small advertisement

Friday, April 30, 2010

Tokyo-Tokio Kawaiiii

JJ & Ean giles!

Haha.. Diorang ni penuh dengan idea yang gile-gile. Setiap pagi, diorang ni pandai entertain aku dengan bermacam-macam kerenah. Masa gotcha call la, masa richard rich bagi report, masa liputan MU, dan banyaklaaaa.. Gelak terkekek-kekek aku dibuatnya. Dahla drive sensorang kan. Pun dah macam orang gile.

Sekarang ni, dekat Hitz.fm tengah femes dengan lagu-lagu dari band Tokio Hotel. So JJ & Ean dengan idea giles diorang tu, pergi buat call ke hotel kat Tokyo. Kat Jepun sana ok. Dan mintak receptionist hotel tu untuk nyanyi.

Moshi-moshi!

Comel giles suara-suara receptionist ni. Ataupun maybe sebab cara diorang cakap ni kot yang buat jadi diorang ni comel sangat. Oops, dah terlari topik plak.

So, bila JJ & Ean dapat buat call ke hotel kat Tokyo tu, JJ & Ean buat request kat receptionist tu untuk nyanyi lagu Tokio Hotel atau mana-mana lagu sekalipun. Yang receptionist pompuan, tak layan permintaan tu, sambil blur-blur benda apa la yang si JJ & Ean request ni kan. Yelah, keje diorang pasal reservation hotel tu semua, mana ada kena nyanyi-nyanyi kan. So kecewa la si JJ & Ean ni.

Tapi ada receptionist lelaki ni, selamba je nyanyi. Takde tolak-dalih ke, bagi alasan pape. Dia pun nyanyi lagu sakura yang meleret tu.

Ok, series comel! Sebab bersemangat mamat tu nyanyi k.

Kawaiiiiiiiii! :0

Eheks.

Fuhh, sabar je la dengan idea diorang ni tau. Bole usaha tu nak call Tokyo, untuk mintak diorang tu nyanyi. Aishhh! ;p

JJ & Ean, I like you guys! Lainkali, jangan cuti lama-lama lagi ye. Bosan pagi-pagi i tanpa U!

:)




meza:.............. macam la JJ & Ean baca blog aku ni kan. tapi kalau ada, "Yerp. U're superstar!" <-quote richard rich!

Saturday, April 24, 2010

I am missing him.

Missing him badly.

He knew that I am missing him.

But, he can't do anything about it.



:(



update:............. trip ke india tak jadi. tapi skrg di hometown. melepaskn rindu kat tok+wan

Wednesday, April 21, 2010

pinangan fence & BR

Tadi siang, bad mood habis. Rasa nak ngamuk sana-sini. Tapi elok je keluar dari ofis dan sampai kat kereta, dapat SMS dari fence.

Jom mkn baskin robins.aku nk pas docs skali.tu pun kalu ko free..aku banje kali ni.

Fuhh, menggodanya SMS dari fence ni. Tengah berpikir-pikir, nak pegi ke tak. Kalau tak pergi, rugi. Fence nak belanja BR tu. Lagi-lagi arini pink day. Buy 1 free 1. Best-best..

Takpe, reply macam ni je dulu.

Aku br kluaq ofis. Lmbt sket smpai ye.

Aku jawab camtu bukan apa, kot-kot on the way nak gi jemput dia, aku bole melencong balik umah aku kalau-kalau aku berubah fikiran. Umah aku ngan umah dia tak jauh mana pun.

Sampai-sampai je kat umah fence, fence dah ajak sembang-sembang. Lansung yang aku macam malas nak bercakap, rasa down semacam, terus pok-pek-pok-pek tak henti-henti. Fuhh.... sampaila dinner time. Senyap sunyi kembali. Sebab masing-masing tengah amik feel. :)

Lepas dinner, lansung layan aiskrim BR sambil-sambil dengar lagu ala-ala sepanyol kat tepi jalan tu, memang layan abis. Lagi-lagi aiskrim orang belanja kan. Memang mantap!

