small advertisement

Thursday, October 29, 2009

mendaki the climb

Tak jadi nak honeymoon dengan kerja. Rasa rindu nak honeymoon kat teratak maya aku ni jap. Ini kan tempat aku meluahkan perasaan rasa gelisah, rasa riang ria aku. Cuma aku rasa aku lebih banyak meluahkan perasaan emo aku berbanding rasa riang ria kat teratak maya aku ni. Sampaikan ada seorang 'abang' mintak aku ceria selalu.

Well... Ada dua tiga benda yang aku impikan dah tercapai dalam dua tiga minggu lepas. Aku mulakan dari segi kerja. Aku masih kerja di tempat yang sama, belum lagi bertukar kerja seperti yang aku inginkan. Tapi ada sedikit pertambahan untuk gaji aku. Walaupun sikit sangat, tapi syukur Alhamdulillah, mampu tampung apa yang berlubang sebelum ni. Masa yang sama juga, aku dapat berita, ada pertambahan ahli dalam syarikat yang kecik ni. Lega rasa lagi-lagi ahli baru tu bakal menjadi pengganti meneman bos berjalan-jalan.

Pasal kehidupan dan famili aku pulak, biasala orang kata ada turun naik walaupun dalam tempoh sehari. Sebenarnya sejak dua tiga bulan lepas, aku frust bila aku nak apply loan, aku perlukan seseorang untuk jadi gerentor aku. Aku taknak nyusahkan sapa-sapa untuk jadi gerentor aku walaupun ahli keluarga sendiri. Aku lebih suka kalau aku sorang-sorang saja yang tanggung beban. Dan akhirnya awal bulan ni, loan aku dah diluluskan tanpa menggunakan gerentor. Tak kisahlah walaupun tak dapat yang betul-betul dihajatkan.

Dan berlakulah pertambahan ahli keluarga, iaitu Midnite Twilight Sober. Ehehee. Panjang betul nama dia. Tapi di kalangan kawan-kawan aku, kami panggil Midnite aje. Dan merasala aku menghias dirinya dengan barangan yang bertemakan N.B.C. Jadi sekarang ni, rajinla dia menemani aku berjalan-jalan.

Perkara seterusnya yang membahagiakan aku, pasal.... Hmm, maaf. Aku tak dapat nak kongsi hal ni dekat teratak maya. Hal ni agak personal untuk diceritakan. Cukupla si dia dan BFF yang tahu pasal hal ni. Keluarga aku sendiri pun tak tahu menahu pasal hal ni. Mungkin suatu ari nanti, aku akan cuba kongsikan pasal hal ni kat teratak maya ini. OK?

Oh ye, kejadian loan lulus dan hal personal berlaku pada ari yang sama. Jadi, ari kejadian tu, aku tersenyum sorang-sorang. Tersengih-sengih. Tapi macam biasa, aku ni suka berlakon cool and cold kan. Jadi, orang akan nampak aku ni seorang yang tak ada perasaan. Hahahaa.

Tipu, tipu. Aku ni memang jenis yang tidak menunjukkan perasaan. Aku jenis yang suka simpan dalam ati. Andaikata ada kawan-kawan yang nampak aku happy semacam je dan rasa pelik, itu maknanya dah klimaks la perasaan happy sampai tak dapat dibendung. Walaupun aku memang jenis suka senyum, tapi orang tertentu je dapat nampak makna sebenar senyum tu.

Memandangkan aku ni jarang tunjukkan perasaan suka dan happy, orang akan kata aku ni lebih kepada emo dan baran. Mungkin juga begitu, mungkin juga tidak. Jadi, kawan-kawan ku diluar sana, tolong komen apa perangai ku yang sebenarnya?


From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Miley Cyrus lyrics - The Climb lyrics

Wednesday, October 28, 2009

under construction

Aku rasa dah dua tiga minggu aku tak honeymoon kat teratak maya aku ni. Dan aku rasa, dah tiba masa teratak maya ni diberi nafas baru. Mungkin dari segi isinya, penyampaiannya, dan tentu sekali aku kena renovate teratak ni untuk jadi lebih relax bila ada tetamu bertandang kan.

Orang kata (bukan aku kata) seseorang itu dapat diperlihatkan sifat-sifat yang terlindung yang tak mungkin dapat dikenali secara luaran dengan keadaan 'rumah'nya sendiri. Sejauh mana kebenaran ni, masing-masing bole tahu dengan keadaan masing-masing.

