small advertisement

Thursday, December 31, 2009

bila aku dengan fence

Jumaat lepas, aku bermarathon dengan fence, tengok movie.

1.30pm - Twilight Saga: New Moon (Ending dia, membuatkan aku tercari-cari nak baca novel)
5.00pm - Alvin & Chipmunks 2 (Gelak sakan, dan aku terbayang-bayang lenggok pinggul si Chippets tu)
7.00pm - Sherlock Holmes (Robert Downey Jr comel sangat, walaupun masa selekeh. Macam nak tengok lagi sekali pun ade)



Sekali sekala dapat marathon banyak filem camni, memang best. Sampaikan kelam kabut nak makan, nak minum. Memang betul-betul marathon. Kebaikkan dia jugak, kurangla shopping yang tak tentu hala tu kan.


Bergambar dengan poster avatar, tapi tak tengok pun lagi


P/s: Ada sapa-sapa nak marathon movie dengan aku lagi??

Wednesday, December 30, 2009

bila update status kat facebook

Baru aritu aku dok pasang azam baru, Takmau pikir pasal hal kawen. Cuba elak dari serap aura-aura pengantin. ;) Ni bulan ni, sikit sebanyak mengganggu azam baru aku. Kawan-kawan sibuk nak kawen, nak bertunang la. Iskk, kacau la korang ni.

Tak pasal aku rasa down tengok korang pakat-pakat naik level. Tapi pehal pun, aku mengucapkan tahniah. Smoga berbahagia dengan pilihan jodoh masing-masing. Jangan tanya turn aku bila, rezeki aku belum sampai lagi. Kalau nak tanya jugak, aku sekeh kepala sorang-sorang. =P

Selamat Pengantin Baru untuk:

Didie & Adam
Shamyto & Husband
Husna & Husband
Tasha & Husband
Net & Radi
Harzi & Wife
Fauzana & Husband

Dan Selamat Bertunang buat:

Suley & Dura
Gombak & Fae
Dila & Fiance
Wafi & Fiance
Azie & Padil
Minah & Fiance

Untuk yang baru naik level dari single jadi in a relationship, I'm waiting for your engagement. Hehehe.. Tapi yang ada putus cinta ke apa ke, so sorry. Life must goes on. Jangan kecewa untuk benda yang dah lepas.




P/s: Status aku ape ek. Uiks, it's complicated. Tak dapat ditafsirkan. Wahahaaa. Eh, macamana entri aku yang sebelum ni, macam down gila, yang ni macam happy-happy walaupun down? Hahaha. Aku harus gembirakan ati sendiri. So, Jom karok!

mainan perasaan




Mungkin mainan perasaan...


Sejak aku alami kemalangan tempoh ari, aku rasa aku dah banyak berubah.

Mungkin mainan perasaan...

Aku seperti mudah lupa, fikiran tak berapa tajam seperi dulu, aku kurang keyakinan diri, segan nak berjumpa kawan-kawan, aku mudah terkejut, cakap pun selalu terbeli-belit atau sasul benda lain....

Mungkin mainan perasaan...

Tapi sejak tengok crita hindustan semalam, sedikit sebanyak aku rasa bersyukur dengan diri aku sekarang ni.

Crita yang dilakonkan oleh Aamir Khan yang punya penyakit hilang ingatan jangka masa pendek. Dia cuma ingat sesuatu perkara tu untuk tempoh 15minit je. Lepas 15minit, dah tak ingat perkara sebelum tu. Dan dia selalu tampal nota di merata-rata tempat untuk ingatkn diri dia tentang satu-satu perkara.

Terasa sakit ati kalau tak dapat ingat orang yang paling kita sayang dan kasihi. Cukup la bagi aku untuk dapat mengingati mereka itu. Dan aku tahu, mereka saja yang mampu dan mahu menjaga aku tika aku sakit.

Cuma.....








Aku masih berasa keseorangan bila aku jadi mudah lupa. Bila aku mula tersasul-sasul semasa berbual.




Mungkinkah ianya sekadar mainan perasaan...?

Tuesday, December 29, 2009

renung-renungkan

WALLAHUALLAM.....TP KRISTIAN NIE MMG TUHAN JD KAN UTK MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM UTK MENGUJI KEIMANAN KITA SO TERPULANG PD UMAT ISLAM ITU SENDIRI UTK MENJAGA IMAN MEREKA.... SO TAKYAH LER KORANG NAK WISH KAFIR2 NIE YEK.....

