small advertisement

Wednesday, January 06, 2010

life is not easy

Life is not easy....

Kata-kata yang selalu diucapkan oleh bos aku.

Cuba kita tengok setakat mana kita bole katakan Life is not easy (berdasarkan life aku).

Aku anak tunggal. Seringkali orang kata, sronok dan untung jadi anak tunggal. Mintak apa saja, ditunaikan. Manja. Mungkin aku manja, tapi bab mintak apa saja tu, jangan pikir macam tu. Aku berusaha untuk capai apa yang aku nak. Cuma kalau ada yang bagi pertolongan, itu menjadi satu rezeki untuk aku. Dan aku sebagai anak tunggal, tak punya kasih sayang adik beradik. Jadi jangan tuduh aku sangat beruntung jadi anak tunggal.

Tapi, aku masih bersyukur dengan keadaan aku begini.


Aku punya mak ayah tapi tak macam orang lain. Sorang di sini, sorang di sana. Dan aku punya adik yang berlainan bonda. Tapi aku masih sayangkan mereka lepas kejadian itu terjadi.

Dan, aku masih bersyukur dengan keadaan aku begini.


Bole dikatakan dari aku seperti kanak-kanak hingusan sehingga remaja, aku dibesarkan oleh tok dan wan aku. Jadi aku rajin balik kampung. Jangan tanya kalau kadang-kadang tu, aku lebihkan mereka dari orang lain.

Aku sungguh bersyukur dibesarkan oleh mereka. Terima kasih.


Kewangan aku, cukup-cukup makan. Jarang aku dapat berseronok berlebihan dan melampau. Aku punya komitmen dengan hutang kolej, insurans, kereta, kad kredit, bil-bil yang berkaitan, bonda, tok dan wan. Dan sekali sekala, aku mampu untuk menyimpan. Tapi macamana aku kesempitan wang sekalipun, jarang aku berhutang dengan kawan-kawan dan usik simpanan aku. Kena la aku bergantung kepada diri sendiri untuk uruskan hal kewangan macam tu.

Alhamdulillah, Allah masih tidak putus-putus memberi rezeki kepada aku.


Aku rapat dengan keluarga sebelah bonda. Masa yang sama, ahli keluarga sebelah bonda tidakla begitu ramai. Tapi, kami juga masih punyai masalah sesama ahli keluarga sehingga pernah ugut sesama sendiri. Dan dengan keadaan begitu, aku selalu dijadikan orang tengah untuk sampaikan informasi untuk mereka. Seronokkah bila aku terpaksa jadi orang tengah untuk mereka. Orang di sini tak bole dilebihkan, nanti orang di sana berkecil ati. Sebelah sana pun, aku tak bole lebihkan, nanti dituduh bukan-bukan.

Tapi aku masih bersyukur, kerana mereka, aku dapat merasa perasaan bersama keluarga.


Hubungan aku dengan encik kekasih, masih kukuh setelah bertahun-tahun bercinta. Walaupun ada pahit getir bersama, hanya si dia yang dapat menerima keadaan aku begini. Dan si dia juga yang selalu membantu dan menyokong apa jua tindakan aku.

Tanpa si dia, mungkin aku akan selalu jatuh tersungkur. Dan sudah tentu, aku sangat bersyukur punyai si dia dalam hidupku.





Jadi, memang lumrah kehidupan macam tu. Apa yang dikeluhkan lagi cik boss... Hmm..



meza:........................saya memang emo. so what?

2 comments:

  1. quote: mungkin aku akan selalu jatuh tersungkur.

    Tu la. Org suh pakai barang `ori` pi pakai lagi Crocs `China` tu. Kang tak pasal2 jatuh tersungkur. ;)

    ReplyDelete
  2. alang,
    awk ni potong stim la... ngeh3. tkpe, dh ada nike dh. tkmo pkai crocs china. hehe.

    ReplyDelete

Hello!