small advertisement

Saturday, November 21, 2009

jerawat yang mulus

Dulu-dulu dari zaman sekolah lagi, aku selalu ditanyakan soalan-soalan cepu emas. Ooops, bukn pasal kawen-kawen la. *Erk, kawen lagi, takde benda lain ke nak cite? Hahaha* Ok,ok. Soalan cepu emas tu pasal kulit muka aku k.

Aku selalu dipuji kulit muka aku licin. Payah betul nak tengok jerawat naik. Tapi tula, sekali jerawat naik, memang besar betul saiz nya. Hehe. Dengan keadaan kulit macam tu, ada la dua-tiga orang tanya rahsia kulit muka licin macamana. To tell the truth, aku takde rahsia apa-apa. Mungkin aku rajin cuci muka je kot. Bangun pagi, lepas balik sekolah dan sebelum tido.

Rekod kulit muka yang licin dan mulus *kononnya tu* bertahan sampai konvokesyen aku je. Lepas je konvo aku tu, jerawat mula rajin menyinggah di muka aku. Sungguh. Sekejap kat dahi, sekejap kat pipi, kat tepi hidung. Dan yang bestnya, tempat tu bole amik turn. Bila kat dahi dah reda, pipi plak amik turn.

Punca jerawat mula menyinggah ni, mungkin disebabkan stress dengan keja. Pressure lebih sket dari zaman-zaman kolej. Ataupun kekurangan tido. Dulu sebelum keja, tido aku sentiasa cukup 8jam sehari. Hehe. Ataupun mungkin disebabkan cara pemakanan aku. Bukti lain sebab bole tengok aku ni makin 'sihat'. Ok, tu crita lain ok. Ni tengah ngadu pasal kulit muka tau.

Sambung balik.
Sekarang ni, aku dikategorikan menghadapi masalah jerawat yang separa series. Separa tau, bukan sepenuhnya lagi. Hehe. So kawan-kawan yang jumpa aku lepas ni, jangan la tego pasal jerawat tu. Aku sensitif dah sekarang. Baru aku tau macamana perasaan orang yang menghadapi masalah jerawat ni.

Oh pasal solution, memang la orang kata pergi la buat treatment kat spa. Aku dah pernah buat, dan kesan dia serta merta. Cumanya, keadaan tu bole bertahan dalam beberapa minggu je. Pasal pencuci muka tu, aku tak pernah tukar dari dulu. Agaknya perlu ke aku pakai produk lain plak.

Mungkin, aku perlu tukar cara pemakanan aku agaknya. Tapi biarla dulu. Selagi tak melarat, takpe kot kan...... Tak kesahla, asalkan waktu terdekat ni, aku tak dapat sebarang jemputan event yang penting-penting. Kalau tak, jenuhla aku tampal muka aku dengan foundation. Heheheee

1 comment:

  1. ada kalanya jerawat itu membuatkan kita nampak lebih cute :)

    ReplyDelete

Hello!