small advertisement

Friday, December 25, 2009

barat dan timur

Tadi siang, ada sesi beramah mesra dengan bos kejap. Seperti sebelum-sebelum ni, tatkala sok lusa ada cuti umum yang panjang, bos aku tu gemar ajak bersembang lama-lama, nak tahu apa plan korang masa cuti panjang tu.

Cuma kali ni, agaknya bos aku tu sibuk membahagikan dirinya kepada dua ofis, kami pun sembang kat depan pintu ofis je.

Boss, "Cuti ni, u balik kampung ke?"
Aku, "I tak tau balik ke tak lagi."
Boss, " Kenapa"
Aku, " Baru sangat balik kg aritu..........bla-bla-bla"
Aku, " Karang gaduh plak anak beranak pasal nak balik kampung"
Aku, "Hehehe"
Boss, " HAHAHHAHAHHAHAHAA" <-Suka tul. Ntah apa yang dia suka, aku pun tak paham. Adeh, macam-macam tul bos aku ni. Sabar je la...

Aku, " I'm leaving. Have a nice day. Have a nice weekend"
Boss, " D****g, merry christmas"
Aku, "????????, ok. Take care"

Aku dah lupa dah bab nak raya krismas sok. Yang bos aku bukan main excited lagi. Series aku lupa.

Hmm, aku tau pemikiran dia ke arah barat sket. Cuma, aku tak harap dia nak excited pasal-pasal raya orang barat ni.......


Aish.... Ntah. Aku kelu.

No comments:

Post a Comment

Hello!