small advertisement

Tuesday, January 26, 2010

ToothFairy berbaloi-baloi

Terima kasih kepada PurPLe Lady! Coz bermurah ati berikan dua tiket wayang Tooth Fairy kepada aku.

Sebenarnya, PurPLe Lady telah memenangi atau terpilih untuk menerima tiket free daripada Nuffnang setelah beliau menghantar penyertaan I'm a Tooth Fairy. Tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, beliau tak dapat menghadiri Premiere Tooth Fairy tu, so beliau dengan murah ati ingin berikan tiket tu secara percuma kat sini.

Dan entah macam mana, tuah berpihak kepada aku aritu. =)



Dan semalam, berlokasi di TGV 1 Utama, aku gi melayan Premiere Screening tu dengan si dia.






Seronok okeh cerita ni. Memanjang dok tergelak-gelak je. Dan aku sangat-sangat jeles dengan gigi The Rock tu. Putih yang terserlah.

Aku takmau buat sebarang sinopsis untuk cerita ni. Tapi korang memang kena pergi tengok. Sebab apa aku cakap best ialah, kalau si dia memang bole gelak, bole enjoy cerita ni, memang best la tu. Bukan senang nak dapat komen positif daripada si dia tau. Dan aku pun seperti ada niat, nak tengok untuk kali kedua. Hehe.




meza:................. eppa, thank you ek!


Friday, January 22, 2010

biskut dari korea

Tahun lepas, dalam masa-masa macam ni, aku ke Korea untuk attend meeting. Masa tu, musim sejuk ok. Sejuk gedi. Tak larat aku nak memanaskan badan dengan pakai baju berlapis-lapis.

Tapi tahun ni, giliran supplier dari Korea tu plak yang datang sini. Diorang ada meeting kat tempat lain, tapi saja singgah melawat kat syarikat tempat aku keja ni. Macam biasa, aku selalu tanyakan macam mana perbezaan cuaca sana dan sini.

Dah tentu perbezaan cuaca yang sangat ketara. Kat sana baru je lepas bersalji, mungkin dalam -8degree C. Sini plak paling rendah suhu nya, 29degree C. Sejuk tatkala hujan turun menyimbah bumi. (pergh, tak bole tahan ayat aku ni kan)

Macam-macam yang diborakkan. Kadang-kadang tu, ada jugak kekangan komunikasi. Maklumla, kita punya stail cakap omputih, mana nak sama dengan stail diorang cakap omputih kan. Tapi lebih baik daripada ayam cakap dengan itik.

Diorang memang sangat bersopan santun. Walaupun kadang-kadang aku rasa diorang tu nampak sombong disebabkan mata yang sepet, tapi setakat aku pernah berurusan dengan diorang, jarang aku nampak diorang berkasar dengan aku. Tegur pun secara tegas.

Anyway, ada cenderahati dari pihak supplier aku ni. Ni lagi satu benda yang aku respek dengan diorang. Diorang gemar amalkan sikap memberi sesuatu untuk tunjukkan penghormatan dan penghargaan kepada orang tersebut.


Cuba teka diorang bagi apa?















Biskut tradisional Korea

Jom kita zoom dekat sikit macamana rupa sebenar biskut diorang ni.


Pada awalnya, aku agak was-was nak makan walaupun isi biskut ni cuma kuaci, badam, kacang, kismis, madu. Tapi aku ada bertanyakan kepada orang Korea tu, tentang isi kandungan sebenar melalui skype, dan jawapan dia macam ni,

[21/01/2010 10:10:45 AM] GD Kim says: It's snack made in peanut, apple jam, pumpkin and so on. Not included meat

Dan lepas tu, dia pun terangkan, yang pihak supplier masih ingat tentang hal aku seorang Islam, tak makan sebarangan, tak tentu hala, titik beratkan hal halal haram. Dan diorang pun rujuk dulu dekat salah seorang pekerja situ yang orang Islam jugak tentang isu makanan ni sebelum nak bagi cenderahati tu. Jadi, bila dapat penerangan macam tu, aku pun jadi yakin.

