small advertisement

Saturday, March 27, 2010

jalan-jalan lagi

Gambar-gambar dari Bandung.

Layannnnnnnnnn!~







meza:......... menghitung hari untuk destinasi seterusnya.

Monday, March 22, 2010

rindu aku tak (miss me not)

Jangan rindukan aku walaupun aku mengharapkannya.

Jangan mimpikan aku walaupun aku sentiasa menanti.

Tapi,

Aku hanya di sana sampai jumaat ini.

Dan aku percaya, lima hari tanpa diri ku, tidak banyak bezanya seperti hari lain.

Mungkin, sekali-sekala kau akan rindukan gelak tawa ku ini.

Emmm...

Ala, pedehal. Macam tak bole tepon je. Apa kegunaan teknologi camtu. Ngade tul.



Eheks!~



meza:......... awak, saya akan cuba hubungi awak di sana nanti. tapi, kalau saya terlupa tu, paham-paham jela. tengah sibuk berjalan. heheheeee

Friday, March 19, 2010

dealova - fence, intan, azwa

Minggu lepas, aku balik kampung dengan fence dan intan. Sebenarnya ahad tu, ada kenuri kawen azwa kat Taiping. Parit Buntar dengan Taiping tak jauh, so langsung aku usulkan cadangan ajak bermalam kat kampung aku sabtu tu. Dan bole la aku lepak-lepak sembang dengan tok dan wan.





Ni kawan-kawan aku di matriks dulu kecuali bagi fence. Sebab dia adalah kenalan dari zaman sekolah teknik. Kami dulu sama-sama satu bilik kat matriks. Eh, aku sebenarnya dari bilik lain, tapi tah camane, aku pindah ke bilik diorang. Padahal bilik aku kat aras satu tapi aku sanggup pindah ke bilik diorang yang kat aras empat. Dasat tak. Huhuhu!~

Walaupun aku menetap di bilik diorang untuk satu tempoh yang agak pendek, tapi aku cepat rapat dan mesra dengan diorang. Sampaikan diorang bole arrange beday celebration untuk aku. Thanks all!~



Azwa, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia dan moga kasih kekal hingga ke syurga. Aku tak sangka antara kita berempat, ko yang diseru dulu. Ehehe. Love u azwa!

Tuesday, March 16, 2010

Wey!

Aku baru tahu macamana nak main game boling kat hp aku ni.

Aisey.

Rabun teknologi jugak aku ni kan. Isk-isk.


Cara-cara nak main game boling kat hp aku ni, korang kena hayunkan hp tu macam mana korang nak baling bola tu secara real. Tapi jangan plak korang pegi baling hp tuh. Rosak plak nanti.

Hehe!~

Thursday, March 11, 2010

rezeki masing-masing

Orang selalu cakap dan beranggapan aku ni berada. Dalm erti kata lain, duit banyak. Bukan masa sekarang ni, tapi dari dulu lagi. Dulu tu dari zaman sekolah rendah. Bukan dulu tu, yang empat-lima tahun lepas. Aku tak kaya. Aku jugak bukan orang senang. Cuma aku tahu untuk buat belanjawan aku sendiri.

Dulu masa sekolah rendah, aku dapat duit poket bape sen je sehari. Tapi aku himpun-himpun duit poket pegi sekolah, dengan tak makan, tak sibuk nak beli cekedi tu semua, untuk aku beli benda yang betul-betul aku nak. Macam buku ke, pensil comel-comel, aiskrim. Sebab aku tau, tok dengan wan mesti bising kalau aku mintak duit nak beli semua tuh.

Masa sekolah menengah pun camtu. Aku simpan duit belanja ari-ari untuk aku buat belanja nak keluar dengan kawan-kawan. Gila hape, nak gi ronggeng, tapi duit ngan mak. Jatuh maruah. Hahahaha!

Bila masuk matriks, aku dapat elaun RM1k untuk satu semester. Tapi duit tu aku tak usik. Wan masih lagi nak bagi duit kat aku. Nak kata banyak, takdela banyak. Tapi orang masih ingat aku berduit banyak, dengan tengok cara aku berbelanja. Padahal lepas spm tu, aku keja. Keja kat restoran. Gaji tu yang aku bawak ke matriks. Ingat senang nak topup hp masa tu. Sekali topup dah rm50. Memang tak lepas kalau harapkan duit wan bagi tuh.

