small advertisement

Wednesday, March 10, 2010

nasihat seorang pakcik kontraktor

Tadi ada pakcik kontraktor datang ofis. Baru kejap tadi. Dia datang nak tengok kebocoran kat ofis aku aritu. Nak gantikan karpet.

Masa dia sampai, orang yang in-charge kat ofis pasal hal nak tukar karpet tu, keluar kejap. So aku mintak pakcik kontraktor tu, tunggu kat dalam ofis jap. Dia pun duduk dan sambil ngomel-ngomel sorang-sorang dia. Aku kebetulan dekat je dengan tempat duduk dia. Aku pun melayan dengan ngomel-ngomel tu.

Dan dia mula tanya samada aku masih cik atau puan. Dan tanpa selindung, aku jawab aku solo lagi. Eceh!~

Tiba-tiba dia dah mulakan tanya macam-macam soalan. Dah berpunya belum, umur berapa, keja apa. Eh, macam nak pi intebiu hape je. Tapi aku layankan jugak, takmau nanti pakcik kontraktor tak jadi buat keja kat ofis ni. Uhuhu.

Dah abis aku jawab soklan-soklan azimat tu, pakcik kontraktor tu mula bagi nasihat untuk mencari calon-calon suami. Waaaaaaaaaaah, pakcik ni dasat la. Bole plak buat kelas nak cari calon suami.

* * *

Jangan korang pilih paras rupa dan fizikal. Sekarang ni ramai sangat yang pilih rupa paras. Benda tu tak menjamin ape-ape. Wokey pakcik. Saya memang tak memilih rupa paras. Eceh!~

Kalau nak pilih, cuba tengok dia memahami tak. Memahami dari semua segi. Kerja, famili, kawan-kawan, masalah duit. Memang kita nak yang penyayang tapi bukan senang nak cari yang memahami. Aku menganguk je. Taktau nak kata ape.

Nanti balik, cuba pikir-pikir apa yang pakcik cakap ni.

Kita memang kena cari yang cukup didikan agama. Untuk membimbing kita dari terpesong. Sekali lagi, jangan nak cari yang cantik rupa paras. Baik. Saya tau.

Cari orang yang jujur. Zaman sekarang ni, susah nak cari orang jujur. Tapi usahakan la macamana.

Adil. Kena cari yang pandai berlaku adil. Tahu berlaku adil semasa berkawan, sebelum tunang, lepas tunang dan lepas kawen. Kita kena tengok, lepas kawen nanti, dia bole berlaku adil dengan pihak pompuan dan sebelah dia sendiri. Fuhh,.. time kawan bole la nak belek-belek.Kalau lepas kawen?

......

Baru je pakcik tu nak mulakan point apa tah, orang in charge tu dah masuk ofis. Terus berurusan dengan pakcik kontraktor. Aku macam tertunggu-tunggu plak apa point-point seterusnya.

Aish... Pakcik, mintak name card. Nanti saya nak tanya lagi. Wuuuuhuuuuuuu!~



meza:.... sekali-sekali dapat tunjuk ajar camni dari orang yg lebih tua, baru mula nak terpikir baik buruknya.

No comments:

Post a Comment

Hello!