Kalau ikut penerangan kawan aku ni, biskut ni sangat mahal kat Korea sana. Bole jadi beratus RM, kalau nak beli. Yang jadi mahal tu, disebabkan handmake bukan dibuat dari mesin. Dekat Korea, memang biskut ni dijadikan satu amalan diberi kepada kawan-kawan terdekat.

[21/01/2010 10:22:11 AM] GD Kim says: In korea, a lot people give this to a close friend or superior

Ada macam-macam jenis dan rupa bentuk biskut ni. Sapa-sapa yang berminat, bole layari

http://www.chosuncookie.com/

Tentang rasa? Aku baru rasa yang ada badam tu. Biasa je rasa dia, manis sebab ada air gula. Bole je kalau nak buat sendiri. Tapi korang rajin ke, nak bentuk-bentuk jadi rupa bunga. Huhuhuu.


meza:...................... (nak tiru PurPle Lady sket n thanks for the good news) kamsahamida.

Thursday, January 21, 2010

pilihan A,B,C,D,E,F,G,H......

Kita sentiasa diberi pilihan ketika buat keputusan. Tipu kalau kau kata, kau tak pernah ada pilihan lain masa tu. Kecuali kau memang betul-betul serabut sampaikan kau rasa hanya da satu pilihan yang terbentang.

Dari kecil sampai besar, aku selalu diberi pilihan oleh orang sekeliling aku untuk membuat keputusan. Pilihan yang cukup banyak, cuma bergantung kepada diri sendiri, nak pilih yang mana.

Dan sesekali tu (berkali-kali kot), aku selalu menyusahkan si dia untuk berfikir, atau sediakan pilihan untuk aku. Dan aku selalu rujuk kepada si dia untuk membuat keputusan.




Tapi apa kes aku nak makan apa pun aku paksa dia bagi beberapa pilihan kat aku.





meza:............i adore you. kalau bole, semua benda saya nak libatkan awak. tapi saya tahu, belum masanya lagi.

Tuesday, January 19, 2010

Babi jadi Lembu?

Apa pendapat korang tentang




Kandang Babi bertukar ke Kandang Lembu?????








Aku selalu berfikiran skeptikal. So paham-paham la response aku macamana.

Ok-Ok. Maaf sebab tiba-tiba emo macam ni. Tapi tadi aku dok layan berita kat TV3. Ada slot yang cerita pasal nak gantikan bekas kandang babi jadi kandang lembu. Bekas-bekas jugak tapi aku masih curiga tentang hal pembersihan kandang tu.Dalam banyak-banyak kawasan, buat je la baru kandang baru. Kenapa nak amik sisa-sisa binatang kotor tu. Aishhh.



meza:............ aku sensitif bab-bab cmni. aishh, jadi vegetarian hidroponik la lepas ni.sekarang ni, apa pun tktau punca makanan dari mana

diam

Madah Dari Berdiam:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,

BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,

KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,

ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK

DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.

YANG SALAH IALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA YANG TERHINA,

SEBENARNYA ORANG ITU YANG MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam sekiranya kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amir R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Monday, January 18, 2010

R D Jr

Yeay!

Robert Downey Jr, menang award untuk BEST ACTOR!

clap-clap-clap








meza:............. heart Robert Downey Jr so much. Hope i can meet him face to face! (awak, jangan jeles ek. i heart u more)

Sunday, January 17, 2010

edward cullen vs peter parker

Dengar ura-ura, Robert Pattison (yang popular dengan watak Edward Cullen dalam Twilight Series) akan menggantikan watak Tobey Maguire dalam movie Spiderman gara-gara Tobey nak tarik diri dari movie yang ke empat ni.

VS

Korang rasa sesuai tak?

Bagi aku, aku tak brapa suka pelakon lain menggantikan Tobey Maguire dalam movie Spiderman tu. Hilang rasa kick karakter Spiderman tu nanti. Lagipun Spiderman yang kita kenali ni, orangnya pendek-pendek sket, nampak nerd. Tiba-tiba je ganti dengan vampire. Cam tak best tak?

Aku tak tau la kat korang. Tapi aku memang tak bole trima vampire nak jadi spiderman walaupun mamat tu macam hensem.

Imej vampire kekal la vampire, takmau la dicampur-campur dengan imej spiderman plak.



meza:............ Robert, tolong jangan tamak ye. Maintain dengan twilight sudah.

