small advertisement

Sunday, April 18, 2010

pentingnya keyakinan diri

Masa tujuh-lapan bulan yang lepas, aku telah kehilangan sesuatu yang paling berharga. Yang bole buatkan seseorang itu jadi 'miserable'. Aku kehilangan sesuatu yang digelar keyakinan (confident).

Betul.... Aku kehilangan, bukan kekurangan confident. Masa tu, aku malu, takut nak berhadapan dengan orang. Dahla keadaan aku yang sediakala ni, ala-ala pendiam sket. Bila aku dah kehilangan confident tu, lagila tak terbukak mulut ni. Macam ada berlian dalam mulut ni.

Awal-awal kehilangan confident tu, keadaan aku memang sangat miserable. Di ofis, aku banyak diam dan tak menjadi agresif seperti selalu. Apa yang bos cakap, aku iyakan je walaupun pada hakikatnya, benda tu yang dibangkitkan salah.

Dengan keadaan miserable itu jugak, aku segan dan malu nak keluar atau ke mana-mana majlis bersama si dia. Dengan kawan-kawan plak, selepas sebulan dua dari tarikh kehilangan confident tu, baru aku mula mencari kawan-kawan. Itupun selepas aku berjaya buang kesedihan kehilangan confident tu. Bahkan dengan tok dan wan aku sendiri pun, aku tak dapat nak kongsi kesedihan aku masa tu.

Tapi hari demi hari, dengan bantuan si dia, famili, dan kawan-kawan, aku dapat mencari balik confident yang hilang tu. Masa yang sama, mula cuba sebatikan balik perasaan yakin tu dalam diri.

Dan, hari ini, aku rasa aku sudah kembali kepada diri aku yang dulu, cuma tak betul-betul 100% seperti dulu. Sekarang aku sudah berani dan yakin untuk jumpa orang, yakin untuk bertegur sapa, yakin untuk bergelak ketawa.

Cuma masih, ada parut yang terhiris akibat kehilangan keyakinan itu........



meza:..... terima kasih awak kerana sokong saya tanpa jemu. terima kasih tok dan wan, famili yang selalu concern pasal meza. terima kasih kawan-kawan yang selalu menceriakan hidup aku ni. sayang korang semua!.

4 comments:

  1. erk,.. confident tu datang dari keyakinan dalaman kita send kita sendiri. Klau kita sendiri tak yakin dengn diri kita, mcm mana org lain nk yakin?

    ReplyDelete
  2. meza..
    mind to share how u gain ur confident back??
    coz i think my confident pun dah ke laut..huhuhu

    ReplyDelete
  3. share jugak meza... org pon langsung x confident dgn diri sendiri =( rs pathetic je idup ble xde confidence neh..

    ReplyDelete
  4. fe|ixx,
    mula-mula saya tak paham. tapi selepas berkali2 awak berleter, baru saya paham. hehe. tp masa tu, ayat awak cmni.

    sha&eppa,
    bukan tkmo share, tp mcmana kata si fe|ixx, bnde tu datang dari dalam diri. nnti meza cuba share tips confident tu ye.

    ReplyDelete

Hello!