small advertisement

Monday, April 05, 2010

entri emo #%&$^!*)

Awal tahun aritu, aku dok pasang niat, takmau sebut perkara yang buruk-buruk luar biasa pasal mamat sorang ni di blog. Ye, blog ini ibarat tempat luahan perasaan yang bukan-bukan ye. Tapi sejak aku balik dari Bandung, bukan nya mood aku bertambah baik, tapi makin bertambah tensen seperti aku tak pernah menerima percutian sebelum tu. (Ni sesi luahan perasaan. Kalau dah bosan-bosan baca, pangkah je page ni. Takpe. Nway, terima kasih kerna singgah baca)

Mamat ni, selalu pikirkan yang dia sorang je yang selalu ada masalah. Yang selalu diberi dengan bermacam-macam dugaan dan ujian. Hello..... Awak ingat kami ni tak pernah ada masalah ke? Tak pernah tahu macamana perasaan diberikan ujian olehNya?

Awak tu lebih tua daripada kami, takyah nak melenting tak tentu pasal. Be professional.

Kami ni, manusia biasa jugak. Selalu diduga dengan bermacam-macam ujian tapi kami takdela nak kecoh satu dunia yang kami ni punya masalah. Nak marah sana sini, nak emo sana sini. Awak ni golongan professional tau bukannya golongan tepi jalan yang tak dapat bezakan betul atau salah. Eh, orang yang kat tepi jalan tu pun, ntah-ntah lagi pandai jaga perangai la dari awak tu. Zaman kecik-kecik awak tu, tak payah nak dibawa ke zaman sekarang. Bukan masalah tak laku, tapi dah tak kena gaya awak nak cerita.

Awak cerita dekat kami, yang awak susah2 mintak bapak awak gadaikan rumah sebab awak nak belajar oversea dulu? Awak gila ke hapa. Awak ni terlalu pentingkan diri sampai buat camtu dekat famili sendiri. Lepas tu, awak bole komplen, awak kena tangkap burung merpati untuk makan masa takde duit? Awak bodoh. Kenapa susah payah pegi belajar jauh-jauh kalau awak rasa tak kemampuan. Tapi kan, kami ni pelik. Ye, pelik sangat. Kalau awak takde duit, tak payah la susah-susah cari pompuan untuk penuhkan nafsu awak tu. Belajar je la. Ni gatal tak hingat. Ouh, awak bangga kan.. Kami lupa.

Macamana kami nak respek awak kalau awak sendiri tak pandai nak respek kami? Eh, tolong la. Jangan ingat awak tu pangkat besar, suka-suka ati nak menjatuhkan maruah kami depan orang ramai. Jangan nak tengking-tengking suka suki padahal takde kena ngena. Kami ni ada harga diri walaupun kami masih muda. Jangan ingat bila kami diam, kami takde perasaan.

Awak pun janganla nak bandingkan sistem pembelajaran universiti oversea dengan sistem pembelajaran universiti local. Mana nak sama. Dan tak payah nak memburukkan sistem Malaysia ni. Kalau sama, tak payahla awak tu bersusah-susah nak belajar kat oversea kan. Dan tak payahla awak nak duduk kat Malaysia ni.

Kalau awak rasa kami ni, tak layak dengan awak, tak menepati citarasa pekerja pilihan awak, pecat je kami ni. Tak payah nak berkias-kias, tak payah nak dera-dera perasaan kami ni. Tak payah nak susah-susah bagi task macam budak sekolah. Bukannya kami ni goyang kaki, makan gaji buta. Tapi masa kami senang lenang, takmau pulak susahkan kami.

Agaknya awak ni sakit mental kot?

kami - mewakili aku dan kawan-kawan aku yang tidak puas ati dengan mamat tu

meza:........jangan terkejut kalau tiba-tiba saya menghilang macam tu je.

3 comments:

  1. lorh... bos ke?
    ntah nye... kepala kecik nak pakai topi besar.. sanggup lak nak suh gadaikan umah semata2 die nak balaja oversea.. hampeh btol.

    saba meza.. sabaa..

    ReplyDelete
  2. mamat nie ade masalah mental kot..plus dia sonok org sekeliling dapat skali masalah mental same cam dia..ehheeheh..

    ReplyDelete
  3. eppa,
    ntah dia bangga ke apa. selalu kecoh2.

    nad,
    jangan aku pn mental cm dia sudah. pening nnti.

    ReplyDelete

Hello!