Saturday, January 16, 2010

benci, tapi suka

"Sekarang kata tak suka, tengok-tengok nanti, kau dok angau gila kat orang tu"

Ayat kat atas ni, pernah dengar tak? Ataupun ayat yang lebih kurang macam tu jugak la. Ala, u know what i mean. Bab-bab dulu kita benci atau tak suka kat sorang-sorang tu, siap gaduh bagai. Alih-alih, lepas tu dok loving-loving plak.

Benda ni dalam drama melayu, selalu ada. Bukan takat cerita melayu je, cerita cina ke, hindu, hindi, omputih, perancis, korea, jepun,...... pun ada jugak.

Sebenarnya kan, aku pun pelik gak. Awal dulu, bukan main komplen tak suka, alih-alih diam-diam dok sengih sorang-sorang pikir pasal orang yang kita pernah komplen tak suka. (Macam dok ulang-ulang ayat yang sama je)

Haa, tu la jangan main-main dengan kata-kata yang pernah kita sebut tu, tak suka yang tu, tak suka yang ni, benci sangat kat dia. Mungkin Tuhan nak tunjuk, bukan semua benda buruk tu ada kat orang tu, ada jugak benda yang menarik dan ntah-ntah yang pernah jadi idaman korang kan. Takpun Tuhan nak korang tu yang jadi orang yang mampu merubah idup si polan tu.

So ada pengajaran kat sini, kalau tak suka seseorang tu, jangan sampai melampaui batas. Mana tau, si polan tu bakal jadi calon jodoh anda. Haaa, nasib! Wahahaa.

Erk, aku takde niat nak kaitkan ngan sapa-sapa. Jangan terasa ati ye. Aku tau, ada orang yang akan terasa sebab ada orang tu pun dulu-dulu pun buat benda yang sama. Dok benci, gaduh. Alih-alih, couple-tunang, dok rindu-rinduan. =P

Sebenarnya, kalau ikutkan, ada gak terkena batang idung sendiri. Tapi takdela tahap kata tak suka lansung, benci kat si dia tu. Cuma pernah tercakap kat kawan sendiri, " Kalau aku, aku taknak la kat dia, kan si A tu minat kat dia"

Tup-tup, setahun lepas tu, dah on level dengan si dia. Hekhekhek.... Tapi jangan risau, A tak pernah marah pun aku kawan ngan si dia. Sebab bagi A, si dia ni cuma untuk tatapan je. Bukan untuk serius. Kalau betul nak serius, dah tentu A ni dah takle dari awal kan.Hehehe. (Lega ati aku ni)

Ada sapa-sapa tak yang pernah melalui benda yang sama? Kongsi-kongsi la sini. Mana tau bole buat novel ke? Eheheheee!~

Thursday, January 14, 2010

sempatla nk pusing-pusing satu dunia ni

Dulu, aku berpendapat, satu famili aku tak kisah bab aku nak kawen bila. Tapi sejak minggu lepas, dah mula kecoh suruh aku kawen cepat. Mau tak suruh aku kawen cepatnya, bila aku cakap, lagi tiga-empat tahun baru nak kawen. Duit yang nak simpan ni, bukan untuk kawen. Tapi untuk melancong. Hahaha...

Macamana diorang tak menggelabah. Sekarang umur dah 24 tahun. (aku tak mau ngaku umur aku 25tahun sebab belum sampai bulan12 2010) Kalau lagi 3-4tahun lagi, baru nak kawen, masa tu umur dah 27-28 tahun, bila masa nak dapat anak kan. Diorang ingat aku plan nak kawen dalam setahun dua ni kot.

Ala, relax sudah.

Memang la aku merancang gitu. Tapi Dia dah atur elok rancangan untuk aku ni macamana. Ntah-ntah, si dia ajak aku kawen awal dari tu ke. Kalau ye pun aku memang kawen sok lusa ni, kalau takde rezeki nak beranak pinak, cam tu jugak.

Kan??



Dah spoil aku nya azam takmau pikir pasal kawen. Dah kena pikir jugak. Baru ari yang ke 14 dalam tahun baru, tah berapa kali aku dok terpikir pasal hal kawen. Aishh...