Tula orang kata, time tensen-tensen ni, memang seronok makan. Ibaratkan makanan itu seperti ubat. Lagi-lagi kalau aiskrim. Memang menenangkan jiwa yang kacau ni.



Konon..............................~


meza:.... awak, jangan terkejut kalau saya gemuk lain macam sket. saya memang kuat makan akhir-akhir ni. ngeeeee~

Tuesday, April 20, 2010

support itu orang!

Semua orang perlukan sokongan dari segi moral ataupun fizikal. Tipu la kalau takde orang pun yang tak perlukan sokongan (support). Aku rasa takde orang pun yang bole berdiri sendiri tanpa sokongan. Memang la kau berdiri, pakai kaki kau sendiri. Tapi masa kau baru belajar nak merangkak, nak berjalan, masa tu bukankah kau perlukan sokongan?

Ye, mana kau nak ingat kau perlukan sokongan atau tak. (Ni untuk yang jenis bodoh-sombong ni) Kau rasa, kau lahir-lahir ke bumi ni, kau terus berlari kan. Dah tentula ada seseorang tu yang akan memimpin kau masa kau mula-mula nak berjalan di dunia ni.

Jadi, nampak tak poin aku. Dimana jua, kita perlukan sokongan. Tanpa sokongan itu, sebenarnya kita mungkin tidak mampu untuk dapatkan keyakinan. Ni salah satu benda yang telah membantu aku untuk dapatkan keyakinan.

Untung bagi sesiapa yang punya famili, sedara-sedara, kawan-kawan yang sangat mengambil berat tentang diri kau. Diorang ni, ambil berat secara ikhlas, maknanya tanpa kau sedari diorang sentiasa memberi sokongan dari segi bidang sekalipun.

Tapi terpulang kepada seseorang itu, nak ambil sokongan tu dari segi bentuk apa. Bukan maksud aku, bulat, empat segi tu semua. Bukan camtu. Maksud aku, ada sesetengah orang yang menerima sokongan secara positif atau negatif. Dah aku tau, makin pening bila baca entri ni kan. Mood tengah ber'philosophy' sket.

Selalunya, kita-kita ni selalu terima sokongan positif. Orang yang terang-terang bagi sokongan moral kat kita.

"saya sentiasa ada di sisi awak"
"buat yang terbaik"

Tapi ada segelintir, yang akan terima ayat-ayat negatif sebagai tanda sokongan. Yang mana ada bunyi-bunyi yang menyakitkan ati, tapi terima benda tu sebagai cabaran. Sedar tak sedar, sebenarnya cabaran itu adalah sejenis bentuk sokongan jugak. Cuma, bergantung kepada individu tu nak terima macamana kan.

Dalam hidup kita ni, bole dikatakan kita sentiasa disokong oleh orang sekeliling kita. Sesekali ada yang akan membangkang atau tak ambil peduli hal kita, tapi percayalah. Orang tersebut pulak yang perlukan sokongan kita. Mungkin orang tu pun ada sebab untuk berbuat demikian. Jadi, kita kena la saling tolong-menolong. Bertolak-ansur. Sekarang ni maybe rasa macam tak masuk di akal sangat kan, tapi ada logiknya nanti.

Dahla... Malas dah aku nak ber'philosophy' time tengah malam camni. Tak pasal takleh tido. Hehehehee.


meza:....... awak adalah salah satu bentuk sokongan saya. jangan pergi jauh ye.

Monday, April 19, 2010

berdebar tak tentu pasal

Hujung minggu ni, aku mungkin ke negara Bollywood. Ada lawatan kerja. Ntah berapa hari kali ni aku di sana.

Tiba-tiba rasa berdebar.

Tiba-tiba rasa nak pass je kat orang lain.

Tiba-tiba rasa rindu kat kampung...... erk!


Dan aku tau kalau aku ke sana, tiada yang merindui.





Agaknya la kot......!

Eh, aku pasti tok dan wan memang sentiasa merindui aku walaupun lima minit berpisah. Inikan pulak, pergi jauh-jauh camni. Ye tak??