Dekat kolej plak, aku buat loan dengan p-t-p-t-pu. Satu sem dapat rm3.5k. Bunyi cam banyak tapi lepas tolak yuran, nak beli buku, bape hinggit la sangat. Tapi aku still lagi dikategori budak loaded. Sebab?

Aku dapat-dapat loan je, aku dah tolak siap-siap beberapa ratus bagi kat wan. Duit tu yang aku nak mintak balik time nak ujung semester nanti. Masa yang sama, aku dah letak tepi, seratus dua kat akaun yang bole buat aku leceh nak keluarkan. So ari-ari belanja dengan duit loan tuh. Dan mujurla ada dua tiga orang yang selalu pinjam duit aku time sekolah-sekolah dulu, yang jenis burn macam tu je.

Jadi, aku guna hikmat yang ada, dengan pinjam balik kat diorang. Aku pun burn laaa.. Tapi aku tak pinjam banyak. Rasanya tak sampai limit diorang pinjam duit kat aku pun. Masa kat kolej tu jugak, aku ada tolong-tolong buat keja orang. So hasilnya, diorang belanja aku makan. Tak ke jimat tuh.

Sekarang ni pulak, aku dah keja. Gaji aku takde la banyak, dan tak sebanyak kawan-kawan aku yang lain. Tapi... Aku masih dikategorikan sebagai orang yang loaded dengan wang. Sebab? Aku travel sana-sini, beli itu ini, enjoy sana sini. And aku jarang-jarang nak pinjam duit kat orang kecuali dah betul-betul terdesak.

Tapi aku tak hutang lama-lama. Dapat gaji je dah memang terus bayar. Duit masing-masing kan, sendirilah kena pandai uruskan. Sendiri kena pandai berbelanja macamana. Jangan terlalu ikutkan ati nak beli benda branded yang bole memakan diri. Memang sronok bergaya tapi berbaloi kah?

Tolong jangan dengki. Dan tolong ingat, orang tak tolong kau kalau kau pun tak tolong diri sendiri. Kalau jatuh, pandai-pandai bangun sendiri. Jangan nak salahkan orang sekeliling sebab kau sendiri yang jatuh terduduk.




meza:..............duit kau, duit kau. duit aku, duit kau kah?

Wednesday, March 10, 2010

nasihat seorang pakcik kontraktor

Tadi ada pakcik kontraktor datang ofis. Baru kejap tadi. Dia datang nak tengok kebocoran kat ofis aku aritu. Nak gantikan karpet.

Masa dia sampai, orang yang in-charge kat ofis pasal hal nak tukar karpet tu, keluar kejap. So aku mintak pakcik kontraktor tu, tunggu kat dalam ofis jap. Dia pun duduk dan sambil ngomel-ngomel sorang-sorang dia. Aku kebetulan dekat je dengan tempat duduk dia. Aku pun melayan dengan ngomel-ngomel tu.

Dan dia mula tanya samada aku masih cik atau puan. Dan tanpa selindung, aku jawab aku solo lagi. Eceh!~

Tiba-tiba dia dah mulakan tanya macam-macam soalan. Dah berpunya belum, umur berapa, keja apa. Eh, macam nak pi intebiu hape je. Tapi aku layankan jugak, takmau nanti pakcik kontraktor tak jadi buat keja kat ofis ni. Uhuhu.

Dah abis aku jawab soklan-soklan azimat tu, pakcik kontraktor tu mula bagi nasihat untuk mencari calon-calon suami. Waaaaaaaaaaah, pakcik ni dasat la. Bole plak buat kelas nak cari calon suami.