Dahla, tutup crita kawen.
Aku nak ngorat orang jap.
Ngorat orang pun best ni.





meza:.......................... awak, sekarang pukul brapa? saya tkde jam la.... eheheee... (ces, ngorat cara lama. padahal nak kasi hint kat si dia, bateri jam dah kiok. nak mintak tolong gantikan bateri jam ;))

ciri lelaki yang ku puja

Waktu kecik-kecik dulu, aku sukakan lelaki yang lebih tinggi dari aku, berkulit cerah, duit banyak, hensem.... Kiranya macam Tom Cruise ke, cam Brad Pitt ke. hehe. Itu kalau artis Hollywood. Kalau artis Malaysia plak, aku suka Azhar Sulaiman, Hans Isaac.... Hensem kan diorang tu. Aku tau muka-muka ni memang menjadi pujaan. Itu masa dulu. Kalau masa sekarang, Aaron Aziz ke, Ally Iskandar ke. Hehee.

Tapi ntah nape dalam dunia realiti, aku tak minat ngan lelaki macam tu. Series. Yang aku dok senarai panjang-panjang tadi tu, itu dalam dunia fantasi, bukan realiti. Yang realiti, lain sama sekali. Maksud minat aku dalam dunia realiti ni, macam minat yang melebihi seorang kawan. Ala orang kata, yang nak dibuat laki sepanjang idup.

Aku akui aku memang suka tengok diorang ni, yang kulit cerah, tinggi, loaded. Ala kriteria-kriteria seorang playboy. Tapi setakat tengok je la. Takde la sampai nak angau-angau masuk dalam mimpi tu semua. Dan aku perasan aku tak bole kawan lama dengan lelaki yang berkulit cerah ni. Ada sumpahan kot. Hehee. Dalam dunia realiti aku ni, aku suka lelaki yang comel, ada mata yang mampu menawan ati aku, senyuman yang buatkan aku puja-puja selalu... Ehek... Terlampau metafora plak.

Yang sebenarnya, aku suka lelaki yang berwawasan, matang dan bertanggungjawab. Buat pe nak layan lelaki yang ada wawasan, ada cita-cita, tapi taknak berusaha ke arah tu. Kira nak senang je. Kenala berkomitmen ke arah situ jugak kan. Pasal matang, aku sangat menitikberat hal kematangan dalam pemikiran seseorang tu. Aku tak suka lelaki yang berperangai budak-budak terlampau. Tolong berpada-pada. Sesekali takpela, tapi kalau selalu, sampaikan aku nak series pun, ko nak jadi budak-budak jugak, tolongla dok diam-diam kat ujung penjuru sana ye.

Aku suka lelaki yang yakin kepada diri sendiri. Yang mampu berpijak di dunia yang nyata. Bukan lelaki yang mudah kecundang bila ada masalah yang menimpa. Macamana dia nak sokong bini dia kalau dia pun cepat putus asa kan? Aku suka lelaki yang teguh dengan pendirian dia. Cuma layu bila dipujuk aku je. Hehe. Kalau aku pujuk pun tak menjadi, payah jugak tu. ;)

Pasal rupa paras, aku tak memilih sangat rasanya. Kalau nak yang hensem-hensem, setakat mana je nak kekal semua tu kan. Makin tua, makin botak ke, berkedut ke, boroi ke. So bab rupa paras, syukur dengan yang ada. Bab wang ringgit plak, itu semua bole dicari. Lagi-lagi kalau yang berkomitmen tu.

Yang takde komitmen tu la, yang jenis suka ponteng keja ke, melepek kat umah ke kan. Tapi aku taknak la dapat laki yang ada utang keliling pinggang.
Kita ni sendiri ada hutang nak dilangsaikan. Karang dah jadi laki bini, nak kena tolong laki langsaikan utang dia plak. Kalau utang tu sebab nak kawen ngn kita tkpela jugak. Ini utang yang sememangnya takde kene ngena kan.