Tapi, aku ada banyak crita la nak kongsi kat teratak ni. Cerita yang menjurus ke arah kebahagiaan aku. Lebih bahagia daripada sebelum ni. Eh, tapi jangan salah faham. Tak berkaitan langsung dengan hal aku nak berkawen atau tunang. Pasal hal tunang atau kawen tu, sila tanya pada orang yang berkenaan, bukan aku. Dan kalau ikut plan si dia, sila tanya soalan berkaitan dalam 2-3 tahun lagi.

Okla aku nak sambung 'honeymoon' dengan kerja balik. Akhir-akhir ni, kerja tu asyik nak berkepit dengan aku je. Tak bagi peluang langsung (sedikit penipuan di sini) aku nak bercanda dengan Web World Wide. Hehe....

Tuesday, October 27, 2009

suara nyaring

Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…



Mood bengang arini. Dari saat bangun tido, dan saat mengadap workload yang merapu ni. Oh ye, pagi-pagi camni aku tak berminat nak dengar suara yang nyaring. Sila hindari dari menggunakannya.

Wednesday, October 21, 2009

email - spam kot

Dalam inbox email aku, ada email yang agak mencurigakan. Aku copy-paste as follows k.

Good day!
I am Mr. Joseph Kabore director auditing and accounting department" bank of Africa (boa) Ouagadougou, Burkina Faso .I discovered the sum of seven million, two hundred thousand dollars (usd7.2) belonging to a deceased customer of this bank the fund has been lying in a suspense account without anybody coming to put claim over the money since the account owner late, Mr Salla khat from Lebanese who was involved in the December 28th 2005 Benin car crash.

it is therefore, upon this discovery that i decided to take this ultimatum and make this business proposal to you as the fund will be release to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it and i don't want this money to go into the bank treasury as unclaimed bill the banking rules here stipulates that if such money remained unclaimed after five years, the money will be transferred into the bank treasury as unclaimed fund. The request of foreigner as next of kin in this business is occasioned by the fact that the deceased customer was a foreigner and a Burkina be cannot stand as next of kin to a foreigner.

Therefore, I am soliciting for your assistance to come forward as the next of kin. I have agreed that 40% of this money will be for you as the beneficiary respect of the provision of your account and service rendered, 60% will be for me. Then immediately the money transferred to your account from this bank, I will proceed to your country for the sharing of the fund.again you can call me through my telephone number: +226 78259831
Yours faithful,
Mr.Joseph Kabore

Ok, sekarang apa yang patut aku buat? Ignore, delete email, atau cuba call tanya... Aku rasa ni spam la. Apa kejadahnya nak bagi duit free gitu je kn. Em, perasan tak, nama Mr Salla Khat tu. Aritu aku ada dapat email dari Mr Salla Khat tu. Awal-awal aku dah delete dah. Bila dtg email kedua ni, rasa ingin tahu tu terlahir plak kat celah-celah hati tu.

Aku manusia biasa, yang mudah terpengaruh dengan bisikan-bisikan manusia........ Kalau syaiton, apa tah lagi kan. Tu memang keja depa. Ishh.. Mintak dijauhkan.....

Friday, October 16, 2009

souvenir dari jepun

Macam selalu, ari-ari aku check peti surat walaupun tahujarang aku nak dapat surat. Tapi dua-tiga ari lepas, aku agak terkejut bila ada surat yang bersaiz sederhana dituju khas untuk ku. Tak sempat nak masuk umah, dah bukak sampul, nak tengok apa isi nya. Lagi-lagi aku syak terkandung sesuatu yang istimewa. Hehe.


Bila tengok ke dalam sampul tu, ada sekeping kertas dan teeeet! Wow, sapa bagi aku ni.


Rupa-rupanya abgbent yang anta adiah tu. Yang diterbang khas dari jepun.

Comel kan? Best part is, ada flower kaler purple. Menarik.

THANKS ABGBENT!!!!
Saya suka sangat.

Tengah pikir lagi ni, nak display kat mana. Hehe.

Thursday, October 15, 2009

Pakej ke Langkawi

Ada sapa-sapa berminat nak gi Langkawi bulan 12 ni? Ni ada satu pakej yang bole korang tempah melalui kawan aku. Tapi trip tu dari 18hb sampai 20hb disember je.

