small advertisement

Friday, March 19, 2010

dealova - fence, intan, azwa

Minggu lepas, aku balik kampung dengan fence dan intan. Sebenarnya ahad tu, ada kenuri kawen azwa kat Taiping. Parit Buntar dengan Taiping tak jauh, so langsung aku usulkan cadangan ajak bermalam kat kampung aku sabtu tu. Dan bole la aku lepak-lepak sembang dengan tok dan wan.





Ni kawan-kawan aku di matriks dulu kecuali bagi fence. Sebab dia adalah kenalan dari zaman sekolah teknik. Kami dulu sama-sama satu bilik kat matriks. Eh, aku sebenarnya dari bilik lain, tapi tah camane, aku pindah ke bilik diorang. Padahal bilik aku kat aras satu tapi aku sanggup pindah ke bilik diorang yang kat aras empat. Dasat tak. Huhuhu!~

Walaupun aku menetap di bilik diorang untuk satu tempoh yang agak pendek, tapi aku cepat rapat dan mesra dengan diorang. Sampaikan diorang bole arrange beday celebration untuk aku. Thanks all!~



Azwa, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia dan moga kasih kekal hingga ke syurga. Aku tak sangka antara kita berempat, ko yang diseru dulu. Ehehe. Love u azwa!

2 comments:

  1. Salam Mieza.. Taiping tu tempat cikgu belajar dulu-dulu.. masa tingkatan 1 hingg 5.. tahniah dan semoga kekal jodoh ke akhir hayat buat Azwa..

    ReplyDelete
  2. Seru aku bila nk sampai pulak...

    ReplyDelete

Hello!