Dan yang paling penting, bila aku dah suka kat lelaki tu, lelaki tu suka aku jugak la. Dan suka diri aku seadanya. Kalau tak, camne nak gitu-gitu kan. Takpun, aku jadi secret admirer lelaki tu dalam diam. Ihik!~
Konon-konon ini senarai kriteria-kriteria lelaki yang aku suka. Korang camne? Hehee.



meza:.................... saya memang suka awak dari awal lagi. kalau tak, takdela saya nak rasa jeles tak tentu pasal kan.


(draf ni aku buat dari 15/6/2009 untuk si dia. baru sekarang ada perasaan berani nak publish....)

Tuesday, January 12, 2010

Rakan-rakan blogger sekalian,

Aku mohon dan berharap korang bole bagi permission kat aku untuk access blog korang. Yang mana ada rakan-rakan yang buat private dan kena mintak kebenaran korang tu.

Nak jugak update pasal korang ni.

Pls, Pls!!!

To miss arween,
I miss your all entries. Lagi-lagi pasal gelagat anak buah u tu. I tak sure u still lagi aktif berblogging atau tak, but still miss u.

Shamyto,
Even though ari-ari update dengan status sha dekat facebook, tapi semacam nak busy body nak visit blog sha. hehe. Klau tak benarkan, is ok. Hak privasi masing-masing.

Yang lain-lain,
Dah tak dapat dikesan. Semuanya menghilang.......



meza:...................dulu terisi masa lapang baca gelagat dan diari rakan-rakan blogger, sekarang ni terisi dengan game di facebook. apa nak jadi nih...

Monday, January 11, 2010

mrs MY, aku buat entri untuk kau ni, baca la....

Cik Manjung a.k.a Natrah a.k.a Mrs MY.

Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Aku sangat suka dengan pilihan tema, warna, baju, bunga make- up, goodie bag sehinggalah aku susah nak cari apa kekurangan majlis kau. Series aku sangat suka. Cuma, aku tak dapat nak menghayati dengan lebih lama majlis perkahwinan kau tu.
Aku tumpang orang je masa tu.


Bila tengok kau dengan MY bersanding bersama, meremang bulu roma aku. Macam dah dapat seru untuk kawen pun ada masa tu. Hahaha. Tapi, seru tu bertahan 7 saat je. Lepas 7 saat tu, aku kembali ke dunia realiti, yang mana masih banyak yang aku belum capai sepanjang hidup aku. (Cet, kata pujangga apa pulak ni)



Orang sibuk dok suruh aku amik aura pengantin kau. Kang aku dok sibuk-sibuk amik aura pengantin kau, abisla seri kau nanti, kan. Camne nak bergamba banyak-banyak. So, aku pun jauh-jauhkan diri daripada kau. Eh, bole gitu?



Nway nat, kau mesti mushkil, apa kes aku dok dedikasi satu entri khas untuk kau kan?




Sebenarnya...

Sebenarnya...


Sebenarnya...

















Aku frust la tak dapat cilok satu bunga telur kat kenuri kau tu. Yang bunga plastik, warna purple tu. Kau ada simpan lagi tak?






Wahahahaaa!~



meza:.................... natra, encik boipren suka dengan hidangan kat majlis kau. bukan senang nak dapat compliment daripada si dia tau. eheks!~

loves you more

Spend time with you is the most VALUABLE gift for me.
Also makes us much closer than before.
And makes me know you better.
Even though I already knew you for a long time.

Hope I can spend time with you again, dear.



meza:........................... Deep inside my heart, I hope you know I LOVE YOU. And never stop MISSING YOU. (mode cinta datang lagi, ngeeee)

Friday, January 08, 2010

mawar berduri




Bunga mawar, dikatakan bunga yang cantik, wangi tapi berhati-hati dengan durinya.

Aku seperti bunga mawar. Aku bukan nak perasan yang aku ni cantik. Tapi aku percaya aku punya tarikan tersendiri untuk kaum lelaki suka pada aku. Cuma bagi sesiapa yang berkawan dengan aku, berhati-hati dengan duri yang ada. Aku mungkin selalu mencederakan hati mu.



meza:...................... awak, awak selalu terluka dengan duri yang ada tu. tapi disebabkan cantik dan wangi, awak mampu lupakan pedih luka tu kan. harap awak sentiasa bole bersabar dengan saya. Sayang Awak!!!