Untuk trip ke Langkawi dari 18hb sehingga 20hb disember ini, kami (walaupun bukan aku yang manage, tapi aku kena post artikel ni) menyediakan pakej seperti berikut:

2 Night stay at Deluxe Room
2 x Breakfast
1 x Lunch
1 x Dinner
1 x BBQ @ Bistro
Full Day Island Tour***
Return Transfer from Jetty to Resort
Transportation KL from & to Langkawi**


***Full Day Tour (Not including entrance fees)
Langkawi Cable Car
Mahsuri's Memorial
Kompleks Kraftangan Langkawi
Shopping at Kuah Town
Eagle Square

Transportation KL from & to Langkawi**
KL - Kuala Perlis - Langkawi: RM125.00

Room for twin sharing: RM350.00 per pax
Room for triple sharing: Rm300.00 per pax

So the total cost to Langkawi from KL will be
RM425.00
per pax for triple sharing
and
RM450.00 per pax for twin sharing.

Optional (have to request this):
Island Hopping @ RM50 per pax including 3 island (4hrs)
Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Eagle Feeding

Sapa-sapa yang berminat, mintak email nama penuh, no telefon sebelum 20 Oktober 2009 kat juliet_on14@yahoo.com.

Untuk payment plak, 50% deposit dari full amount sebelum 6hb November 2009. Dan bayaran selebihnya (full amount) sebelum 4hb Disember 2009.

Cepat-cepat. Ada sapa-sapa berminat? Mehla... Bila lagi nak jenjalan kat Langkawi. Lagi-lagi bersama keluarga. Jom-jom.




Tuesday, October 13, 2009

angan-angan nurjenin

Pernah tak korang angan-angan nak dilamar dalam satu keadaan yang lamaaaa jadi impian korang?

Ok. Ahad lepas, aku layan satu rancangan tivi ni, tajuk dia I Propose. Menarik jugak. Dia tunjuk macamana sorang laki ni arrange aktiviti proposal untuk awek dia dari A sampai Z. Untuk kali ni, laki tu arrange limo, dress, make up untuk awek dia. Then, dia bawak awek dia ke satu kedai berlian, untuk propose awek dia kat situ. Oh, lupa plak. Dia siap mintak kedai tu tutup sejam semata-mata aktiviti proposal dia.

So dah sampai kat kedai berlian tu, dia suh awek dia pilih cincin dari berpuluh-puluh cincin untuk jadi cincin proposal.

Ala, macam tak best plak cara aku crita. Nampak sangat aku takde kebolehan bercerita kan. Hehe.

Nway, aku pun ada angan-angan atau fantasi tersendiri pasal hal-hal camni. Tapi tak semestinya untuk aktiviti propose atau dinner. Asalkan bila aktiviti camni, aku berdua dengan dia.

Dulu-dulu, masa musim crita hindustan, aku dok berangan dapat menari-menari dengan dia. Takpun berguling-guling kat taman bunga. Yang penuh dengan bunga tulip. Kalau bunga ros, takut kena tercucuk dengan duri bunga ros plak kan. Hehe.

Itu dulu.

Sekarang ni plak, aku dok berangan-angan aku dapat makan berdua dengan dia secara eksklusif, sambil dikelilingi ikan-ikan, mean takde orang lain, cuma aku ngan dia je. Kiranya macam dinner dekat aquaria macam tu. Mungkin ada yang rasa angan-angan aku ni biasa-biasa je. Tapi aku rasa biar dikelilingi dengan ikan-ikan daripada dikelilingi dengan manusia. Rimas. Huhu.

Lagi satu, aku dok berangan-angan, klau dapat makan berdua atau dapat berdua dengan dia dekat menara time malam. Tak ksah la menara alor setar ke menara KL ke, menara eiffel ke. Asalkan berdua. Just untuk menikmati saat berdua. Mungkin segala rasa tension dan pressure ilang lagi-lagi cuma berdua dengan dia je.

Aku memang kuat berangan. Tapi aku tak harapkan benda-benda ni berlaku sebelum aku kawen. Bukan apa, kalau berlaku sebelum kawen, nanti akan aku bandingkan saat-saat sebelum kawen dengan lepas kawen. Tak ke tensen masa tu. Lagipun, kang berdua di tempat-tempat sunyi macam tu, bole menimbulkan fitnah. Dalam wayang pun, orang bole cakap yang bukan-bukan, apatah lagi kat tempat yang aku dok berangan tu. Hehe.

