small advertisement

Saturday, November 14, 2009

TN I

Selepas lawatan ke Taman Negara (TN) kali pertama bersama bonda pada tahun 2003, aku teringin nak ke Taman Negara lagi sekali. Dan sabtu lepas, aku berpeluang ke TN lagi skali. Dan kali ni bersama kawan-kawan di sekolah teknik dulu.

Yang terlibat dalam lawatan kali ni, bukan saja kawan-kawan di sekolah teknik, ada jugak yang kawan kepada kawan lain. Yang sampai abis lawatan pun, aku tak sempat nak berkenalan mesra dengan diorang. Minta maaf yeh! Dan tak salah aku, yang terlibat dalam lawatan ni seramai 43 orang dan mungkin dalam 11biji buah kereta berkonvoi ke TN tu.



Lokasi pilihan untuk berkumpul, dekat Tol Gombak. Lepas berkumpul, kami gerak dalam jam 8.30 tapi ada pit-stop jap kat Genting Sempah untuk breakfast. Klau orang lain sibuk nak makan kuih ke nasi lemak, aku, airenz, dayah dengan fence sibuk berMcD. Hehe.



Jam 9.20 gerak menuju ke TN dengan berbekalkan peta oleh mahir. Oh ye, aku dengan fence tumpang keta fet ke TN. Dan dayah plak berfungsi sebagai co-pilot untuk fet. Knapa dayah dipilih? Dah tentula aku dengan fence ni bukn pilihan ati fet. Hahahaa. Oops, kembali ke crita TN.

Fet punya drive-drive dan drive, kami pit-stop jap kat masjid. Nak tunggu kawan-kawan. Tapi ada yang dah terlajak. Kendian, gerak lagi. Seperti rasa dunia ini tiada penghujung (ececececee), kami sampai jugak kat TN tu. Masa tu dah dekat jam 1tghari. Uishhh, perut dah lapar dah masa tu.

Berkumpul, dengar taklimat sket, amik kunci, masuk chalet, mandi-manda, makan... Dalam jam 2.30, berkumpul lagi. Kali ni untuk lawatan ke Gua Telinga. Erk, gua telinga???? Ouh, aku dengar gua tu ada batu yang berbentuk telinga manusia. Betul ke?



Sebelum nak ke Gua Telinga, kami kena amik bot dulu ke tempat tu. Ada la kot dalam 3minit perjalanan. Dah sampai kat 'jeti' tu, kami jalan sket dan terjumpa dengan perkampungan orang asli. Tapi memikirkan tentatif melawat perkampungan tu berlaku pada ari esok, kami buat derk je.


Meneruskan perjalanan yang berliku, lecak, licin yang sepanjang 1km, kami pun sampai ke Gua Telinga. Elok sampai je, ujan rintik. Ada dua-tiga orang tu tak join masuk Gua Telinga, sebab ada masalah teknikal sket. Tetttt! Menjadikan sekaligus penjaga barang-barang kami.



Diselang-selikan lelaki perempuan semasa nak masuk Gua Telinga tu, untuk memudahkan proses tolong-menolong. Dimana-mana saja ada proses tolong menolong ni cuma bergantung sumber itu dapat tolong ke tak kan. Hehehe..

Merangkak, menggelongsor, memanjat, berenang sebelum sampai ke penghujung gua tu. Dan siapa sangka, proses masuk gua hingga ke hujung cuma sejauh 80m. Tapi dia punya adventure, perghh.... Lebam lutut, tangan semua. (aku je kot, ehehee)



Dah sampai kat penghujung gua tu, kena jalan sejauh 1km balik untuk ke jeti. Masa tu, aku dah semput ok. Gagahkan diri jugak sampai ke jeti dengan berbekalkan semangat nak berehat-rehat di katil. Hehe.

Dalam jam lim lebih, kami dah sampai kat chalet. Kasut dah tak rupa kasut. Penuh dengan selut. Masing-masing sibuk nak basuh kasut. Masa yang sama jugak, masing-masing sibuk belek kaki, kot-kot pacat ada kiss. Aku dengan yakin, rasa pacat tkde kiss.

Alih-alih, melekat jugak sekor dekat lengan. Tinggi nya dia naik. Tak gayat ke pacat tu. Hehehee. Nak tunggu pacat tu kenyang ( kononnya klau pacat dah kenyang, tkde la teruk sangat darah mengalir), rasanya baru je kiss. Nak tak nak, buang jugak. Dan mengalir la darah laju seperti mahsuri.. (erk, ape kes mahsuri plak ni). Ala, apa kesah. Tampal handyplast je. Takyah risau.




Emmm... Nanti aku sambung lagi...

Nak gi exercise jap, tambah stamina untuk crita aktiviti seterusnya. Hehehee =P

4 comments:

  1. eh, ada muka fence kat situ!! apa citer dia skang eh meza?

    ReplyDelete
  2. owh sgt jeles..wanna join u guys tp aku g kusus plak..menci2..aku tgk ko, fence...teringat zaman matrix..hahahaha

    http://icreatemyself.com/

    ReplyDelete
  3. mai,
    fence skrg kje kt subang. meh la kita berunion bersma fendi.

    nad,
    tkpe, next time ade. tp klau next time tu, ko dh berhubby. harusla jd trip honeymoon kn. hehee.
    even though ko, aku, fence satu skool, tp kt matriks jugak tpt mengeratkn silaturahim. =P

    ReplyDelete
  4. yezza..xpe2.kalo korg wat lg n aku bkesempatan join,ok je.suh hubby aku jge anak..ahaks..hee

    ReplyDelete

Hello!