Thursday, January 07, 2010

Perfect Boss

This is the story of "The Perfect Boss"

There were about 70 scientists working on a very hectic project. All
of them were really frustrated due to the pressure of work and the
demands of their boss but everyone were loyal to him and did not
think of quitting the job.

One day, one scientist came to his boss and told him - Sir, I have
promised to my children that I will take them to the exhibition
going on in our township. So I want to leave the office at 5:30 pm.
His boss replied "OK, You're permitted to leave the office early
today".

The Scientist started working. He continued his work after lunch. As
usual he got involved to such an extent that he looked at his watch
when he felt he was close to completion. The time was 8.30 PM.

Suddenly he remembered of the promise he had given to his children.

He looked for his boss, he was not there. Having told him in the
morning itself, he closed everything and left for home. Deep within
himself, he was feeling guilty for having disappointed his children.
He reached home. Children were not there.

His wife alone was sitting in the hall and reading magazines. The
situation was explosive; any talk would boomerang on him. His wife
asked him, "Would you like to have coffee or shall I straight away
serve dinner if you are hungry.

The man replied "If you would like to have coffee, I too will have
but what about Children?"

Wife replied "You don't know? Your manager came here at 5.15 PM and
has taken the children to the exhibition"

What had really happened was ... The boss who granted him permission
was observing him working seriously at 5.00 PM. He thought to
himself, this person will not leave the work, but if he has promised
his children they should enjoy the visit to exhibition.

So he took the lead in taking them to exhibition. The boss does not
have to do it every time. But once it is done, loyalty is
established.

That is why all the scientists at Thumba continued to work under
their boss even though the stress was tremendous.

Can you just guess who the boss was..?
.....
.....
....
........


The mastermind behind India 's nuclear weapons and missiles
program..............

Dr. APJ Abdul Kalam, Former President of India .

- Good News -

U.N.O has announced October 15th, Dr.Kalam Birthday as "WORLD STUDENTS
DAY"

Wednesday, January 06, 2010

life is not easy

Life is not easy....

Kata-kata yang selalu diucapkan oleh bos aku.

Cuba kita tengok setakat mana kita bole katakan Life is not easy (berdasarkan life aku).

Aku anak tunggal. Seringkali orang kata, sronok dan untung jadi anak tunggal. Mintak apa saja, ditunaikan. Manja. Mungkin aku manja, tapi bab mintak apa saja tu, jangan pikir macam tu. Aku berusaha untuk capai apa yang aku nak. Cuma kalau ada yang bagi pertolongan, itu menjadi satu rezeki untuk aku. Dan aku sebagai anak tunggal, tak punya kasih sayang adik beradik. Jadi jangan tuduh aku sangat beruntung jadi anak tunggal.

Tapi, aku masih bersyukur dengan keadaan aku begini.


Aku punya mak ayah tapi tak macam orang lain. Sorang di sini, sorang di sana. Dan aku punya adik yang berlainan bonda. Tapi aku masih sayangkan mereka lepas kejadian itu terjadi.

Dan, aku masih bersyukur dengan keadaan aku begini.


Bole dikatakan dari aku seperti kanak-kanak hingusan sehingga remaja, aku dibesarkan oleh tok dan wan aku. Jadi aku rajin balik kampung. Jangan tanya kalau kadang-kadang tu, aku lebihkan mereka dari orang lain.

Aku sungguh bersyukur dibesarkan oleh mereka. Terima kasih.


Kewangan aku, cukup-cukup makan. Jarang aku dapat berseronok berlebihan dan melampau. Aku punya komitmen dengan hutang kolej, insurans, kereta, kad kredit, bil-bil yang berkaitan, bonda, tok dan wan. Dan sekali sekala, aku mampu untuk menyimpan. Tapi macamana aku kesempitan wang sekalipun, jarang aku berhutang dengan kawan-kawan dan usik simpanan aku. Kena la aku bergantung kepada diri sendiri untuk uruskan hal kewangan macam tu.

Alhamdulillah, Allah masih tidak putus-putus memberi rezeki kepada aku.