Cik boipren, andaikata jodoh lu dengan wa berkekalan dan beralih sehingga ke status suami isteri, nanti cik boipren arrangekan aktiviti camni time anniversary atau beday wa eh. Luv u n Macih!!!~

Thursday, October 08, 2009

Shell - Ferrari - Manhattan

Aritu lepas aku dengan cik boipren tengok wayang, kami saja lepak-lepak dekat tempat duduk berhadapan dengan booth Shell. Masa tu, pekerja dia sibuk pass sticker dengan brochure dekat orang yang lalu lalang.

Aku: Eh, ada free gift la. Tadi wa nampak org (pekerja shell) tu bagi kotak kecik kat cina tu. Lu pegi la tengok.

Cikboipren: Lu la pegi. Lu kan tak malu.

Aku: (bila plak aku tak malu ni) La, lu yang tanya tadi ada free gift ke tk kn.

Cikboipren: Lu pegi la.

Aku: Amboi-amboi. Lu yang nak, wa plak yang kena pegi.

Cikboipren: Lu tak perasan ke, setiap kali ada benda free gift mcm tu, wa mesti tak dapat.

Aku: (haah, dan selalunya aku dapat dulu, baru aku suh cikboipren pi collect lagi. terasa bangga plak) haah eh. ni wa nak kena pi tengok la ni. aihhhhh.. (ngadu manja tau)

Time aku gi kat booth tu, ada je cik boipren ikut kot belakang. Dan lama kat situ, baru tau kena main mini game.

Kat booth tu, ada banyak tabung uji. Sebelum tu, ada dua bahagian. Yang sebelah kanan, ada 4 tabung uji, yang ade cecair kaler merah, kuning, biru, ijau. Yang sebelah kiri, ada purple, hijau, hijau gelap ngan tabung uji kosong.

Kat depan aku, ada budak kecik yang nak free gift jugak. So dia dapat dulu main mini game tu. Mini game tu senang je, cuma kena campoq-campoq kaler.

Memandangkan budak tu kecik je lagi, pekerja shell bagi task paling senang, suh dia dapatkan cecair kaler ijau tanpa gunakan ijau. So macamana kawan-kawan. Kita kena campoq kaler apa?

Campoq antara biru dan kuning, dapatla ijau kan.

Senang macam tu je, dah dapat sebijik model kete dari shell, edisi james bond 007.

Giliran aku plak, ingatkan senang macam tu jugak. Aku pun ready la..

Pekerja shell tu mau aku dapatkan kaler turqoise untuk dia. So kita kena campoq kaler apa?

Kaler ijau dan biru.

Aku dah campoq dah. Tapi tak dapat plak result yang sepatutnya. Lebih ijau dari kaler turqoise tu. Pekerja shell tu simpati agaknya, dapatla jugak sebijik model kete dari shell, edisi 007.

Dan cik boipren??? Abis je aku main mini game, kami pun berlalu pegi. Dan aku sedekahkan kat cikboipren. Dan ke hulu hilir, cikboipren bawak benda tu. Kalau aku suh bawak barang aku pun, tak serajin camtu. Ihiks!~

Lepas tu, aku temankan cikboipren lepak kat luar midvalley. Nak sambung apa yang terbengkalai kononnya.

Baru nak keluar lepak, ada benda yang sangat menarik perhatian. Dan tanpa malu, suh cikboipren jadi fotographer. Eheks....


Terpaksa hitamkan no plat. Coz tak dapat kebenaran empunya keta

Macam best kan keta ni. Jut-jut tau nak beli keta ni. Tak mampu nak beli. Dapat snap pic bersama pun jadi la.... Kan...

Erk, sebenarnya nak crita pasal ni je. Bukan pasal mini game shell tu pun. Tapi dianya melalut tu, layankan jela eh. Huhu.....

Time makan-makan kat Manhattan Fish Market

Wednesday, October 07, 2009

selingan di bulan september

Mode: Bz dengan deliver barang
Entri yang penuh dengan gambar-gambar.

berbuka puasa dengan jemputan-jemputan nuffnang


berbuka dekat Manhattan Fish Market dengan bonda


small reunion civil- TiKL


diapit dengan ain single dan ain yang bersuami


tempat bermanja


duit raya kali ni dari tok tam


Friday, October 02, 2009

Warkah Buat AYAN (16/06/1985-29/09/2009)

Luahan khas daripada saudari Diyya Hidayah.

