small advertisement

Friday, January 22, 2010

biskut dari korea

Tahun lepas, dalam masa-masa macam ni, aku ke Korea untuk attend meeting. Masa tu, musim sejuk ok. Sejuk gedi. Tak larat aku nak memanaskan badan dengan pakai baju berlapis-lapis.

Tapi tahun ni, giliran supplier dari Korea tu plak yang datang sini. Diorang ada meeting kat tempat lain, tapi saja singgah melawat kat syarikat tempat aku keja ni. Macam biasa, aku selalu tanyakan macam mana perbezaan cuaca sana dan sini.

Dah tentu perbezaan cuaca yang sangat ketara. Kat sana baru je lepas bersalji, mungkin dalam -8degree C. Sini plak paling rendah suhu nya, 29degree C. Sejuk tatkala hujan turun menyimbah bumi. (pergh, tak bole tahan ayat aku ni kan)

Macam-macam yang diborakkan. Kadang-kadang tu, ada jugak kekangan komunikasi. Maklumla, kita punya stail cakap omputih, mana nak sama dengan stail diorang cakap omputih kan. Tapi lebih baik daripada ayam cakap dengan itik.

Diorang memang sangat bersopan santun. Walaupun kadang-kadang aku rasa diorang tu nampak sombong disebabkan mata yang sepet, tapi setakat aku pernah berurusan dengan diorang, jarang aku nampak diorang berkasar dengan aku. Tegur pun secara tegas.

Anyway, ada cenderahati dari pihak supplier aku ni. Ni lagi satu benda yang aku respek dengan diorang. Diorang gemar amalkan sikap memberi sesuatu untuk tunjukkan penghormatan dan penghargaan kepada orang tersebut.


Cuba teka diorang bagi apa?















Biskut tradisional Korea

Jom kita zoom dekat sikit macamana rupa sebenar biskut diorang ni.


Pada awalnya, aku agak was-was nak makan walaupun isi biskut ni cuma kuaci, badam, kacang, kismis, madu. Tapi aku ada bertanyakan kepada orang Korea tu, tentang isi kandungan sebenar melalui skype, dan jawapan dia macam ni,

[21/01/2010 10:10:45 AM] GD Kim says: It's snack made in peanut, apple jam, pumpkin and so on. Not included meat

Dan lepas tu, dia pun terangkan, yang pihak supplier masih ingat tentang hal aku seorang Islam, tak makan sebarangan, tak tentu hala, titik beratkan hal halal haram. Dan diorang pun rujuk dulu dekat salah seorang pekerja situ yang orang Islam jugak tentang isu makanan ni sebelum nak bagi cenderahati tu. Jadi, bila dapat penerangan macam tu, aku pun jadi yakin.

Kalau ikut penerangan kawan aku ni, biskut ni sangat mahal kat Korea sana. Bole jadi beratus RM, kalau nak beli. Yang jadi mahal tu, disebabkan handmake bukan dibuat dari mesin. Dekat Korea, memang biskut ni dijadikan satu amalan diberi kepada kawan-kawan terdekat.

[21/01/2010 10:22:11 AM] GD Kim says: In korea, a lot people give this to a close friend or superior

Ada macam-macam jenis dan rupa bentuk biskut ni. Sapa-sapa yang berminat, bole layari

http://www.chosuncookie.com/

Tentang rasa? Aku baru rasa yang ada badam tu. Biasa je rasa dia, manis sebab ada air gula. Bole je kalau nak buat sendiri. Tapi korang rajin ke, nak bentuk-bentuk jadi rupa bunga. Huhuhuu.


meza:...................... (nak tiru PurPle Lady sket n thanks for the good news) kamsahamida.

3 comments:

  1. haha.. meza!! suka nye cookies mcm tue.. nak jugak... i mmg suka cookies cina and sewaktu dengannya.. yg penting halal la...especially yg ala2 biskut beras tu. nyum2..

    ReplyDelete
  2. yg mcm biskut beras tu mmg sedap. tk smpat nk rasa smua lagi. dok simpan je, pikirkan comel sgt. hehe.

    p/s: entri tu mcm skema-skema pn ade. hahaa

    ReplyDelete

Hello!