small advertisement

Saturday, November 21, 2009

jerawat yang mulus

Dulu-dulu dari zaman sekolah lagi, aku selalu ditanyakan soalan-soalan cepu emas. Ooops, bukn pasal kawen-kawen la. *Erk, kawen lagi, takde benda lain ke nak cite? Hahaha* Ok,ok. Soalan cepu emas tu pasal kulit muka aku k.

Aku selalu dipuji kulit muka aku licin. Payah betul nak tengok jerawat naik. Tapi tula, sekali jerawat naik, memang besar betul saiz nya. Hehe. Dengan keadaan kulit macam tu, ada la dua-tiga orang tanya rahsia kulit muka licin macamana. To tell the truth, aku takde rahsia apa-apa. Mungkin aku rajin cuci muka je kot. Bangun pagi, lepas balik sekolah dan sebelum tido.

Rekod kulit muka yang licin dan mulus *kononnya tu* bertahan sampai konvokesyen aku je. Lepas je konvo aku tu, jerawat mula rajin menyinggah di muka aku. Sungguh. Sekejap kat dahi, sekejap kat pipi, kat tepi hidung. Dan yang bestnya, tempat tu bole amik turn. Bila kat dahi dah reda, pipi plak amik turn.

Punca jerawat mula menyinggah ni, mungkin disebabkan stress dengan keja. Pressure lebih sket dari zaman-zaman kolej. Ataupun kekurangan tido. Dulu sebelum keja, tido aku sentiasa cukup 8jam sehari. Hehe. Ataupun mungkin disebabkan cara pemakanan aku. Bukti lain sebab bole tengok aku ni makin 'sihat'. Ok, tu crita lain ok. Ni tengah ngadu pasal kulit muka tau.

Sambung balik.
Sekarang ni, aku dikategorikan menghadapi masalah jerawat yang separa series. Separa tau, bukan sepenuhnya lagi. Hehe. So kawan-kawan yang jumpa aku lepas ni, jangan la tego pasal jerawat tu. Aku sensitif dah sekarang. Baru aku tau macamana perasaan orang yang menghadapi masalah jerawat ni.

Oh pasal solution, memang la orang kata pergi la buat treatment kat spa. Aku dah pernah buat, dan kesan dia serta merta. Cumanya, keadaan tu bole bertahan dalam beberapa minggu je. Pasal pencuci muka tu, aku tak pernah tukar dari dulu. Agaknya perlu ke aku pakai produk lain plak.

Mungkin, aku perlu tukar cara pemakanan aku agaknya. Tapi biarla dulu. Selagi tak melarat, takpe kot kan...... Tak kesahla, asalkan waktu terdekat ni, aku tak dapat sebarang jemputan event yang penting-penting. Kalau tak, jenuhla aku tampal muka aku dengan foundation. Heheheee

Saturday, November 14, 2009

TN I

Selepas lawatan ke Taman Negara (TN) kali pertama bersama bonda pada tahun 2003, aku teringin nak ke Taman Negara lagi sekali. Dan sabtu lepas, aku berpeluang ke TN lagi skali. Dan kali ni bersama kawan-kawan di sekolah teknik dulu.

Yang terlibat dalam lawatan kali ni, bukan saja kawan-kawan di sekolah teknik, ada jugak yang kawan kepada kawan lain. Yang sampai abis lawatan pun, aku tak sempat nak berkenalan mesra dengan diorang. Minta maaf yeh! Dan tak salah aku, yang terlibat dalam lawatan ni seramai 43 orang dan mungkin dalam 11biji buah kereta berkonvoi ke TN tu.



Lokasi pilihan untuk berkumpul, dekat Tol Gombak. Lepas berkumpul, kami gerak dalam jam 8.30 tapi ada pit-stop jap kat Genting Sempah untuk breakfast. Klau orang lain sibuk nak makan kuih ke nasi lemak, aku, airenz, dayah dengan fence sibuk berMcD. Hehe.



Jam 9.20 gerak menuju ke TN dengan berbekalkan peta oleh mahir. Oh ye, aku dengan fence tumpang keta fet ke TN. Dan dayah plak berfungsi sebagai co-pilot untuk fet. Knapa dayah dipilih? Dah tentula aku dengan fence ni bukn pilihan ati fet. Hahahaa. Oops, kembali ke crita TN.

Fet punya drive-drive dan drive, kami pit-stop jap kat masjid. Nak tunggu kawan-kawan. Tapi ada yang dah terlajak. Kendian, gerak lagi. Seperti rasa dunia ini tiada penghujung (ececececee), kami sampai jugak kat TN tu. Masa tu dah dekat jam 1tghari. Uishhh, perut dah lapar dah masa tu.

Berkumpul, dengar taklimat sket, amik kunci, masuk chalet, mandi-manda, makan... Dalam jam 2.30, berkumpul lagi. Kali ni untuk lawatan ke Gua Telinga. Erk, gua telinga???? Ouh, aku dengar gua tu ada batu yang berbentuk telinga manusia. Betul ke?



Sebelum nak ke Gua Telinga, kami kena amik bot dulu ke tempat tu. Ada la kot dalam 3minit perjalanan. Dah sampai kat 'jeti' tu, kami jalan sket dan terjumpa dengan perkampungan orang asli. Tapi memikirkan tentatif melawat perkampungan tu berlaku pada ari esok, kami buat derk je.


Meneruskan perjalanan yang berliku, lecak, licin yang sepanjang 1km, kami pun sampai ke Gua Telinga. Elok sampai je, ujan rintik. Ada dua-tiga orang tu tak join masuk Gua Telinga, sebab ada masalah teknikal sket. Tetttt! Menjadikan sekaligus penjaga barang-barang kami.



Diselang-selikan lelaki perempuan semasa nak masuk Gua Telinga tu, untuk memudahkan proses tolong-menolong. Dimana-mana saja ada proses tolong menolong ni cuma bergantung sumber itu dapat tolong ke tak kan. Hehehe..

Merangkak, menggelongsor, memanjat, berenang sebelum sampai ke penghujung gua tu. Dan siapa sangka, proses masuk gua hingga ke hujung cuma sejauh 80m. Tapi dia punya adventure, perghh.... Lebam lutut, tangan semua. (aku je kot, ehehee)



Dah sampai kat penghujung gua tu, kena jalan sejauh 1km balik untuk ke jeti. Masa tu, aku dah semput ok. Gagahkan diri jugak sampai ke jeti dengan berbekalkan semangat nak berehat-rehat di katil. Hehe.

Dalam jam lim lebih, kami dah sampai kat chalet. Kasut dah tak rupa kasut. Penuh dengan selut. Masing-masing sibuk nak basuh kasut. Masa yang sama jugak, masing-masing sibuk belek kaki, kot-kot pacat ada kiss. Aku dengan yakin, rasa pacat tkde kiss.

Alih-alih, melekat jugak sekor dekat lengan. Tinggi nya dia naik. Tak gayat ke pacat tu. Hehehee. Nak tunggu pacat tu kenyang ( kononnya klau pacat dah kenyang, tkde la teruk sangat darah mengalir), rasanya baru je kiss. Nak tak nak, buang jugak. Dan mengalir la darah laju seperti mahsuri.. (erk, ape kes mahsuri plak ni). Ala, apa kesah. Tampal handyplast je. Takyah risau.




Emmm... Nanti aku sambung lagi...

Nak gi exercise jap, tambah stamina untuk crita aktiviti seterusnya. Hehehee =P

photo-ooooo!

13hb November 2009. Aku pulang ke kampung halaman aku bersama si dia. Tapi itu bukan bermakna si dia pun pulang ke kampung halaman ku. Cuma si dia teman aku balik sampai ke kampung ku dan dia sambung perjalanannya ke kampung halaman nya pula. =P

Banyak perkara menarik yang aku nak tunjukkan kat sini sepanjang perjalanan pulang ni. Tapi, aku terlupa nak charge kan bateri kamera plak. Tak dapat la nak snap pics yang menarik tu. Dan terpaksa la aku save kan bateri yang ada tu untuk satu pitt-stop yang menarik bagi si dia.

Dan dah tentula sebab lain yang aku semangat nak save bateri sebab aku yang jadi modelnya kan. Hahahahaa.



Di hentian sebelum masuk terowong Ipoh dari arah Selatan

Kamera yang digunakan bukanla kamera yang canggih sangat. Biasa-biasa je. Tapi bila si dia yang snap, memang cantik sangat pics tu. Kadang-kadang tu, walaupun pakai kamera hp pun, gamba tetap cantik. Berbanding aku yang snap, memang lepas tu, aku delete je. Tah apa-apa pics jadinya. Bab kabur tu, takyah cakap la. Tangan aku ni tak terajar nak dok diam. Hehe.

Aku memang ada plan nak beli kamera DSLR tu. Tapi lebih baik adiahkan kat si dia je. Lebih berpuas ati. Dan sebelum adiahkan kepada si dia, aku nak letakkan syarat. Hanya aku yang menjadi model si dia. Muahahaa. Agaknya dia setuju tak?

Hehehee.. Sejak bila aku gila bergambar ni??


Thursday, November 05, 2009

oh mama, saya mau kawen......

oh mama, saya mahu kawen
kawen dengan siapa
dengan siapa saja

Sejak-sejak aku tamat zaman kolej, ramai kawan-kawan aku yang mula buat keputusan untuk tamatkan zaman bujang. Dan yang bestnya, berderet-deret kawen setiap bulan. Jadi setiap bulan tu, aku dah kena buat peruntukan untuk adiah kawen diorang. Tapi sejak lepas raya deepavali aritu, bole dikatakan setiap minggu, ada je aku dapat jemputan ke kenuri kawen diorang. Tu pun, ada yang aku tak nak attend.

Bekas rakan sekerja aku, shah telah pilih 24hb oktober sebagai hari persandingan untuk diri dan pasangannya di putrajaya.

apahal la aku tertonggek cam gitu...

Sweet kan warna tema yang diorang pilih... Terberangan jap nak sanding macam tu jugak.... Huhu..

Ahad lepas pun, aku ke kenuri kawen kawan sekolah teknik kat BTR. Dia dan hubby dia ( oops, tk sangka aku korg dh kawen) dah berkawan dari zaman matriks lagi. Rasa-rasa dah 6tahun lebih la. Yang aku tau pun sebab aku sama-sama matriks dengan diorang ni.


mujur dapat wan, sama tinggi sama padan


selamat pengantin baru atoy & wan


kawan-kawan yang hadir aritu, yang sempat bergambar sama


konon-konon nak serap aura la ni. eheks

So, incoming wedding events adalah pada bulan 12. Sorang-sorang dah mula naik level. Giliran aku jangan tanya, ok. Tengah kumpul aura lagi ni. Hehe. Tapi kan, aku nak buat tema warna apa ek masa sanding nanti. Hahahaa. Ada ati lagi tu...

Aku tengah angan-angan nak kumpul duit banyak sket, baru nak kawen. Kalau bole tu nak elak buat loan. Biar si 'dia' je yang buat loan nanti. Huhuhu. Dan sanding nanti pun, takmo la grand-grand. Cukup untuk memaklumkan status dah naik level je. (Ececece. Yela tuh...) Dont worry, kalau aku nak kawen nanti, aku inform la.....senyap-senyap. Ahaks!~