Sunday, April 18, 2010

pentingnya keyakinan diri

Masa tujuh-lapan bulan yang lepas, aku telah kehilangan sesuatu yang paling berharga. Yang bole buatkan seseorang itu jadi 'miserable'. Aku kehilangan sesuatu yang digelar keyakinan (confident).

Betul.... Aku kehilangan, bukan kekurangan confident. Masa tu, aku malu, takut nak berhadapan dengan orang. Dahla keadaan aku yang sediakala ni, ala-ala pendiam sket. Bila aku dah kehilangan confident tu, lagila tak terbukak mulut ni. Macam ada berlian dalam mulut ni.

Awal-awal kehilangan confident tu, keadaan aku memang sangat miserable. Di ofis, aku banyak diam dan tak menjadi agresif seperti selalu. Apa yang bos cakap, aku iyakan je walaupun pada hakikatnya, benda tu yang dibangkitkan salah.

Dengan keadaan miserable itu jugak, aku segan dan malu nak keluar atau ke mana-mana majlis bersama si dia. Dengan kawan-kawan plak, selepas sebulan dua dari tarikh kehilangan confident tu, baru aku mula mencari kawan-kawan. Itupun selepas aku berjaya buang kesedihan kehilangan confident tu. Bahkan dengan tok dan wan aku sendiri pun, aku tak dapat nak kongsi kesedihan aku masa tu.

Tapi hari demi hari, dengan bantuan si dia, famili, dan kawan-kawan, aku dapat mencari balik confident yang hilang tu. Masa yang sama, mula cuba sebatikan balik perasaan yakin tu dalam diri.

Dan, hari ini, aku rasa aku sudah kembali kepada diri aku yang dulu, cuma tak betul-betul 100% seperti dulu. Sekarang aku sudah berani dan yakin untuk jumpa orang, yakin untuk bertegur sapa, yakin untuk bergelak ketawa.

Cuma masih, ada parut yang terhiris akibat kehilangan keyakinan itu........



meza:..... terima kasih awak kerana sokong saya tanpa jemu. terima kasih tok dan wan, famili yang selalu concern pasal meza. terima kasih kawan-kawan yang selalu menceriakan hidup aku ni. sayang korang semua!.

Friday, April 16, 2010

bahasa inggeris lebih utama

Hari-hari submit sepuluh perkataan dalam bahasa inggeris dekat encik boss.

Semalam plak, dapat assignment untuk submit tiga karangan.

satu - karangan tentang melancong ke luar negara aritu

dua - surat untuk mintak gaji dinaikkan

tiga - surat untuk mintak cuti panjang sebab nak pegi bercuti

semuanya dalam bahasa inggeris.

hmm, karangan bahasa melayu pun tak cukup bagus. inikan pula nak buat karangan bahasa inggeris. aduhai.....


pembetulan: karangan satu, tentang sejarah hidup. bole plak aku salah pandang HistorY dengan HolidaY.

Wednesday, April 14, 2010

harta benda

Sana sini, pompuan. Lelaki?

Ntah, ilang mana tah.

Besar kecik, pompuan jugak yang punya.

Lelaki?

Ntah dia yang punya, atau orang lain yang punya.




A: Hoi, hoi. Apa kau merepek ni?

B: Aku tengah pikir.

C: Apa yang kau pikir?

B: Kau tengokla, sana sini perempuan.

A: Tu laki ada tu. Bersepah. Apa yang pompuan nye je?

B: Maksud aku, sana sini driver pompuan. Secara logiknya, tuan punya keta pun pompuan la kan. Kete bukan kecik-kecik, besar-besar tau. Honda Jazz, Toyota Vios. Kau cuba tengok lelaki. Pakai motor je.

A diam.
C: Ada lelaki yang bawak kete besar. Tapi, lelaki lebih praktikal. Bawak motor gi keje. Jimat minyak, senang parking. Pompuan plak, kalau bawak motor, kan bahaya untuk keselamatan diorang. Elok la bawak kete.

A: Ko mana tau, kat umah jantan-jantan ni ntah-ntah ada kete besar ke. N ntah-ntah ada dua-tiga biji kete.