Assalamualaikum,

Ayan,

diya masih ingat lagi masa mula-mula diya masuk KUKUM (UniMAP) dulu..ingat tak masa kita kena mendaftar subjek kat DKG2?..itulah 1st time diya tertarik untuk terus memandang ke arah ayan..diya suka sebab mata ayan besar..comel sangat.sejak hari tu, diya berusaha nak tahu nama ayan..bila diya cerita balik kat ayan, ayan gelak jek then buat2 mata comel kat diya..hehehehe..

Ayan,

ingat tak masa first time ktorg tanya nama ayan ape?..kelakar betul masa tu...dengan malu-malu ayan jawab soalan kami..comelnyer..hehehehe.
.ayan tanya pasal raket pastu kawan-kawan sengaja bagitau yang diya ada raket padahal..celah mana pulak diya simpan raket??start dari situ kita mula berkawan kan?..gembira rasa sebab ayan yang mulanya malu-malu sebenarnya ceria orangnya.

Ayan,

ingat tak kita pernah berkawan 3orang (diya,zul,ayan)..makan bersama-sama, apa-apa pun mesti bersama. pastu zul tinggalkan kita sebab bercinta..orang bercinta memang camtu kan ayan? cepat jek lupa member..huuu..tp xpe..kita masih ada masing-masing..tak lama pastu diya pulak yang bercinta...sian kt ayan tinggal sorang-sorang..ermm..tapi xpe..kawan-kawan ayan kan ramai..ayan sendiri yang support diya masa diya decide nak kapel dlu kan? thanks ayan..=)

Ayan,

masa jd MPP..kita semakin rapat kan? balik-balik muka yang sama jek hadap hari-hari..walaupun suasana selalu tegang masa bkerja, ayan selalu jek menceriakan kembali keadaan..ayan ada jek mesti orang yang nak marah xjd nak marah.ayan pun tak pernah nak marah dan menyebabkan sesiapa marah..ayan selalu menjadi pendamai if ada apa-apa berlaku.macam mana ayan buat ek?diya sampai skang kagum dengan sikap ayan tuh taw..huhu..

Ayan,

ingat tak masa diya ada masalah dulu...masalah mana?? semua lah..kan ayan tau semua pasal diya..ayan tak pernah tak pujuk diya kan? diya tgh nangis pon bley tergelak balik dengan lawak2 ayan tuh..ayan pon satu...benda serius pun nak main2..macam mane lah orang tak awet muda if duduk ngan ayan..sume tu sebab kenapa diya masih lagi terkenangkan ayan bila-bila masa pon..'nak seribu daya..xnak seribu ringgit'..hehehe..pandai-pandai jek ubah peribahasa kita...pastu ayan ngan lain-lain..slalu jek treat diya ni mcm laki..mentang-mentang la diya ni satu-satunya perempuan dalam grup lelaki tuh..dah la slalu ajak kua minum kat kola bagi tempoh 2minit jek nak siap..pastu bising kat depan umah..hon kuat2..adui..hampeh betul la korang nih...

Ayan,

ingat tak lagi masa diya duduk di jb selepas abeh blaja dulu..setiap kali datang jb dengan kawan-kawan lain, ayan tak pernah lupa yang diya pun ada di jb jugak. ayan mesti kol kan ajak diya keluar lepak-lepak. aritu kita lepak kat kedai boy kan..ingat tak yang kita pergi career fair kat jb tu...itu lah first time diya pergi berjalan-jalan di jb selain angsana tau tak..huhuhu...nasib bek ayan ader..

Ayan,

masih terngiang-ngiang lagi suara adek kol diya malam tu kata ayan accident dan tengah koma. diya meraung tak ingat..mana boleh..kan hari sebelum tu ayan reply lagi komen dalam facebook..hancur lebur hati diya masa tu..diya dah tekad nak carik tiket flite ke jb esoknya jugak..diya tak nak ayan sakit sorang-sorang kat sana.malam tu diya langsung tak boleh nak lelapkan mata teringatkan ayan..separuhdari diri diya mmg tak percaya yang ayan tgh koma..tak mungkin ayan yang kuat semangat tu tak kan bangun dah..
bila adek cakap yang ayan dah semakin teruk, diya dah tak boleh nak duduk diam dah.airmata ni tak boleh nak berhenti dah...sori ayan...diya tau ayan tak suka diya sedih-sedih tapi tak boleh...airmta memang tak boleh stop..sori...diya takut sangat tak sempat nak jumpa ayan yang masih bernafas........('takut pada ALLAH laa...'-ayat wajib ayan)

