small advertisement

Thursday, October 29, 2009

mendaki the climb

Tak jadi nak honeymoon dengan kerja. Rasa rindu nak honeymoon kat teratak maya aku ni jap. Ini kan tempat aku meluahkan perasaan rasa gelisah, rasa riang ria aku. Cuma aku rasa aku lebih banyak meluahkan perasaan emo aku berbanding rasa riang ria kat teratak maya aku ni. Sampaikan ada seorang 'abang' mintak aku ceria selalu.

Well... Ada dua tiga benda yang aku impikan dah tercapai dalam dua tiga minggu lepas. Aku mulakan dari segi kerja. Aku masih kerja di tempat yang sama, belum lagi bertukar kerja seperti yang aku inginkan. Tapi ada sedikit pertambahan untuk gaji aku. Walaupun sikit sangat, tapi syukur Alhamdulillah, mampu tampung apa yang berlubang sebelum ni. Masa yang sama juga, aku dapat berita, ada pertambahan ahli dalam syarikat yang kecik ni. Lega rasa lagi-lagi ahli baru tu bakal menjadi pengganti meneman bos berjalan-jalan.

Pasal kehidupan dan famili aku pulak, biasala orang kata ada turun naik walaupun dalam tempoh sehari. Sebenarnya sejak dua tiga bulan lepas, aku frust bila aku nak apply loan, aku perlukan seseorang untuk jadi gerentor aku. Aku taknak nyusahkan sapa-sapa untuk jadi gerentor aku walaupun ahli keluarga sendiri. Aku lebih suka kalau aku sorang-sorang saja yang tanggung beban. Dan akhirnya awal bulan ni, loan aku dah diluluskan tanpa menggunakan gerentor. Tak kisahlah walaupun tak dapat yang betul-betul dihajatkan.

Dan berlakulah pertambahan ahli keluarga, iaitu Midnite Twilight Sober. Ehehee. Panjang betul nama dia. Tapi di kalangan kawan-kawan aku, kami panggil Midnite aje. Dan merasala aku menghias dirinya dengan barangan yang bertemakan N.B.C. Jadi sekarang ni, rajinla dia menemani aku berjalan-jalan.

Perkara seterusnya yang membahagiakan aku, pasal.... Hmm, maaf. Aku tak dapat nak kongsi hal ni dekat teratak maya. Hal ni agak personal untuk diceritakan. Cukupla si dia dan BFF yang tahu pasal hal ni. Keluarga aku sendiri pun tak tahu menahu pasal hal ni. Mungkin suatu ari nanti, aku akan cuba kongsikan pasal hal ni kat teratak maya ini. OK?

Oh ye, kejadian loan lulus dan hal personal berlaku pada ari yang sama. Jadi, ari kejadian tu, aku tersenyum sorang-sorang. Tersengih-sengih. Tapi macam biasa, aku ni suka berlakon cool and cold kan. Jadi, orang akan nampak aku ni seorang yang tak ada perasaan. Hahahaa.

Tipu, tipu. Aku ni memang jenis yang tidak menunjukkan perasaan. Aku jenis yang suka simpan dalam ati. Andaikata ada kawan-kawan yang nampak aku happy semacam je dan rasa pelik, itu maknanya dah klimaks la perasaan happy sampai tak dapat dibendung. Walaupun aku memang jenis suka senyum, tapi orang tertentu je dapat nampak makna sebenar senyum tu.

Memandangkan aku ni jarang tunjukkan perasaan suka dan happy, orang akan kata aku ni lebih kepada emo dan baran. Mungkin juga begitu, mungkin juga tidak. Jadi, kawan-kawan ku diluar sana, tolong komen apa perangai ku yang sebenarnya?


From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Miley Cyrus lyrics - The Climb lyrics

6 comments:

  1. Hemmmm I smell something good here ... haha ..

    after so long ... at last I can see a sweet face from u ...

    Loan ... apa halll niii??? ni memang lain tak lain nak BERKAHWIN llaaaa nii ...

    Kann??

    jeng jeng ... hehhe

    well done dear ..

    ReplyDelete
  2. bukn loan nak kawen la bang.. lmbt lg saya nk apply loan kawen tu.
    loan kete je. klau tk, tkdela kluar si midnite tu. ooops, itu nama keta saya. hehe.

    ReplyDelete
  3. haha betul jugak ...

    patut si lelaki la yang buat loan le lan ...

    tapi dah dapat hidu . . . mcm ada bau2 nasi minyak jahhh dah ni ...

    hemmmpp hemmmpp

    ReplyDelete
  4. abgrazif,
    saya pn dpt hidu jugk. tp kt umh kawan-kawan la. hehee

    ReplyDelete
  5. meh saya blanja mkn nasi beriani.
    itupun klau abg kt kl laa

    ReplyDelete

Hello!