Tak tahu sebelum ni........tak mengapa, so mane yang dah tahu, sebar-sebarkan lah pada kekawan.....

Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam


LAILAHAILLALLAH

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk
Islam
memberitahu
dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap
Selamat Hari Natal
atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru
Cina
(WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta
Cahaya
(WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Natal atau Merry
Christ... dan
sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus
(NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni
murtad. Kita umat
Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH
SELAIN ALLAH, jadi
ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH.

LAILAHAILLALLAH.

P/s: Forwarded from email. Wallahualam.

Sunday, December 27, 2009

tiga

Marathon tiga km. Semput dan penat. Tapi itu dulu. Zaman-zaman sekolah. Bukan sekarang.

Marathon tengok 3 crita kat gsc sampai nak makan pun kena berkejaran. Best, puas ati tapi sikit lenguh-lenguh pinggang. Baru buat semalam masa cuti umum.

Marathon niaga dan amik stok kat 3 tempat dengan rehat yang tak seberapa. Yang ni aku penat dan rasa fedap. Sebab aku rasa aku jadi kuli batak. Sekarang aku rasa, aku cam nak pejam mata sambil peluk bantal.



Pergh, best nya!!!!

Friday, December 25, 2009

barat dan timur

Tadi siang, ada sesi beramah mesra dengan bos kejap. Seperti sebelum-sebelum ni, tatkala sok lusa ada cuti umum yang panjang, bos aku tu gemar ajak bersembang lama-lama, nak tahu apa plan korang masa cuti panjang tu.

Cuma kali ni, agaknya bos aku tu sibuk membahagikan dirinya kepada dua ofis, kami pun sembang kat depan pintu ofis je.

Boss, "Cuti ni, u balik kampung ke?"
Aku, "I tak tau balik ke tak lagi."
Boss, " Kenapa"
Aku, " Baru sangat balik kg aritu..........bla-bla-bla"
Aku, " Karang gaduh plak anak beranak pasal nak balik kampung"
Aku, "Hehehe"
Boss, " HAHAHHAHAHHAHAHAA" <-Suka tul. Ntah apa yang dia suka, aku pun tak paham. Adeh, macam-macam tul bos aku ni. Sabar je la...

Aku, " I'm leaving. Have a nice day. Have a nice weekend"
Boss, " D****g, merry christmas"
Aku, "????????, ok. Take care"

Aku dah lupa dah bab nak raya krismas sok. Yang bos aku bukan main excited lagi. Series aku lupa.

Hmm, aku tau pemikiran dia ke arah barat sket. Cuma, aku tak harap dia nak excited pasal-pasal raya orang barat ni.......


Aish.... Ntah. Aku kelu.

Thursday, December 24, 2009

gambate...... III

Sambungan Gambate......... II

3.



Kamera DSLR - Yang ni dah jadi satu trend, mesti ada dalam wishlist atau dalam koleksi tersayang. Huhu. Masing-masing sibuk nak jadi photographer, nak abadikan gambar yang cantik dengan kamera ni. Tapi percayala, aku letak kamera ni dalam senarai wishlist untuk aku jadi modelnya. Hahahaa.

4.



Holiday - Nak holiday sana-sini. Dan cuba teka salah satu tempat yang aku teringin nak melawat. Kota London.... Tapi perlukan fulus yang banyak.. Jadi, sapa-sapa yang baik ati, sponser la saya ke Kota London dari tiket flight, penginapan, makan minum, jalan-jalan, shopping, bla-bla-bla... Hehehe. Akan ku kenang jasa mu itu.



Rumah mengadap laut - Kalau dapat rumah macam kat atas ni, ouh sungguh aku bersyukur. Dan masa tu jugak aku tunduk syukur kepadaNya. Naik basikal ke sana sini, sambil muka ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Uishhh, syahdunya! (Tapi nak beli umah flat pun tak mampu lagi)

5.


VW Golf GTI - Aku nak kereta ni, yang paling sesuai dengan jiwa aku. Takmau crita panjang! =P (Yang ni taktau aku pasang azam brapa lama. Makan 10-15tahun lagi kot baru mampu beli. Hahaa)

6.