Ayan,

lembik lutut diya bila nampak ayan serba putih keluar dari van tu...diya tak boleh nak pandang langsung..ayan ke tu??? tak mungkin ayan yang suka melompat tu da tak bergerak dah.nak keluar dari van pun orang tolong angkatkan.takkan tak boleh nak turun sendiri..pastu nak kena usung ramai-ramai masuk dalam rumah..ayan pun mesti pelik kan?diya masih tak boleh nak percaya tau tak ayan..sampailah diya tengok sendiri wajah ayan,..walaupun nampak mata jek tapi mata tu yang membuatkan diya kenal sangat-sangat kat ayan sebab mata tu lah yang menjadi titik perkenalan kita..ayan ingat tak?...

Ayan,

ayan mesti nampak diya menangis tak ingat hari tu kan...diya mintak maaf sangat-sangat..

Ayan,

tenang sikit rasa hati bila cuaca bertukar redup bila nak letak ayan di 'rumah baru' ayan..langit pun nampak kosong jek..bila start talkin, hujan turun titis2..terus terdetik dalam hati diya..'tengok tu ayan, langit pun sedih dengan pemergian ayan..'..diya ingat lagi kawan-kawan cakap..abang ayan cakap..sebulan sebelum kejadian..ayan jadi dua kali BAIK daripada biasa..diya tau..ayan memang BAIK..kan AYANBAIK..=)..mak ayan pun ada cakap kat kami yang ayan asyik-asyik nak mengikut jek mana mak ayan pergi..ayan memang manja ek dengan mak ayan..hehe..ayah ayan kata ayan pernah cakap..'tahun ni kawan-kawan nak datang beraya kat rumah...'..tp diya agak terkilan..tak boleh ke guna cara lain nak suruh kami beraya kat rumah ayan? (ya ALLAH ya Tuhanku...ampunkan la dosaku)..diya bukan nak melawan takdir..tapi rasa terkilan tu tetap ada..

Ayan,

bila semua orang dah mula balik..diya tetap tak boleh berganjak dari situ..ayan dah ada rumah baru..diya bersyukur sangat sebab dapat hantar ayan ke rumah baru..cuma diya nak mintak maaf sebab diya tak mampu nak melihat wajah ayan buat kal terakhir..bak kata abang ayan..ayan nampak ensem..hehehe...Alhamdulillah..diya tahu..ALLAH s.w.t sayang kat ayan..sebab tu Dia panggil ayan balik ke sisi Dia kan?cantik rumah ayan tau..wangi dengan bau pandan...mesti ayan tenang kat sana. kawan diya kata, lelaki yang pergi sebelum kahwin insyaALLAH dapat bidadari di alam sana...wahhh...mesti cun 'awek' ayan kat sana kan?.....

Ayan,

hujan makin lebat tapi diya ngan wan masih ada lagi kat 'rumah baru' ayan tuh..berat hati nak tinggalkan ayan sorang-sorang..tapi nak tak nak kami kena balik jugak...(sori ayan..)..hujan lebat masa tuh...tepeng kata ayan yang halau kitorang balik sebab tak bagi kami sedih lama-lama..'nangis kenapa? dah..dah..pergi balik' ayan memang camtu..sebab tu hujan lebat tiba-tiba kan?..sampai kat rumah berhenti pulak ujan nyer...hmmmm...AYANBAIK..

Ayan,

banyak lagi kenangan bersama ayan yang tak tercoret dalam surat ni..tapi diya tau..ayan mesti tak lupa kan? ktorg rindu sangat kat ayan..

Ayan,

semoga Ayan sentiasa bahagia di sana..
maaf sekiranya pernah mengecewakan Ayan...
terima kasih sebab Ayan adalah sahabat yang paling bes kat dunia ni...
Ayan pun doakan kebahagiaan kami k...
Ayan memang BAIK..


wassalam.

Diyya Hidayah bt Abd. Rahman.

1/10/2009
11.08AM


Diyya bersama AYANBAIK.

P/s: Arwah sungguh bertuah dapat ramai kawan-kawan yang menyayangi dirinya sampaikan Tuhan sendiri mengiringi pemergian Arwah dengan titisan-titisan hujan. Masa aku baca warkah ni, mengalir deras airmata aku tapi yang pergi tetap akan pergi. Dan kita seharusnya menikmati hidup kita seperti Arwah Ayan.