small advertisement

Saturday, January 16, 2010

benci, tapi suka

"Sekarang kata tak suka, tengok-tengok nanti, kau dok angau gila kat orang tu"

Ayat kat atas ni, pernah dengar tak? Ataupun ayat yang lebih kurang macam tu jugak la. Ala, u know what i mean. Bab-bab dulu kita benci atau tak suka kat sorang-sorang tu, siap gaduh bagai. Alih-alih, lepas tu dok loving-loving plak.

Benda ni dalam drama melayu, selalu ada. Bukan takat cerita melayu je, cerita cina ke, hindu, hindi, omputih, perancis, korea, jepun,...... pun ada jugak.

Sebenarnya kan, aku pun pelik gak. Awal dulu, bukan main komplen tak suka, alih-alih diam-diam dok sengih sorang-sorang pikir pasal orang yang kita pernah komplen tak suka. (Macam dok ulang-ulang ayat yang sama je)

Haa, tu la jangan main-main dengan kata-kata yang pernah kita sebut tu, tak suka yang tu, tak suka yang ni, benci sangat kat dia. Mungkin Tuhan nak tunjuk, bukan semua benda buruk tu ada kat orang tu, ada jugak benda yang menarik dan ntah-ntah yang pernah jadi idaman korang kan. Takpun Tuhan nak korang tu yang jadi orang yang mampu merubah idup si polan tu.

So ada pengajaran kat sini, kalau tak suka seseorang tu, jangan sampai melampaui batas. Mana tau, si polan tu bakal jadi calon jodoh anda. Haaa, nasib! Wahahaa.

Erk, aku takde niat nak kaitkan ngan sapa-sapa. Jangan terasa ati ye. Aku tau, ada orang yang akan terasa sebab ada orang tu pun dulu-dulu pun buat benda yang sama. Dok benci, gaduh. Alih-alih, couple-tunang, dok rindu-rinduan. =P

Sebenarnya, kalau ikutkan, ada gak terkena batang idung sendiri. Tapi takdela tahap kata tak suka lansung, benci kat si dia tu. Cuma pernah tercakap kat kawan sendiri, " Kalau aku, aku taknak la kat dia, kan si A tu minat kat dia"

Tup-tup, setahun lepas tu, dah on level dengan si dia. Hekhekhek.... Tapi jangan risau, A tak pernah marah pun aku kawan ngan si dia. Sebab bagi A, si dia ni cuma untuk tatapan je. Bukan untuk serius. Kalau betul nak serius, dah tentu A ni dah takle dari awal kan.Hehehe. (Lega ati aku ni)

Ada sapa-sapa tak yang pernah melalui benda yang sama? Kongsi-kongsi la sini. Mana tau bole buat novel ke? Eheheheee!~

4 comments:

  1. hehehehehe
    pernah alami menda ni...tp takde arr sampai benci. cuma takde pape rasa kat dia..
    tuptap now, dah nak jd hubby...insyaALLAH...
    tu la, bila kenang2 semula, masa parent match-kan, beriya2 sy kata takmo. tak ready la, taknak ada komitmen la...
    tp sekarang, epi sgt2
    syukur ngan kurniaNYA
    ihikssss

    ReplyDelete
  2. weeee... very happy for you.
    slalunya parent match ni, lagi diredhai kan. haaa, tgh hepi-hepi macam ni, elok disegerakan je. huhuu.
    nway, congrats wak!

    ReplyDelete
  3. Aku ni punya la allergic dengan ustaz2 ni, tup-tup orang kerja kat Jabatan Agama Islam Selangor ajak kuar dinner ni. Apa cite ek?? Dilema btul..Aku belum masuk pub lagi ni!!

    ReplyDelete
  4. haha. lawak la.
    tula, jgn benci ustaz. ustaz pun ada yg ranggi apa. tp tkdela smpai tahap masuk pub kn

    ReplyDelete

Hello!