Job - Let picture tell you the story.. Hahahaa.. No-no. Bukan camtu, memang tengah mencari kerja. Tapi yang sesuai dengan jiwa aku ni. Sekarang buat sales, tak brapa layan sangat. Maklumla saya ni pendiam dan pemalu. Memangla tak sesuai..... =P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Macam-macam wishlist aku. Tak logik pun takpa la.. Nama pun wishlist. Hehehe.

berlari comel ke tangga

Aku merinduimu......

Ting Tong....

Tiba-tiba je kelam kabut bersiap cari bedak, tabur seluruh badan nak jumpa awek....

Eh, apa aku merepek ni.... Apsal aku bole teringat dengan iklan ni. Iklan tu pasal bedak brand apa tah. Dulu-dulu selalu la ada pasal iklan ni. Chop-chop.. Apa point aku crita pasal benda ni plak.... Fening-fening......








Ouh ye.... Aku merindui dirinya... Hekhekhek!

Sori, tiba-tiba je ada entri gatal. Wahahaaa!

Wednesday, December 23, 2009

gambate..... II

Benda yang aku angan-angan untuk tahun 2010. Lebih kepada wishlists, bukan azam. Maksudnya, selain dari aku pulun simpan duit untuk beli benda-benda ni, diharap ada pihak yang sangat baik dan berbesar hati, hadiahkan benda-benda seperti di bawah.

Jeng-jeng-jeng!!!!

1.

Nokia 5800 Express Music- Price dalam rm850 kalau yang ori. Yang AP, maybe dalam rm750 kot. Perlu sebab tak untuk aku yakinkan korang belikan handphone ni untuk aku? Hehe. Ok, ok. Currently, aku pakai nokia 6120. Apa yang aku nampak kat phone ni, semuanya upgrade dari 6120 tu. Camera 3.2MP dengan Carl Zeiss Lens, 3.5G, GPS, Wifi...Dan bagi la aku peluang nak rasa handphone touch screen tu camne. Hahahaaa. Tapi jangan risau, aku tak kemaruk sangat lagi dengan phone ni. Selagi handphone sekarang ni sehat dan tak bagi masalah, aku susah nak belot cari handphone lain. Tapi dah nama berangan, berangan je la kan. =P

2.


Mini 10v netbook Dell - Pergh, comel! Geram aku tengok. Price aku tengok kat website Dell, baru RM999. Aku tau memang kecik dan sebab tu la aku perlukan ia. Memandangkan aku bukan lagi heavy user macam dulu, tak pakai segala mak nenek catia ke, autocad ke, programming ke, game ke, so elok aku pakai yang smaller, sesuai dengan keadaan aku ke sana sini. Laptop sekarang, biarla dia berehat di rumah. Kesian aku tengok, dok kena heret sana sini. Biarla giliran mini 10v plak kan. Chop, aku nak kaler merah. Takpun hitam tau. Aku takmau putih. Biar laptop sekarang ni je yang berbaju putih.

3.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Hmm, nanti-nanti aku sambung lagi. Mengantuk plak sekarang ni. Huaaaaaaaaaa!~

Nite-nite.....


P/s: Cik boipren, awak selalu tanya, macamana nak tunjuk yang awak sayangkan saya kan. Apa kata awak bagi salah satu benda yang saya angan-angan ni. Barula saya tau betapa awak sayang kat saya..... Hahahaaaaaaa. Eh, eh. Saya gurau je. Tolong jangan beli lagi. Baik awak pakai duit tu beli benda yang kita bincangkan aritu eh. Teringin gak nak try benda tu.

Tuesday, December 22, 2009

menabung di sana sini

Baru dok berkobar-kobar, takmau emo-emo. Tapi lepas abis keja tadi, aku dah start emo-emo balik. Bukan benda besar pun yang aku nak emo, cuma agak frust sket.

Ok, arini aku pegi keja lambat dari selalu, gara-gara tido lambat semalam. Bukan saja-saja tido lamabt tau. Ada hal. So, bole bayangkan macamana kelam kabutnya aku bersiap dan drive ke tempat keja. Terus park kereta dekat-dekat ofis dan masuk keja.

