small advertisement

Wednesday, April 21, 2010

pinangan fence & BR

Tadi siang, bad mood habis. Rasa nak ngamuk sana-sini. Tapi elok je keluar dari ofis dan sampai kat kereta, dapat SMS dari fence.

Jom mkn baskin robins.aku nk pas docs skali.tu pun kalu ko free..aku banje kali ni.

Fuhh, menggodanya SMS dari fence ni. Tengah berpikir-pikir, nak pegi ke tak. Kalau tak pergi, rugi. Fence nak belanja BR tu. Lagi-lagi arini pink day. Buy 1 free 1. Best-best..

Takpe, reply macam ni je dulu.

Aku br kluaq ofis. Lmbt sket smpai ye.

Aku jawab camtu bukan apa, kot-kot on the way nak gi jemput dia, aku bole melencong balik umah aku kalau-kalau aku berubah fikiran. Umah aku ngan umah dia tak jauh mana pun.

Sampai-sampai je kat umah fence, fence dah ajak sembang-sembang. Lansung yang aku macam malas nak bercakap, rasa down semacam, terus pok-pek-pok-pek tak henti-henti. Fuhh.... sampaila dinner time. Senyap sunyi kembali. Sebab masing-masing tengah amik feel. :)

Lepas dinner, lansung layan aiskrim BR sambil-sambil dengar lagu ala-ala sepanyol kat tepi jalan tu, memang layan abis. Lagi-lagi aiskrim orang belanja kan. Memang mantap!

Tula orang kata, time tensen-tensen ni, memang seronok makan. Ibaratkan makanan itu seperti ubat. Lagi-lagi kalau aiskrim. Memang menenangkan jiwa yang kacau ni.



Konon..............................~


meza:.... awak, jangan terkejut kalau saya gemuk lain macam sket. saya memang kuat makan akhir-akhir ni. ngeeeee~

No comments:

Post a Comment

Hello!