B: Aku pun pernah nampak lelaki bawak kete besar. Tapi aku still tertanya-tanya jauh di sudut ati. Tu kete dia punya ke? Atau dia jadi driver je? Ataupun dia pinjam....

A diam lagi.
C: Kenapa kau susah-susah pikir pasal diorang ni. Takde kene mengena ngan kita pun. Relax sudah.

B: Aku saja pikir. Kesian pun ada kat kaum lelaki tu. Tapi tu la, tanpa Adam tiadalah Hawa.

C: Kau ni emo la!!!!

A: Hahahahaaaa!


(kalau ikutkan, banyak lagi benda yang dibincangkan. tapi memang dimenangkan kepada pihak wanita)


meza:........... semakin banyak kawasan yang pompuan mula takluk. Bila lelaki nak bangkit semula? Jangan sibuk takluk pompuan je.

Tuesday, April 13, 2010

Nak tengok gambar aku masa kecik-kecik tak??







Comel tau!....







Comel sangat....





Fuhh... Perasannya tuan blog ni....





Tapi nak buat camne... Memang comel...





Heheheee...




Tapi malu la plak....





Jeng-jeng-jeng!





meza:...... bakat comel yang semulajadi. wahahaa!

Monday, April 12, 2010

ABCDEFG



Dan-dan je pompuan lupa.... Padahal bukan everything yang boy tu bole buat. Erk-erk. Sekadar sharing je. Jangan terasa ati ek. ;p

Sunday, April 11, 2010

aku pandai bawak keta!~ ;)

Dah dua tiga arini, aku asyik geleng-geleng kepala bila tengok pemandu ketenya adalah perempuan. Bukan nak kondem. Tapi, secara hakikatnya, hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. (tolong bayangkan cam aku ni jadi pemidato ye, wahahaa)

Aritu, aku tengok ada satu keta tu parking senget. Bukan setakat senget, setengah badan keta terkeluar sampai ke jalan besar. Bila belek-belek, drivernya pompuan. Alahai.

Tengah syok-syok drive atas jalan highway, keta depan aku break mengejut. Ingatkan ada kucing melintas ke apa. Tup-tup, sebab nak tukar amik lorong kiri. Ni jalan highway, takde junction. Drivernya? Pompuan. Alahai lagi...

Kalau nak kluar simpang tu, tolongla bagi signal. Jangan main redah keluar je. Mujur sempat break. Kalau tak? Bertambah parut-parut yang sedia ada ni. Driver? Sorry to say, perempuan. *speechless*

Lepas je jadi kes-kes macam atas ni, aku cepat-cepat check keta diorang tu, ada tampal sticker P atau tak. Kalau ada, aku kecualikan. Tapi kalau takde, sorry. Aku memang bengang.

Kalau dulu, aku marah benar bila lelaki komen pompuan tak reti bawak keta. Tapi sekarang ni, aku dah malas nak pertahankan. Sebab baru nak pertahankan, dah jadi balik benda yang kurang menarik kat depan mata. Cuma satu benda yang aku dah usahakan dan tunjuk sekarang ni. Aku jadi pemandu yang berhemah. Tunjuk yang pompuan pun pandai bawak keta tau.

Bukan nak bangga sangat, tapi selalu sangat aku diberi kepercayaan untuk jadi driver orang. Kadang-kadang tu, ada jugak jadi driver untuk encik bf. Aku pandai side parking, parking pakai bontot tapi pakai gear auto la. Kalau atas highway plak, pernah speedo sampai 140km/j padahal bawak kete kecik je. Cuma kalau time aku tengah emo tu, sila berhati-hati ye. Mungkin anda terpaksa pegang pintu keta tu elok-elok k. Hahahahaaa.



meza:....... awak, kalau saya ada keta VW Golf, lagi saya pandai bawak keta. ;)

Thursday, April 08, 2010

Kutuk-kutuk jugak.

Tapi seperti berharap dapat pergi meeting kat India.

Bukan niat untuk shopping ke apa. Tapi sekadar nak melawat negara orang.