Tepat 5.30 petang, off pc, kemas apa yang patut, dan punchcard. (Sebenarnya takde punchcard pun, main belah camtu je, tapi rasa pelik pulak) Jalan pi kat keta, belek-belek keta, sekali tengok ada surat cinta dari pegawai dbkl.

Pasal surat cinta ni la yang aku buat aku emo. Betul-betul lupa nak bayar bayar parking dan display menatang tu kat dashboard arini. Selalu tu, never failed bayar parking. Adeh.... Disebabkan kelam kabutnya pasal, dah dapat surat cinta tu.

Hmm, kena tunggu gaji baru bole nak gi menabung kat dbkl. Itu je la expenses tiap-tiap bulan, dok pi menabung kat depa. Adeh-deh.

Monday, December 21, 2009

gambate!!

Antara azam-azam dan wishlist untuk tahun 1431H/2010 yang sedang diusahakan:
  • Takmau pikir pasal hal kawen. Cuba elak dari serap aura-aura pengantin. ;) Tapi dikecualikan kalau nak pikir pasal hal hantaran. Wahahaa.
  • Nak berprasangka baik untuk segala hal yang berlaku. Think positive, meza!
  • Nak glow in the dark. Takmau sedih-sedih macam tahun 2009. N takmau emo-emo.
  • Mau travel a.k.a ronggeng-ronggeng Worldwide. Worldwide ok. Bukan nationwide je! (Bulan Jan - Vietnam, Bulan Mac - Bandung, Bulan May -Redang, akan update lagi lepas ni, wahahaa)
  • Nak cari kerja yang lebih baik dengan pakej payment, cuti, bos, kawan-kawan yang baik. Pelik-pelik je aku ni kan.
  • Nak simpan duit banyak-banyak..... Senang nak back up famili kalau ada pape hal....
  • Nak kumpul benda-benda idaman. Aishhh... Yang ni, kena bertahun baru bole selesai
  • Last but not least, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Hahaha!
Ada banyak, tapi lebih kepada azam untuk diri sendiri. Tak bole bocor, nanti tak jadi. Atas ni kalau tak brapa jadi, pun takpa. Mungkin suratan takdir! Hehehee.



P/s: cik boipren, wa akan cuba jadi yang lebih baik, bukan untuk lu ja tapi untuk diri sendiri.... erk-erk. oke, oke. no more lu-wa ek........... hmmm, maybe. ;)

Friday, December 18, 2009

1431H

Esok dah bermulanya tahun baru bagi umat Islam. Apa azam baru tahun ni? Azam tahun lepas dah settle belom? Nak carry forward untuk tahun ni plak ke? Ikut masing-masing la.

Macam aku, aku ada list yang panjang tentang azam baru tapi tak diaplikasi setakat untuk setahun ni tapi untuk bertahun-tahun. Sebab aku rasa bila kita pasang niat untuk azam baru, bukan untuk setakat tahun tu saja kan?

Dan kalau diikutkan, azam baru tu tak semestinya bila nak tahun baru saja. Bila-bila kita rasa nak berubah untuk perkara yang baik, elok kita kena laksanakan niat tu cepat-cepat. Kalau asyik tangguh je, bila nak jadi yang lebih baik kan?

Hmmm...





SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Dan semoga hari-hari yang mendatang, lebih menceriakan dan diberkati oleh-Nya.



Wednesday, December 16, 2009

diet memudaratkan diri!

Minggu ni, cara pemakanan aku kurang memuaskan. Maksud aku, jadual makan tu tak brapa betul la. Sibuk betul minggu ni, sampaikan dah beberapa ari aku tak makan nasi. Makan benda yang merepek je. Tapi heran ye, aku tak jugak kurus. Perut dok macam tu jugak. Bila nak slim macam dulu-dulu balik. Nak dapat pinggang yang solid macam dulu. Hehe.

Jadi, aku bercadang, arini nak 'mengkedarah' (kasi bunyi macam rakus sikit) nasi tomato yang-nyam-nyam-marvelous-tahap-jilat-jari-tak-abis-abis kat pasar malam maluri. Masa yang sama jugak, aku nak tambah 'side order'. Aku ingat nak beli putu mayam (aku rasa orang utara panggil putu mayum) dicicah dengan gula perang, apam balik (orang utara plak panggil apom balik), dengan..... Em apa ye... Oh ye, kebab pita ayam!!!!. Ouh Super marvelous!

