small advertisement

Wednesday, December 16, 2009

diet memudaratkan diri!

Minggu ni, cara pemakanan aku kurang memuaskan. Maksud aku, jadual makan tu tak brapa betul la. Sibuk betul minggu ni, sampaikan dah beberapa ari aku tak makan nasi. Makan benda yang merepek je. Tapi heran ye, aku tak jugak kurus. Perut dok macam tu jugak. Bila nak slim macam dulu-dulu balik. Nak dapat pinggang yang solid macam dulu. Hehe.

Jadi, aku bercadang, arini nak 'mengkedarah' (kasi bunyi macam rakus sikit) nasi tomato yang-nyam-nyam-marvelous-tahap-jilat-jari-tak-abis-abis kat pasar malam maluri. Masa yang sama jugak, aku nak tambah 'side order'. Aku ingat nak beli putu mayam (aku rasa orang utara panggil putu mayum) dicicah dengan gula perang, apam balik (orang utara plak panggil apom balik), dengan..... Em apa ye... Oh ye, kebab pita ayam!!!!. Ouh Super marvelous!

Ouh patutla si dia tegur aku dah makin berisi. Tak makan berhari-hari, dan bila sekali makan tu, agaknya si dia pun bole pengsan. Tapi setakat ni, si dia cuma geleng kepala je kan. Belum tahap pengsan lagi. Huhuhuu.

Hmm, dah tak sabar nak tunggu petang ni....... Lapar-lapar!

"Encik boipren, lu baik kan. Temankan wa makan-makan. Takde la wa rasa wa sorang je kaki melantak. Hehehe.... Takpe, nanti wa topup bihun sup untuk lu k?"

No comments:

Post a Comment

Hello!