small advertisement

Thursday, February 25, 2010

MATTA FAIR 2010

Kepada siapa-siapa yang suka berjalan-jalan samada dalam Malaysia atau luar Malaysia, tolong tanda kalendar anda pada 12-14hb Mac 2010 yang akan diadakan MATTA FAIR bertempat di PWTC. Dan tak lupa siapa-siapa yang baru lepas kawen tapi tak sempat nak honeymoon lagi, bole la pegi MATTA FAIR ni.



Sebelum korang nak ke MATTA FAIR, elok buat checklist kat bawah ni:

- senarai tempat yang menjadi priority untuk korang melancong.
Kat Matta Fair tu nanti, ada beratus atau beribu tawaran yang bole buat korang jadi rambang mata. So cuba bertahan dengan pilihan tempat melancong tu. Taknak la nanti, di kemudian ari, rasa ralat plak kan.

- tarikh yang korang nak gi melancong tu
Kena pikir ni, bila nak pegi melancong tu. Sapa-sapa yang nak gi melancong dengan anak-anak, masa cuti sekolah, tengok kalendar elok-elok. Pastikan jugak cuti korang tu cukup. Dan korang kena tengok tarikh yang nak pergi tu, musim sejuk ke, musim bunga ke, musim kemarau ke. Mana tau, ada yang nak pegi time sejuk, semata-mata nak rasa salji kan. Lagi satu, tengok tarikh tu, bertindih bulan puasa ke apa. Nanti, merasa korang berpuasa sepanjang perjalanan. Kang tak larat plak berjalan plak kan.

- jenis pakej
Macam-macam pakej akan ditawarkan. Ikut korang la nak yang jenis nak hotel saje ke, nak sekali dengan aktiviti-aktiviti lain ke. Ataupun, korang nak beli tiket saje pun bole. Kot-kot nak redah je nanti kat tempat pelancongan nanti. Dan korang bole cari yang pakej yang tawarkan makanan halal. Tak payah susah-susah nak pikir makan mana kan.

- bajet
Nak buat pape pun, mesti ada bajet kan. Ada pakej yang murah, ada pakej yang mahal. Ni spend wisely ok.

- compare dengan other travel agents
Sila buat perbandingan pakej-pakej dengan agensi pelancongan untuk dapat pakej yang paling berbaloi. Jangan ikut ati nak join pakej yang rasa-rasa tak mampu nak follow. Huhu.



Ni je kot. Ada sapa-sapa yang nak add on lagi??

Ok, selamat merancang dengan bijak!



meza:...........fence, jom pi survey apa yang patut. Sebelum kau dan aku tamatkan zaman bujang. Eceh!~~

Monday, February 22, 2010

kau dan hujan

aku jua suka hujan seperti dirimu

bila kita akan berjalan-jalan dalam hujan bersama?

tapi...

aku sangat pasti

kau tidak akan benarkan aku dibasahi hujan

walaupun setitik

kerana

kau terlalu sayangkan aku

selalu menjaga peribadiku

yang lebih baik daripada diriku sendiri

kan sayang kan?





meza:........... terima kasih atas segala keprihatinan dirimu. mula mengenangkan segala memori indah bersama dirimu, kasih.

Saturday, February 20, 2010

aku penggemar ketam.... meleleh ayaq liuq

Makan malam bersama si dia di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan




Ketam Masak Pedas - Sedap!

Sotong Tepung dengan Sotong Tiga Rasa - Not so bad.
Tapi belum mula makan nasi, pinggan sotong tepung tu dah nak licin dah. =P


Lokasi: Tanjung Harapan, dekat dengan Port Klang
Suasana: Tepi laut, bole dengar bunyi ombak menghempas pantai (eceh!) sambil rambut ditiup angin halus (extra eceh!)
Makanan: Pilih, timbang, order masakan apa. (Half Self Service) Ada pelbagai jenis ikan, ketam, udang, sotong. Pilih je! Dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak. Ikut selera. Ada side order macam satay, kerang rebus, chicken chop (yg ni tk sure sgt)
Harga: Ok la. Apa nak dikata lagi kalau seafood.
Penilaian Penuh: 3bintang setengah

Kalau nak pegi makan kat sana, pegi beramai-ramai samada dengan famili atau kawan-kawan. Untuk couple, kurang sesuai tapi kalau kau seorang pemakan seafood yang tegar, takde hal la...




Monday, February 15, 2010

maksudnya???

Hati memang senang bila dapat balik kg. Series! Bila dapat bersembang-sembang mata bertemu mata dengan tok dan wan, dapat jumpa sedara-sedara dan dengar gurau senda diorang. Dapat rasa makanan yang sedap-sedap!

Tapi perasaan senang ati itu bukan selalu, ada masa-masanya jadi kurang senang. ;-)

Bila??




