small advertisement

Thursday, February 25, 2010

MATTA FAIR 2010

Kepada siapa-siapa yang suka berjalan-jalan samada dalam Malaysia atau luar Malaysia, tolong tanda kalendar anda pada 12-14hb Mac 2010 yang akan diadakan MATTA FAIR bertempat di PWTC. Dan tak lupa siapa-siapa yang baru lepas kawen tapi tak sempat nak honeymoon lagi, bole la pegi MATTA FAIR ni.



Sebelum korang nak ke MATTA FAIR, elok buat checklist kat bawah ni:

- senarai tempat yang menjadi priority untuk korang melancong.
Kat Matta Fair tu nanti, ada beratus atau beribu tawaran yang bole buat korang jadi rambang mata. So cuba bertahan dengan pilihan tempat melancong tu. Taknak la nanti, di kemudian ari, rasa ralat plak kan.

- tarikh yang korang nak gi melancong tu
Kena pikir ni, bila nak pegi melancong tu. Sapa-sapa yang nak gi melancong dengan anak-anak, masa cuti sekolah, tengok kalendar elok-elok. Pastikan jugak cuti korang tu cukup. Dan korang kena tengok tarikh yang nak pergi tu, musim sejuk ke, musim bunga ke, musim kemarau ke. Mana tau, ada yang nak pegi time sejuk, semata-mata nak rasa salji kan. Lagi satu, tengok tarikh tu, bertindih bulan puasa ke apa. Nanti, merasa korang berpuasa sepanjang perjalanan. Kang tak larat plak berjalan plak kan.

- jenis pakej
Macam-macam pakej akan ditawarkan. Ikut korang la nak yang jenis nak hotel saje ke, nak sekali dengan aktiviti-aktiviti lain ke. Ataupun, korang nak beli tiket saje pun bole. Kot-kot nak redah je nanti kat tempat pelancongan nanti. Dan korang bole cari yang pakej yang tawarkan makanan halal. Tak payah susah-susah nak pikir makan mana kan.

- bajet
Nak buat pape pun, mesti ada bajet kan. Ada pakej yang murah, ada pakej yang mahal. Ni spend wisely ok.

- compare dengan other travel agents
Sila buat perbandingan pakej-pakej dengan agensi pelancongan untuk dapat pakej yang paling berbaloi. Jangan ikut ati nak join pakej yang rasa-rasa tak mampu nak follow. Huhu.



Ni je kot. Ada sapa-sapa yang nak add on lagi??

Ok, selamat merancang dengan bijak!



meza:...........fence, jom pi survey apa yang patut. Sebelum kau dan aku tamatkan zaman bujang. Eceh!~~

4 comments:

  1. kl je ke? alaaaa.. nak jugak....

    ReplyDelete
  2. rasanya ada jugak kt tpt lain. mcm thun lpas, diorg ada buat kat seremban. tp kne alert sket ngn event diorg ni.

    ReplyDelete
  3. waaahhh nak g laaaaa...tp aku nie jenis pelupe..meh remind aku k...

    p/s: sila anta sms untk reminder..hoohoh

    ReplyDelete
  4. baikla. akan aku jd reminder ko pada ari tsebut.

    ReplyDelete

Hello!