Aku rapat dengan keluarga sebelah bonda. Masa yang sama, ahli keluarga sebelah bonda tidakla begitu ramai. Tapi, kami juga masih punyai masalah sesama ahli keluarga sehingga pernah ugut sesama sendiri. Dan dengan keadaan begitu, aku selalu dijadikan orang tengah untuk sampaikan informasi untuk mereka. Seronokkah bila aku terpaksa jadi orang tengah untuk mereka. Orang di sini tak bole dilebihkan, nanti orang di sana berkecil ati. Sebelah sana pun, aku tak bole lebihkan, nanti dituduh bukan-bukan.

Tapi aku masih bersyukur, kerana mereka, aku dapat merasa perasaan bersama keluarga.


Hubungan aku dengan encik kekasih, masih kukuh setelah bertahun-tahun bercinta. Walaupun ada pahit getir bersama, hanya si dia yang dapat menerima keadaan aku begini. Dan si dia juga yang selalu membantu dan menyokong apa jua tindakan aku.

Tanpa si dia, mungkin aku akan selalu jatuh tersungkur. Dan sudah tentu, aku sangat bersyukur punyai si dia dalam hidupku.





Jadi, memang lumrah kehidupan macam tu. Apa yang dikeluhkan lagi cik boss... Hmm..



meza:........................saya memang emo. so what?

Tuesday, January 05, 2010

mencari cinta

Pendapat aku.

Bila kau tercari-cari cinta itu, usahla kau cari di depan mata.
Kau takkan mungkin menjumpainya.
Andaikata kau terjumpa,
Mungkin itu satu kebetulan atau,
Kau terlalu terdesak mencari cinta itu,
Dan dengan itu,
Elok biarkan saja cinta itu mencari kita.

Dan pastikan juga,
Cinta itu tidak terbit kerana,
Kasihan, Simpati, Paksaan, Nafsu,
Ataupun Perasaan Ingin Berpunya.

Tapi pastikan,
Cinta itu tulus dan terbit dari hati.
Kerana hati tak mampu menipu diri sendiri.



meza:............................ bercinta itu indah, tapi lebih indah jika kau mengerti cinta itu.

Monday, January 04, 2010

adiah demi adiah



Selalunya birthday girl/boy akan dapat adiah masa hari jadi dia kan.

Tapi tidak aku.

Aku selalunya akan dapat adiah,
lepas beberapa ari,
lepas beberapa minggu,
kadang-kadang lepas beberapa bulan pun ada.




Tak kisah la.

Aku memang suka dapat adiah.

Dapat adiah cokelat pun dah suka sangat.




Apa lagi, rajin-rajinkan la bagi adiah kat aku.

Heheheee.

P/s: Walaupun dear tak cakap ni adiah beday, tapi saya anggap je, ni adiah beday yang no 2. Huhu. Luv ya! =x



meza: ....... awak, comelnya purple! pandai awak pilih.

Sunday, January 03, 2010

Ada sapa-sapa nak support perbelanjaan aku gi Vietnam tak?


PLEASE!!!!!!!!!

Friday, January 01, 2010

usaha 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Aku berharap tahun 2010 ini lebih baik dari tahun sebelum nya.

Dan untuk itu, aku akan cuba usahakan yang terbaik!

Target aku sepanjang tahun:

Famili

Kerja

Wang Ringgit

Kesihatan

Hubungan sesama manusia

Stabil dari semua perkara di atas, adalah perkara yang paling menggembirakan ati aku.

Dan juga untuk semua orang.










MEZA, DO YOUR BEST!!!!

GAMBATE!




Someone's Watching Over ME!

Found myself today
Oh I found myself and ran away
Something pulled me back
The voice of reason I forgot I had
All I know is you're not here to say
What you always used to say
But it's written in the sky tonight

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me

Seen that ray of light
And it's shining on my destiny
Shining all the time
And I wont be afraid
To follow everywhere it's taking me
All I know is yesterday is gone
And right now I belong
To this moment to my dreams

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me

It doesn't matter what people say
And it doesn't matter how long it takes
Believe in yourself and you'll fly high
And it only matters how true you are
Be true to yourself and follow your heart

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
That I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even when it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
That someone's watching over
Someone's watching over
Someone's watching over me

Someone's watching over me