* * *

Jangan korang pilih paras rupa dan fizikal. Sekarang ni ramai sangat yang pilih rupa paras. Benda tu tak menjamin ape-ape. Wokey pakcik. Saya memang tak memilih rupa paras. Eceh!~

Kalau nak pilih, cuba tengok dia memahami tak. Memahami dari semua segi. Kerja, famili, kawan-kawan, masalah duit. Memang kita nak yang penyayang tapi bukan senang nak cari yang memahami. Aku menganguk je. Taktau nak kata ape.

Nanti balik, cuba pikir-pikir apa yang pakcik cakap ni.

Kita memang kena cari yang cukup didikan agama. Untuk membimbing kita dari terpesong. Sekali lagi, jangan nak cari yang cantik rupa paras. Baik. Saya tau.

Cari orang yang jujur. Zaman sekarang ni, susah nak cari orang jujur. Tapi usahakan la macamana.

Adil. Kena cari yang pandai berlaku adil. Tahu berlaku adil semasa berkawan, sebelum tunang, lepas tunang dan lepas kawen. Kita kena tengok, lepas kawen nanti, dia bole berlaku adil dengan pihak pompuan dan sebelah dia sendiri. Fuhh,.. time kawan bole la nak belek-belek.Kalau lepas kawen?

......

Baru je pakcik tu nak mulakan point apa tah, orang in charge tu dah masuk ofis. Terus berurusan dengan pakcik kontraktor. Aku macam tertunggu-tunggu plak apa point-point seterusnya.

Aish... Pakcik, mintak name card. Nanti saya nak tanya lagi. Wuuuuhuuuuuuu!~



meza:.... sekali-sekali dapat tunjuk ajar camni dari orang yg lebih tua, baru mula nak terpikir baik buruknya.

Monday, March 08, 2010

y guys like girls

Here are a few reasons
why guys like girls:

1.
They will always smell good
even if its just shampoo

2.
The way their heads always
find the right spot on our shoulder

3.
How cute they look when they sleep

4.
The ease in which they fit into our arms

5.
The way they kiss you and
all of a sudden everything
is right in the world

6.
How cute they are when they eat

7.
The way they take hours
to get dressed
but in the end
it makes it all worth while

8.
Because they are always
warm even when its minus 30 outside

9.
The way they look good
no matter what they wear

10.
The way they fish for compliments
even though you both know that you
think she's the most
beautiful thing on this earth

11.
How cute they are when they argue

12.
The way her hand always finds yours

13.
The way they smile

14.
The way you feel
when you see their name
on the call ID
after you just had a big fight

15.
The way she says
"lets not fight anymore"
even though you know that
an hour later....

16.
The way they kiss when
you do something nice for them

17.
The way they kiss you
when you say
"I love you"

18.
Actually ...
just the way they kiss you...

19.
The way they fall into your arms
when they cry

20.
Then the way they apologize
for crying over something that silly

21.
The way they hit you
and expect it to hurt

22.
Then the way they apologize
when it does hurt.
(even though we don't admit it)!

23.
The way they say
"I miss you"

24.
The way you miss them

25.
The way their tears
make you want to
change the world
so that it
doesn't hurt her anymore.....
Yet regardless
if you love them,
hate them,
wish they would die
or
know that you would die
without them ...
it matters not.
Because once in your life,
whatever they were to the world
they become everything to you.
When you look them in the eyes,
traveling to
the depths of their souls
and
you say a million things
without trace of a sound,
you know that your own life
is inevitable consumed
within the rhythmic beatings
of her very heart.
We love them for a million reasons,
No paper would do it justice.
It is a thing not of the mind
but of the heart.
A feeling.
Only felt.


tettttttt! disah pakai selepas anda punyai hubungan yang sah.
eceh!~

lepaking

Keja kat ofis tak banyak macam selalu. Sampaikan bole 'delay'kan keja tu sampai nak dekat-dekat dateline.

So, jom

Lepaking, lepaking, sembang, mukabuku, blog, lepaking, gaming.....

Oh ye, yang part paling menarik, encik bos pun join sekaki.

Lepaking, sembang, lepaking, gaming.....

Hahahaaaa.

Mujur la encik bos taktau mukabuku dengan blog. Kalau tak, sakit kepala melayan kerenah encik bos tu. Heheheee!~

Thursday, March 04, 2010

jauhkan aku dari kedai kasut

Semalam, perasaan rasa macam down sket. Takde pasal pun, tapi aku memang macam tu. Terasa tensen tiba-tiba.

