small advertisement

Thursday, March 11, 2010

rezeki masing-masing

Orang selalu cakap dan beranggapan aku ni berada. Dalm erti kata lain, duit banyak. Bukan masa sekarang ni, tapi dari dulu lagi. Dulu tu dari zaman sekolah rendah. Bukan dulu tu, yang empat-lima tahun lepas. Aku tak kaya. Aku jugak bukan orang senang. Cuma aku tahu untuk buat belanjawan aku sendiri.

Dulu masa sekolah rendah, aku dapat duit poket bape sen je sehari. Tapi aku himpun-himpun duit poket pegi sekolah, dengan tak makan, tak sibuk nak beli cekedi tu semua, untuk aku beli benda yang betul-betul aku nak. Macam buku ke, pensil comel-comel, aiskrim. Sebab aku tau, tok dengan wan mesti bising kalau aku mintak duit nak beli semua tuh.

Masa sekolah menengah pun camtu. Aku simpan duit belanja ari-ari untuk aku buat belanja nak keluar dengan kawan-kawan. Gila hape, nak gi ronggeng, tapi duit ngan mak. Jatuh maruah. Hahahaha!

Bila masuk matriks, aku dapat elaun RM1k untuk satu semester. Tapi duit tu aku tak usik. Wan masih lagi nak bagi duit kat aku. Nak kata banyak, takdela banyak. Tapi orang masih ingat aku berduit banyak, dengan tengok cara aku berbelanja. Padahal lepas spm tu, aku keja. Keja kat restoran. Gaji tu yang aku bawak ke matriks. Ingat senang nak topup hp masa tu. Sekali topup dah rm50. Memang tak lepas kalau harapkan duit wan bagi tuh.

Dekat kolej plak, aku buat loan dengan p-t-p-t-pu. Satu sem dapat rm3.5k. Bunyi cam banyak tapi lepas tolak yuran, nak beli buku, bape hinggit la sangat. Tapi aku still lagi dikategori budak loaded. Sebab?

Aku dapat-dapat loan je, aku dah tolak siap-siap beberapa ratus bagi kat wan. Duit tu yang aku nak mintak balik time nak ujung semester nanti. Masa yang sama, aku dah letak tepi, seratus dua kat akaun yang bole buat aku leceh nak keluarkan. So ari-ari belanja dengan duit loan tuh. Dan mujurla ada dua tiga orang yang selalu pinjam duit aku time sekolah-sekolah dulu, yang jenis burn macam tu je.

Jadi, aku guna hikmat yang ada, dengan pinjam balik kat diorang. Aku pun burn laaa.. Tapi aku tak pinjam banyak. Rasanya tak sampai limit diorang pinjam duit kat aku pun. Masa kat kolej tu jugak, aku ada tolong-tolong buat keja orang. So hasilnya, diorang belanja aku makan. Tak ke jimat tuh.

Sekarang ni pulak, aku dah keja. Gaji aku takde la banyak, dan tak sebanyak kawan-kawan aku yang lain. Tapi... Aku masih dikategorikan sebagai orang yang loaded dengan wang. Sebab? Aku travel sana-sini, beli itu ini, enjoy sana sini. And aku jarang-jarang nak pinjam duit kat orang kecuali dah betul-betul terdesak.

Tapi aku tak hutang lama-lama. Dapat gaji je dah memang terus bayar. Duit masing-masing kan, sendirilah kena pandai uruskan. Sendiri kena pandai berbelanja macamana. Jangan terlalu ikutkan ati nak beli benda branded yang bole memakan diri. Memang sronok bergaya tapi berbaloi kah?

Tolong jangan dengki. Dan tolong ingat, orang tak tolong kau kalau kau pun tak tolong diri sendiri. Kalau jatuh, pandai-pandai bangun sendiri. Jangan nak salahkan orang sekeliling sebab kau sendiri yang jatuh terduduk.




meza:..............duit kau, duit kau. duit aku, duit kau kah?

No comments:

Post a Comment

Hello!