe.


1) Adakah anda ada lesen memandu?
- Ada-ada. Baru je renew.

2) Bilakah anda amik lesen memandu?
- 2005. Dapat lesen masa hari jadi yang ke-20. Adiah beday untuk diri sendiri.

3) Brape lamakah pngalaman memandu anda?
- Haiyoo. Calculator please. Malas mau kira.

4) Pengalaman pahit ketika memandu?
- Hampir-hampir nak eksiden dekat highway Gurun sebab nak elak kete yang tiba-tiba nak mencelah masuk.

5) Pengalaman manis?
- Diberi kepercayaan untuk bawak keta orang lain walaupun orang tu baru je beli kereta. Senang crita, aku rasmi dulu. Woha!

6) 3 tabiat ketika memandu.
- Tabiat? Terpekik, terlolong menyanyi dalam kete bila berseorangan.
- Kalau dekat highway, tanpa sedar meter dah touching 130-140km/j. Isk-isk.
- Ber'sms' ketika driving. Fuhh, taktau macamana nak stop.

7) 3 pantang time memandu.
- Ada serangga merayau-rayau dalam keta. menganggu penglihatan ketika pemanduan. eceh
- Penumpang-penumpang kete yang tiba-tiba menjerit, terpekik untuk satu-satu kejadian. Tapi itu dulu, sekarang dah ok dah.
- Jangan sebarang hon, lagi-lagi dalam traffic jam. Orang lain pun sangkut jugak.

8) Last sekali, as usual..kena la bagi tag ni kat sapa2. So this tag goes to:
Wajib - fence (walaupun aku tau kebanyakkan jawapan kau nanti)
Harus - afzan, atoy, kert, ryehannazz, qemmal, dan kamu, dia, ya, kamu semua!~


Fuhh, penat plak menjawab tag ni. Ada sapa-sapa nak belanja makan tak? Ngeee~

Monday, May 10, 2010

salju dan masalah cintanya

Aku ada sorang kawan. Aku namakan dia salju memandangkan dia ni putih melepak macam ais kepal tu. Ok, salju ni ada boifren. Hensem jugak la mamat tu. Hensem tak hensem tu, memang ramai jugak la yang nak tackle boifren dia ni tau. Syukur, boifren dia ni jenis setia. Pompuan lawa, cun gila macamana sekalipun, boifren dia tak pandang. Ni salju yang cite, aku mana penah lepak ngan diorang pun. So aku taktau la setakat mana kesahihannya. Oops, aku bukan nak bercerita pasal boifren salju. Tapi aku nak crita pasal salju.

Salju ni dah kawan lama dengan boifren dia tu. Adala kot tiga-empat tahun. Fuhh, lama ok. So bermacam pahit getir diorang penah lalui bersama-sama. Dah aku rasa macam cite aku plak. Ok, takpe. Aku teruskan pasal salju ni. Oh, forgot to mention, salju ni cun orangnya. Dahla cun, ayu gitu. Tak cukup dengan ayu, memang jenis surirumah berjaya la. Pandai masak, uruskan hal umah, jaga adik-adik. Cuma tak kawen², dok tunggu boifren dia ajak kawen.

Tapi sementara dia tengah tunggu boifren ajak kawen, ada la sorang mamat ni, ntah muncul dari mana dok berkawan dengan salju. Mamat ni pun, aku dengar crita bole tahan comel jugak. Kalau tak, takdela salju pun tangkap lentok. Tett!! Haa, salju tangkap lentok ok.

Salju stori-mori dia dah suka sangat ngan mamat ni. Tapi dok berkira-kira dengan kasih sayang dia dengan boifren dia selama tiga-empat tahun tu. Fuhh, salju. Kau ingat aku ni penasihat cinta ke? Hal aku pun tak abis cover lagi ni. Hahaa.

So untuk salju, tepuk dada tanya hati. Kau lebih kenal boifren kau daripada mamat tu. Dan kau yakin ke mamat tu suka kat kau jugak. Kau jangan sampai terlepas semuanya. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Jangan tamak ok. Cuba bersyukur.



Sekian~~

maid sama!




Maid Sama anime!
Recommended!

Gila comel Ayuzawa.

Dan Usui??

Fuhh, gila pervert tapi aku tergoda!

:)


p/s: sila download atau layan di animax untuk anime ni. syiok weh! aku takmau buat preview pasal anime ni. ilang ummhh anime ni nanti.


Thursday, May 06, 2010

Tuesday, May 04, 2010

terbaik dari Kapas!

Membawa diri bersama hati yang runsing di Pulau Kapas, memang cara yang terbaik.

main bola pantai,
snorkelling (walaupun aku tk into bab ni),
jalan-jalan di gigi pantai,
main kad,
layan bintang-bintang berkelipan di waktu malam,
karaoke,
main kad,
bagi makan ikan kat tengah laut,
membenamkan kawan dengan pasir,
mandi laut,
main-main dengan ikan,
main kad uno sambil bergelak ketawa dengan kawan-kawan,
layan sunset view,
main kad uno lagi,
mandi laut lagi......

Fuhhh!



*speechless*

meza:.....dah balik KL, baru terasa sebahagian diri telah ditinggalkan di sana.

Saturday, May 01, 2010

Buat kawan yang terbaik pernah ku ada,

Terima kasih banyak-banyak sebab perkenalkan lagu ni kat aku. Serius lagu ni berhantu. Bole buat aku ulang berkali-kali dengar lagu ni. Lagi-lagi part petikan gitar yang intro tu. Berhantu gila beb! Love u!

Terima kasih jugak sebab selalu jadi tempat aku komplen hal sana sini, tempat aku luahkan perasaan. Ko memang selamba! Love u 2!

Terima kasih jugak sebab selalu beri perhatian setiap kali aku susah atau senang walaupun masa tu ko ada sibuk dengan hal-hal kau. Love u 3!

Terima kasih sebab melayan kerenah kawan ko yang tak brapa betul ni, dengan mengadanya, dengan ikut rule sendiri. Ko memang layan je kan. Love u 4!

Tapi, masa ko ada masalah, janganla sorok-sorok dengan aku. Kongsi dengan aku. Kita kan kawan-kawan. Sharing is caring. Kan yang??? Love u 5!

Kalau ko sibuk macamana pun, bagitau. Supaya kami, kawan-kawan takde la nak pikir yang bukan-bukan. Concern also sejenis caring kan? Love u 6!

Kalau ko nak pegi dating, pegi jela. Apa nak malu-malu. Umur macam ni kan memang masanya untuk bertemu jodoh. Takde hal la. Pegi je. Kami still sayang ko lagi. Love u 7!

So sebagai tanda aku dan kawan-kawan sayangkan ko, nah layan lagu yang ko introduce kat aku tuh.