Dan nak penuhkan buku passport dengan cop-cop luar negara.

Heheheee.



meza:....... awak, ni khabar angin je. nanti saya confirm dengan awak balik ye.

Monday, April 05, 2010

entri emo #%&$^!*)

Awal tahun aritu, aku dok pasang niat, takmau sebut perkara yang buruk-buruk luar biasa pasal mamat sorang ni di blog. Ye, blog ini ibarat tempat luahan perasaan yang bukan-bukan ye. Tapi sejak aku balik dari Bandung, bukan nya mood aku bertambah baik, tapi makin bertambah tensen seperti aku tak pernah menerima percutian sebelum tu. (Ni sesi luahan perasaan. Kalau dah bosan-bosan baca, pangkah je page ni. Takpe. Nway, terima kasih kerna singgah baca)

Mamat ni, selalu pikirkan yang dia sorang je yang selalu ada masalah. Yang selalu diberi dengan bermacam-macam dugaan dan ujian. Hello..... Awak ingat kami ni tak pernah ada masalah ke? Tak pernah tahu macamana perasaan diberikan ujian olehNya?

Awak tu lebih tua daripada kami, takyah nak melenting tak tentu pasal. Be professional.

Kami ni, manusia biasa jugak. Selalu diduga dengan bermacam-macam ujian tapi kami takdela nak kecoh satu dunia yang kami ni punya masalah. Nak marah sana sini, nak emo sana sini. Awak ni golongan professional tau bukannya golongan tepi jalan yang tak dapat bezakan betul atau salah. Eh, orang yang kat tepi jalan tu pun, ntah-ntah lagi pandai jaga perangai la dari awak tu. Zaman kecik-kecik awak tu, tak payah nak dibawa ke zaman sekarang. Bukan masalah tak laku, tapi dah tak kena gaya awak nak cerita.

Awak cerita dekat kami, yang awak susah2 mintak bapak awak gadaikan rumah sebab awak nak belajar oversea dulu? Awak gila ke hapa. Awak ni terlalu pentingkan diri sampai buat camtu dekat famili sendiri. Lepas tu, awak bole komplen, awak kena tangkap burung merpati untuk makan masa takde duit? Awak bodoh. Kenapa susah payah pegi belajar jauh-jauh kalau awak rasa tak kemampuan. Tapi kan, kami ni pelik. Ye, pelik sangat. Kalau awak takde duit, tak payah la susah-susah cari pompuan untuk penuhkan nafsu awak tu. Belajar je la. Ni gatal tak hingat. Ouh, awak bangga kan.. Kami lupa.

Macamana kami nak respek awak kalau awak sendiri tak pandai nak respek kami? Eh, tolong la. Jangan ingat awak tu pangkat besar, suka-suka ati nak menjatuhkan maruah kami depan orang ramai. Jangan nak tengking-tengking suka suki padahal takde kena ngena. Kami ni ada harga diri walaupun kami masih muda. Jangan ingat bila kami diam, kami takde perasaan.

Awak pun janganla nak bandingkan sistem pembelajaran universiti oversea dengan sistem pembelajaran universiti local. Mana nak sama. Dan tak payah nak memburukkan sistem Malaysia ni. Kalau sama, tak payahla awak tu bersusah-susah nak belajar kat oversea kan. Dan tak payahla awak nak duduk kat Malaysia ni.

Kalau awak rasa kami ni, tak layak dengan awak, tak menepati citarasa pekerja pilihan awak, pecat je kami ni. Tak payah nak berkias-kias, tak payah nak dera-dera perasaan kami ni. Tak payah nak susah-susah bagi task macam budak sekolah. Bukannya kami ni goyang kaki, makan gaji buta. Tapi masa kami senang lenang, takmau pulak susahkan kami.

Agaknya awak ni sakit mental kot?

kami - mewakili aku dan kawan-kawan aku yang tidak puas ati dengan mamat tu

meza:........jangan terkejut kalau tiba-tiba saya menghilang macam tu je.

Thursday, April 01, 2010

Faizal Tahir - Selamat Malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku