small advertisement

Thursday, October 08, 2009

Shell - Ferrari - Manhattan

Aritu lepas aku dengan cik boipren tengok wayang, kami saja lepak-lepak dekat tempat duduk berhadapan dengan booth Shell. Masa tu, pekerja dia sibuk pass sticker dengan brochure dekat orang yang lalu lalang.

Aku: Eh, ada free gift la. Tadi wa nampak org (pekerja shell) tu bagi kotak kecik kat cina tu. Lu pegi la tengok.

Cikboipren: Lu la pegi. Lu kan tak malu.

Aku: (bila plak aku tak malu ni) La, lu yang tanya tadi ada free gift ke tk kn.

Cikboipren: Lu pegi la.

Aku: Amboi-amboi. Lu yang nak, wa plak yang kena pegi.

Cikboipren: Lu tak perasan ke, setiap kali ada benda free gift mcm tu, wa mesti tak dapat.

Aku: (haah, dan selalunya aku dapat dulu, baru aku suh cikboipren pi collect lagi. terasa bangga plak) haah eh. ni wa nak kena pi tengok la ni. aihhhhh.. (ngadu manja tau)

Time aku gi kat booth tu, ada je cik boipren ikut kot belakang. Dan lama kat situ, baru tau kena main mini game.

Kat booth tu, ada banyak tabung uji. Sebelum tu, ada dua bahagian. Yang sebelah kanan, ada 4 tabung uji, yang ade cecair kaler merah, kuning, biru, ijau. Yang sebelah kiri, ada purple, hijau, hijau gelap ngan tabung uji kosong.

Kat depan aku, ada budak kecik yang nak free gift jugak. So dia dapat dulu main mini game tu. Mini game tu senang je, cuma kena campoq-campoq kaler.

Memandangkan budak tu kecik je lagi, pekerja shell bagi task paling senang, suh dia dapatkan cecair kaler ijau tanpa gunakan ijau. So macamana kawan-kawan. Kita kena campoq kaler apa?

Campoq antara biru dan kuning, dapatla ijau kan.

Senang macam tu je, dah dapat sebijik model kete dari shell, edisi james bond 007.

Giliran aku plak, ingatkan senang macam tu jugak. Aku pun ready la..

Pekerja shell tu mau aku dapatkan kaler turqoise untuk dia. So kita kena campoq kaler apa?

Kaler ijau dan biru.

Aku dah campoq dah. Tapi tak dapat plak result yang sepatutnya. Lebih ijau dari kaler turqoise tu. Pekerja shell tu simpati agaknya, dapatla jugak sebijik model kete dari shell, edisi 007.

Dan cik boipren??? Abis je aku main mini game, kami pun berlalu pegi. Dan aku sedekahkan kat cikboipren. Dan ke hulu hilir, cikboipren bawak benda tu. Kalau aku suh bawak barang aku pun, tak serajin camtu. Ihiks!~

Lepas tu, aku temankan cikboipren lepak kat luar midvalley. Nak sambung apa yang terbengkalai kononnya.

Baru nak keluar lepak, ada benda yang sangat menarik perhatian. Dan tanpa malu, suh cikboipren jadi fotographer. Eheks....


Terpaksa hitamkan no plat. Coz tak dapat kebenaran empunya keta

Macam best kan keta ni. Jut-jut tau nak beli keta ni. Tak mampu nak beli. Dapat snap pic bersama pun jadi la.... Kan...

Erk, sebenarnya nak crita pasal ni je. Bukan pasal mini game shell tu pun. Tapi dianya melalut tu, layankan jela eh. Huhu.....

Time makan-makan kat Manhattan Fish Market

1 comment:

  1. bes betul..dpt kereta, dapat makan..dpt boifren hahhha

    ReplyDelete

Hello!