So, lepas keja, pergi merayau kat MidValley yang dekat-dekat ngan ofis aku ni. Merayau sorang-sorang tau. Bukan berdua apatah lagi ramai-ramai. Huhu~

Tapi bila berseorangan ni, lebih bahaya, sebab dalam tak sedar ditemani oleh syaitan-syaitan. Hahaha.

Sebab?

Digoda dengan bermacam-macam barangan. Jeans dekat MNG, perfume Burberry, aiskrim kat Gelato, nite dress kat Voir, kasut/sandal dekat Voir, baju-baju dekat Jusco,............ Banyak ok.

Dan akhirnya godaan sedemikian tak dapat ditepis lagi. Dan tergoda dengan kasut di Voir. Dan mujurla cash money ada sikit je. Kalau tak, maybe dah borong dua-tiga benda lagi.




Dan tadi pagi, aku ada hal kat KLCC. Lepas je meeting tu, aku singgah bersiar-siar kat Vincci. Satu malapetaka ok. Sebab ati aku dah tak keruan pikirkan kasut-kasut yang melambai-lambai kat situ.

Bukan sepasang, bukan dua. Tapi empat-lima pasang ok. Aish... Sod-ba-ro!

Ni la masalah kalau aku fanatik dengan kasut wedges... Jadi, apa yang aku perlu buat sekarang ni? Beli? Ataupun takyah tak beli?

Huhuhu~





meza:.......................kasut wedges dah berlambak tapi, aku dok pakai selipar jamban jugak. hahahaaa

Wednesday, March 03, 2010

awet muda kah?

Semalam, encik boss komen, dia tak suka dengan my new hairstyle. Prefer old hairstyle. Tapi macam la aku amik peduli.

Tapi, masa tu je.

Walaupun sepatah perkataan yang dikomen oleh sesiapa pun, memang bole mengusik ati aku. So aku tertanya-tanya malam tadi, apa yang tak kena dengan hairstyle baru ni.

Dan arini, encik boss komen benda yang sama lagi. Ayat pun lebih kurang. Cuma ada tambahan sikit.

"Your haircut macam budak-budak sekolah"



Dan jawab aku, "Mestila, takkan nak buat nampak I nampak older. Lagipun, dis year I already 24."

Encik boss diam dan macam agak terkejut. Agaknya dia tak sedar kot, umur aku ni makin meningkat. Takkan la umur aku nak maintain macam baru masuk keja aritu kan. Isk-isk.

Encik boss, encik boss.

Tapi yang peliknya, sedar plak dia, tahun ni anak dia pun dah umur 21tahun. So???

Apa kesimpulan yang kita dapat?

Aku rasa memang umur aku maintain je kot. Tak penah naik-naik dari 3-4tahun lepas. So bila tuka hairstyle baru ni, tolak lagi 2-3tahun. Memang jadi cam budak sekolah laaa. Muahahaa!~



meza:......... awak mesti untung dapat awek awet muda macam saya ni. dari awal saya kawan ngan awak sampai sekarang ni, umur saya maintain 19tahun je. awak plak, maintain umur 27tahun. ekekekeeeee~ jangan tensen-tensen sayang!

Monday, March 01, 2010

Wey!

Aku baru tau Mega Sale dah bermula.

Tapi wang sudah cukup-cukup untuk belanjawan bulan Mac.

Aiyook!

Bole ke nak window shopping je?

Waaaaaaaaaa.

Frust la!

macam ahmoi meh?

Goodbye my long-long hair!~



Welcome my new hairstyle!~



Ramai yang komen bila aku jumpa diorang, aku dah nampak macam orang cina. Yela tuh. Padahal kebetulan je, aku pakai baju stail cina. Ngeh-ngeh-ngeh! Oh ye, semalam chap goh mei. Pun kebetulan lagi. Tak sengaja tau!



meza:..............awak, rambut saya ni cepat panjang. baik awak jumpa saya cepat-cepat. ehehe