small advertisement

Friday, February 12, 2010

hati senang

Hati rasa tak sabar nak balik kampung esok. Rindukan tok dan wan.
Rindukan ketenangan di rumah kampung itu walaupun pada dasarnya, kampung aku terletak di tepi pekan yang maju.
Masa yang sama, aku rindukan makanan-makanan yang tak boleh aku huraikan betapa sedapnya sampaikan kau takkan ragu-ragu nak tambah lagi.

Tapi..

Kalau aku rindu, mana cukup empat hari bercuti dekat kampung. Sepatutnya sebulan. =P

Memang aku rindu ketenangan tu, tapi terlebih tenang sampaikan aku tak sedar pagi ke petang. ;-)

Jangan jumpa aku bila aku dah balik bandar nanti. Bagi peluang sekurang-kurangnya seminggu, baru ajak jumpa. Sebab? Aku makin bulat bila balik kampung. Selera bertambah!




Ini baru betul, hati senang.




meza:.........takkan diet bila balik kg. lagi-lagi dengan ada jemputan kenduri masa cuti. pergh.. rugi tolak rezeki.

No comments:

Post a Comment

Hello!