small advertisement

Tuesday, April 20, 2010

support itu orang!

Semua orang perlukan sokongan dari segi moral ataupun fizikal. Tipu la kalau takde orang pun yang tak perlukan sokongan (support). Aku rasa takde orang pun yang bole berdiri sendiri tanpa sokongan. Memang la kau berdiri, pakai kaki kau sendiri. Tapi masa kau baru belajar nak merangkak, nak berjalan, masa tu bukankah kau perlukan sokongan?

Ye, mana kau nak ingat kau perlukan sokongan atau tak. (Ni untuk yang jenis bodoh-sombong ni) Kau rasa, kau lahir-lahir ke bumi ni, kau terus berlari kan. Dah tentula ada seseorang tu yang akan memimpin kau masa kau mula-mula nak berjalan di dunia ni.

Jadi, nampak tak poin aku. Dimana jua, kita perlukan sokongan. Tanpa sokongan itu, sebenarnya kita mungkin tidak mampu untuk dapatkan keyakinan. Ni salah satu benda yang telah membantu aku untuk dapatkan keyakinan.

Untung bagi sesiapa yang punya famili, sedara-sedara, kawan-kawan yang sangat mengambil berat tentang diri kau. Diorang ni, ambil berat secara ikhlas, maknanya tanpa kau sedari diorang sentiasa memberi sokongan dari segi bidang sekalipun.

Tapi terpulang kepada seseorang itu, nak ambil sokongan tu dari segi bentuk apa. Bukan maksud aku, bulat, empat segi tu semua. Bukan camtu. Maksud aku, ada sesetengah orang yang menerima sokongan secara positif atau negatif. Dah aku tau, makin pening bila baca entri ni kan. Mood tengah ber'philosophy' sket.

Selalunya, kita-kita ni selalu terima sokongan positif. Orang yang terang-terang bagi sokongan moral kat kita.

"saya sentiasa ada di sisi awak"
"buat yang terbaik"

Tapi ada segelintir, yang akan terima ayat-ayat negatif sebagai tanda sokongan. Yang mana ada bunyi-bunyi yang menyakitkan ati, tapi terima benda tu sebagai cabaran. Sedar tak sedar, sebenarnya cabaran itu adalah sejenis bentuk sokongan jugak. Cuma, bergantung kepada individu tu nak terima macamana kan.

Dalam hidup kita ni, bole dikatakan kita sentiasa disokong oleh orang sekeliling kita. Sesekali ada yang akan membangkang atau tak ambil peduli hal kita, tapi percayalah. Orang tersebut pulak yang perlukan sokongan kita. Mungkin orang tu pun ada sebab untuk berbuat demikian. Jadi, kita kena la saling tolong-menolong. Bertolak-ansur. Sekarang ni maybe rasa macam tak masuk di akal sangat kan, tapi ada logiknya nanti.

Dahla... Malas dah aku nak ber'philosophy' time tengah malam camni. Tak pasal takleh tido. Hehehehee.


meza:....... awak adalah salah satu bentuk sokongan saya. jangan pergi jauh ye.

No comments:

Post a Comment

Hello!