small advertisement

Tuesday, October 13, 2009

angan-angan nurjenin

Pernah tak korang angan-angan nak dilamar dalam satu keadaan yang lamaaaa jadi impian korang?

Ok. Ahad lepas, aku layan satu rancangan tivi ni, tajuk dia I Propose. Menarik jugak. Dia tunjuk macamana sorang laki ni arrange aktiviti proposal untuk awek dia dari A sampai Z. Untuk kali ni, laki tu arrange limo, dress, make up untuk awek dia. Then, dia bawak awek dia ke satu kedai berlian, untuk propose awek dia kat situ. Oh, lupa plak. Dia siap mintak kedai tu tutup sejam semata-mata aktiviti proposal dia.

So dah sampai kat kedai berlian tu, dia suh awek dia pilih cincin dari berpuluh-puluh cincin untuk jadi cincin proposal.

Ala, macam tak best plak cara aku crita. Nampak sangat aku takde kebolehan bercerita kan. Hehe.

Nway, aku pun ada angan-angan atau fantasi tersendiri pasal hal-hal camni. Tapi tak semestinya untuk aktiviti propose atau dinner. Asalkan bila aktiviti camni, aku berdua dengan dia.

Dulu-dulu, masa musim crita hindustan, aku dok berangan dapat menari-menari dengan dia. Takpun berguling-guling kat taman bunga. Yang penuh dengan bunga tulip. Kalau bunga ros, takut kena tercucuk dengan duri bunga ros plak kan. Hehe.

Itu dulu.

Sekarang ni plak, aku dok berangan-angan aku dapat makan berdua dengan dia secara eksklusif, sambil dikelilingi ikan-ikan, mean takde orang lain, cuma aku ngan dia je. Kiranya macam dinner dekat aquaria macam tu. Mungkin ada yang rasa angan-angan aku ni biasa-biasa je. Tapi aku rasa biar dikelilingi dengan ikan-ikan daripada dikelilingi dengan manusia. Rimas. Huhu.

Lagi satu, aku dok berangan-angan, klau dapat makan berdua atau dapat berdua dengan dia dekat menara time malam. Tak ksah la menara alor setar ke menara KL ke, menara eiffel ke. Asalkan berdua. Just untuk menikmati saat berdua. Mungkin segala rasa tension dan pressure ilang lagi-lagi cuma berdua dengan dia je.

Aku memang kuat berangan. Tapi aku tak harapkan benda-benda ni berlaku sebelum aku kawen. Bukan apa, kalau berlaku sebelum kawen, nanti akan aku bandingkan saat-saat sebelum kawen dengan lepas kawen. Tak ke tensen masa tu. Lagipun, kang berdua di tempat-tempat sunyi macam tu, bole menimbulkan fitnah. Dalam wayang pun, orang bole cakap yang bukan-bukan, apatah lagi kat tempat yang aku dok berangan tu. Hehe.

Cik boipren, andaikata jodoh lu dengan wa berkekalan dan beralih sehingga ke status suami isteri, nanti cik boipren arrangekan aktiviti camni time anniversary atau beday wa eh. Luv u n Macih!!!~

1 comment:

Hello!