Ouh patutla si dia tegur aku dah makin berisi. Tak makan berhari-hari, dan bila sekali makan tu, agaknya si dia pun bole pengsan. Tapi setakat ni, si dia cuma geleng kepala je kan. Belum tahap pengsan lagi. Huhuhuu.

Hmm, dah tak sabar nak tunggu petang ni....... Lapar-lapar!

"Encik boipren, lu baik kan. Temankan wa makan-makan. Takde la wa rasa wa sorang je kaki melantak. Hehehe.... Takpe, nanti wa topup bihun sup untuk lu k?"

Monday, December 14, 2009

shopaholic and community

December always been waiting by the shopaholics. Yes, I am telling the truth. And gosh, I just mention YES! Maybe few of you do not get the point. But for shopaholics, they always been waiting for YES!!!

YES which stands for Year End Sale. I knew, some will argue with me about YES meaning. They will said YES will be related and link with PLUS programs. But I did mention about shopaholics right? So what do you expect?


For the persons who lives in Kuala Lumpur, we are very lucky. We got a lot of shopping mall that will complete our wish lists and as long as you got the money! For who have a lot of money and prefer of branded items, Pavilion, Gardens, Lot 10, Starhill, KLCC will be the best place for you. But do not misjudge the shopping malls, because some time you can get cheap items at the places. And if I mean cheap, it is really cheap!



If you the type like the funky items, fashion up to date and never care about the brand, I will suggest Sungei Wang Plaza, Berjaya Times Square and Mid Valley. You will find super duper cute items there. For the price, it is most reasonable. Where you can get 4 pieces of clothes with RM100. It would be here!!!

Beside of this YES things, Kuala Lumpur is always the places that have sale along the year. There are no signs of sale, or discount tagging but you can try to bargain. Masjid India, Jalan TAR, Petaling Street among the famous locations to shop. And not to forget Down Town which only have in Kuala Lumpur.



And I am glad to say that we are one community, and one nation!

We never biased with anyone whenever it links to the shopping spree. We always support each other. Yep, we did! You know why? It is because whenever we go shopping, we always tolerate and be patient with each other when we queue up at the counter. And if there something that need to share with others, we do not mind to share it. Example, let say there are promotions being held, Buy 1 Free 1. You don't mind to find neighbour or anyone which have same interest to share to buy the items. True right?

It does make sense when I said we are one community and one nation! Oh YES!!!



Thursday, December 10, 2009

bila 23+1



Seperti tahun-tahun sebelum ni, ada empat-lima orang yang sentiasa ingat bagi ucapan hari lahir kat aku. Dan aku sungguh terharu dengan daya ingatan mereka.

Tepat jam 12.00 tghmalam: si dia - Genburstag vil gluck. Genburstag vil gluck. Genburstag to Dayang Hamirza. Genburstag vil gluck. ....bla,bla,bla,bla. Adeh, terkejut aku. Mujur ada irama lagu hari jadi, kalau tak, aku rasa tah lagu apa dia nyanyi. Tapi aku suka, lain dari yang lain. Oh ye, aku mintk dia send SMS lagu ni, kalau tak aku tak brapa dpt tangkap apa yg si dia nyanyi.

12.07am: Farah Hanan - Da lamer da ak tggu ko join da club...tmbh lg 1thn jd 25...taun dpn tmbh lg yer..tmbh umur+bjaya+rezeki+blanja ak...nway HaPpY bEsDaY 2 miss dayang hamirza...biler lak nk tkr mrs...hehehe. Aku rasa macam tiap2 tahun, dia akan jadi orang kedua yg wish beday aku.

12.11am: Natrah Ramli - Friends are like colour pencils, they colour our lives, I may not be your favourite COLOUR, but hope you will need me some where to complete ur picture! Happy birthday!! Sungguh bermakna SMS ko nat. Aku terharu.

12.20am: Aie - Hepi birthday, may Allah bless u..

7.58am: Ariff - Hppy besday yg ke 34.. eh, 24.. Dh tua dh awk ek.. Hehe.. Smga dpnjgkn umur, dmurahkn rzki dn dtemukn jdoh yg baik2.. Amin.. SMS yang paling nguji kesabaran. Memang mulut laser la mamat ni.