Bila tok dah mula bersembang pasal hal naik level dengan aku. Diorang kata, pakcik aku yang mula merungut dan tokpulak tolong sambung merungut je.

Amboi. Iyela tu.

Hmm, aku dah SMS dekat si dia. Tapi takde sebarang respons. Orang selalu kata kalau diam tu tandanya setuju kan?

So agak-agaknya...... Maknanya????

.
..
.
..
.
..
.


Takde maknanya. Pandai-pandai je orang tu cakap macam tu. Isk-isk.



meza:........... relax la. walaupun malam, tapi masih muda. eheks!~

Friday, February 12, 2010

hati senang

Hati rasa tak sabar nak balik kampung esok. Rindukan tok dan wan.
Rindukan ketenangan di rumah kampung itu walaupun pada dasarnya, kampung aku terletak di tepi pekan yang maju.
Masa yang sama, aku rindukan makanan-makanan yang tak boleh aku huraikan betapa sedapnya sampaikan kau takkan ragu-ragu nak tambah lagi.

Tapi..

Kalau aku rindu, mana cukup empat hari bercuti dekat kampung. Sepatutnya sebulan. =P

Memang aku rindu ketenangan tu, tapi terlebih tenang sampaikan aku tak sedar pagi ke petang. ;-)

Jangan jumpa aku bila aku dah balik bandar nanti. Bagi peluang sekurang-kurangnya seminggu, baru ajak jumpa. Sebab? Aku makin bulat bila balik kampung. Selera bertambah!




Ini baru betul, hati senang.




meza:.........takkan diet bila balik kg. lagi-lagi dengan ada jemputan kenduri masa cuti. pergh.. rugi tolak rezeki.

Friday, February 05, 2010

sama ke lelaki umur 25 dengan pompuan umur 25?

Umur akan makin meningkat dengan bertambah kepada 25tahun pada tahun ini, dan akan meninggalkan angka 24 tahun selama-lamanya.

Umur 25 seperti masih muda, masih banyak perkara yang perlu dicapai dalam hidup. Tapi.... muda ke 25 tahun ni?

Perempuan bila dah umur 25, dah elok kawen, patut ada famili, ada anak. Kalau dah umur 30 ke atas, risiko untuk seorang perempuan lahirkan anak, berbeza berbanding masa muda remaja. Bila dah berkeluarga, si isteri atau ibu ni bertanggungjawab memastikan ahli keluarganya dijaga dan berjaya dari semua segi. Sebenarnya itu perkara yang perlu dicapai oleh seorang perempuan. Selain dari famili, apa yang perlu dicapai lagi? Kerjaya sebagai jurutera? Peguam? Doktor? Itu cuma sampingan. Untuk memenuhi masa lapang seorang isteri dan ibu.

Lelaki bila umur 25, memang masih muda. Masa ni, lelaki sangat perlukan kerjaya yang kukuh, ekonomi pun yang kukuh. Sebab lelaki bertanggungjawab memberi nafkah zahir kepada familinya. Lelaki ni pulak, makin berumur, makin laku. Dari segi gaya dan juga duit ringgit. Untuk jadi jurutera yang disegani, peguam yang dihormati, memang menjadi impian setiap lelaki dalam dunia ni. Untuk menjadi seorang bapa pulak, tidaklah seberat menjadi seorang ibu.

Bila seorang lelaki yang berumur 25tahun berkawan dengan perempuan yang berumur 25 tahun juga, janganlah si lelaki merasa tertekan bila si perempuan mengutarakan niat untuk bertunang atau kawen. Kerana itu impian setiap perempuan yang memang harus dicapai sebelum umur si perempuan 28tahun. Dan si perempuan, cubala bertolak ansur dengan si lelaki dengan memberikan peluang kepadanya.

Cuma, si lelaki jangan terlalu selesa bila si perempuan berikan peluang macam tu dengan mengabaikan si perempuan untuk capai impian si lelaki. Mungkin si perempuan tak mampu bertahan untuk tunggu lebih lama.






Apa cara yang paling sesuai sebenarnya?



meza:...... jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. ewah... jom dangdut!

Wednesday, February 03, 2010

Few photos untuk tatapan masa trip KL-Ho Chi Minh-KL.







Macam mau pegi lagi la. Tapi kali ni, kena bawak wang banyak sikit. Apa kes shopping bawak dua tiga ratus je..


meza:.......... klau awak dah keja, mesti best. Bole saya pinjam duit awak beribu sket. Huhuu~

Monday, February 01, 2010

siaran dari ho chi minh

Seronok plak perasaan beronline dari Vietnam.

Terasa facebook dengan blog dekat di hati.



Wahahaaa, ayat tak bole belah.....


Rasa nyampah tak!!!!



=p

meza:................ tak puas lagi berjalan kat sini, tapi.... rindu nasi lemak. mulut melayu betui aku ni. ehehheee