small advertisement

Friday, February 05, 2010

sama ke lelaki umur 25 dengan pompuan umur 25?

Umur akan makin meningkat dengan bertambah kepada 25tahun pada tahun ini, dan akan meninggalkan angka 24 tahun selama-lamanya.

Umur 25 seperti masih muda, masih banyak perkara yang perlu dicapai dalam hidup. Tapi.... muda ke 25 tahun ni?

Perempuan bila dah umur 25, dah elok kawen, patut ada famili, ada anak. Kalau dah umur 30 ke atas, risiko untuk seorang perempuan lahirkan anak, berbeza berbanding masa muda remaja. Bila dah berkeluarga, si isteri atau ibu ni bertanggungjawab memastikan ahli keluarganya dijaga dan berjaya dari semua segi. Sebenarnya itu perkara yang perlu dicapai oleh seorang perempuan. Selain dari famili, apa yang perlu dicapai lagi? Kerjaya sebagai jurutera? Peguam? Doktor? Itu cuma sampingan. Untuk memenuhi masa lapang seorang isteri dan ibu.

Lelaki bila umur 25, memang masih muda. Masa ni, lelaki sangat perlukan kerjaya yang kukuh, ekonomi pun yang kukuh. Sebab lelaki bertanggungjawab memberi nafkah zahir kepada familinya. Lelaki ni pulak, makin berumur, makin laku. Dari segi gaya dan juga duit ringgit. Untuk jadi jurutera yang disegani, peguam yang dihormati, memang menjadi impian setiap lelaki dalam dunia ni. Untuk menjadi seorang bapa pulak, tidaklah seberat menjadi seorang ibu.

Bila seorang lelaki yang berumur 25tahun berkawan dengan perempuan yang berumur 25 tahun juga, janganlah si lelaki merasa tertekan bila si perempuan mengutarakan niat untuk bertunang atau kawen. Kerana itu impian setiap perempuan yang memang harus dicapai sebelum umur si perempuan 28tahun. Dan si perempuan, cubala bertolak ansur dengan si lelaki dengan memberikan peluang kepadanya.

Cuma, si lelaki jangan terlalu selesa bila si perempuan berikan peluang macam tu dengan mengabaikan si perempuan untuk capai impian si lelaki. Mungkin si perempuan tak mampu bertahan untuk tunggu lebih lama.






Apa cara yang paling sesuai sebenarnya?



meza:...... jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. ewah... jom dangdut!

11 comments:

  1. sama...tp x serupa..
    hehe..aci x? =p

    ReplyDelete
  2. Yupp..lelaki selalunya dalam umur awal 20an tak berminat nak cerita pasal kawen nie.. tapi.. perempuan waktu umur 25 dah bersedia untuk kahwen..

    Tapi satu je.. kalau lelaki tu betul2 sayang kita & serious dgn kita.. untuk dia..kahwen bukan lah satu beban untuk dia..insyaallah..

    ReplyDelete
  3. sha,
    bole la tu...

    dayah,
    setuju dgn ko. tp nk buat mcmana, tk semua lelaki punya pikiran mcm tu.

    ReplyDelete
  4. cm kenal je dgn lelaki tu weih..dan mcm kenal dengan beberapa ayat dlm tu juga..ngahahaha..sabaq ya cheq,ada org lebih tidak bernasib baik berbanding lelaki 25 tahun n pompuan 25 tahun yg dlm entri hang ni...

    ReplyDelete
  5. BulanBintang,
    haha. cilok sket ayat dari sorang tu.harap dimaafkan. =)
    klau aku single, mayb aku akan buat tindakan drastik, knal sorg2 tu 4-5bulan, dah ajak kawen. hahaaa

    ReplyDelete
  6. gud point to be pondered...

    ReplyDelete
  7. Led,
    it is reality, just for different people.

    ReplyDelete
  8. lelaki yang sama baya dgn perempuan jarang nak kahwin awal.

    ReplyDelete
  9. hidd,
    setuju.
    klau ada yg kawen awal tu, sbb dh tlalu lama bkawan. punya pressure kiri kanan. agaknya la kot. huhu

    ReplyDelete
  10. takpe..yg penting berpegang pada jodoh..kalo ade jodoh..sume akan dipermudahkan oleh-NYA..insyaallah...

    ReplyDelete
  11. thanks nad! tk sabar nk nengok ko pkai bj pngantin

    ReplyDelete

Hello!