10.10am: VIP - bla,bla,bla........Anyway, Happy 24th Birthday!! I'll present you something when I manage to see you.. I'm waiting for it!
11.30am: Shahrin - Hepi bezday cik meza ye!

6.33pm: Rose Emilia - Meza, today is ur birthday right? Hepi birthday dear..

11.59pm: Fence - Meza, aku xbrapa ingt bday ko bila.kalu trlepas aku ucapkan happy belated bday.kalu lmbt lg, aku rasa mcm nex week je.tp biar la aku ucapkn in advance happy bday. Better than never fence!
Ni yang atas ni, wish pkai SMS. Tu yang bole spesifik pukul brapa diorg wish. Hehe.

Yang wish thru mulut (iaitu pkai telefon dan juga bersemuka) dan quote yang masih aku ingat.
Tok ngn wan aku - Hepi beday. Tua la lu. Dah 24 dah.... Adeh wan, awat rock sgt wish kat meza macam tu. =))

Ami Nurul Nazifah - Hepi beday meza. Sori tak dapat celebrate sama. Is ok dear, i knew ur flight same day with my birthday. =)

Bonda - Kak, hepi beday kak. Mi lupa la.. Adeh, wish kul9 tu kira ok la tu.

Shashi - Hepi beday to u, hepi beday to u,...... (sambil nyanyi) apa ur plan arini... eerk, i mau dating laa...

My Bos - Happy birthday to you dayang. How old are you?? Just reached 24... Emm, no-no. I'm 18. Hehehee~

Ok, tak lupa jugak yang wish kat facebook. Thanks a lot eh!

Kiren, Fyna, Bro Faisal, Nizam, Nadia Ketam, Ilie, Suraya, Amar Hafizi, Erlina Sholeha, Bro Remy, Shila, Shamyto, Mahir, Atoy, Farhan, Faizal, Allinie, Aien, Najah, Fadhil, Aboy, Shahfitri, Suzaimin, Raudha, Imah, Kema, Zame, Gombak, Najmi, Diza, Wanie, Ghalib.

P/s: Mahu nya korang google nama korang lpas ni, dan nampak segala wish-wish yang aku tempek kat sini, harap maklum yang aku terharu dan hargai setiap kata-kata korang tu.

Tuesday, December 08, 2009

kenapa hidup bergantung kpd wang?

Past few days, mood tak begitu stabil. Tapi takda kena mengena dengan ari merah sedunia tu. Banyak pikirkan pasal hal kewangan dan jugak pasal hubungan dengan si dia. Mungkin ada yang sempat terbaca entri yang bertajuk kebebasan tu, tapi tak bermaksudla untuk si dia sepenuhnya. Dan aku harus delete untuk elakkan dari salah paham, bukan setakat dengan pembaca tapi dengan si dia jugak.

Pasal hal hubungan aku dengan si dia, dah disetelkan. Dan aku telah fikir sebaiknya dan tetapkan satu plan untuk hubungan kami berdua. Tapi aku berharap plan ni tak ikut seperti dirancang. Moga lebih express! Huhu.

Yang masih mengganggu mood aku, mengenai hal kewangan. Seperti biasa, ada bahagian kewajipan setiap bulan yang harus dibayar, sebahagiannya yang lain plak dari keinginan dan nafsu yang sentiasa menggoda. Dan aku hampir menyesal dengan keputusan yang aku telah buat itu untuk segala kehendak aku tu.

Oh manusia, tolong bertaubat. Tolong jangan memboros. Sila semaikan sikap berjimat cermat dan gemar menyimpan duit.

Terasa nak buat kerja part time bila pikirkan pasal hal kewangan ni. Ataupun mungkin cari kerja yang bole berikan bayaran yang lebih baik dari yang sedia ada ni. Walaupun aku rasa kewangan aku kurang memuaskan, tapi aku cuba elak dari berhutang lagi. Kerana hutang itu memudaratkan. Cukup-cukupla dengan hutang bank, ptptn,......... Hutang dengan DIA, lagi la banyak.... Langsung tak mampu nak langsaikan.

Takpe, pelahan-pelahan aku buat plan untuk diri aku supaya jadi yang lebih baik.