small advertisement

Wednesday, September 09, 2009

terbang-terbang bersama airasia

Sejak-sejak aku buat passport awal tahun ni, gara-gara kena gi meeting kat korea, aku rasa excited nak gi melancong ke luar negara lagi. Rugila kan kalau tak pakai passport tu sepuas-puasnya. Mahal tu nak buat passport sampai nak kena bayar Rm300. Tu tak campur dengan kos-kos sampingan lagi. (Betapa berkiranya aku kan)


luar hotel kat Busan

So dalam dua-tiga bulan lepas, kawan-kawan kat sekolah lama dulu, ajak gi bandung tahun depan. Dalam kepala otak aku masa tu, ok je dan aku memang ade passport. Tanpa pikir berhari-hari, aku pun booking skali tiket ke bandung. Harga tiket masa booking tu plak, pergi balik tak sampai Rm200. Okla tu kan walaupun pakai air-asia je.

Kalau sapa-sapa nak gi bandung dalam tahun depan, elok booking sekarang. Memandangkan tiket sekarang ni, laaaaaaaaagi la murah. Pergi balik tak sampai Rm100 pun. Series!!! Cumanya bab hotel, jalan-jalan tu semua, kena sendiri-sendiri la. Kena pakai kaedah cuba jaya. Baru adventure. Tapi kalau sesat, mintak ampun ye. Tak dapat nak tolong.


stesen itaewon

Lepas plan-plan trip nak ke bandung aritu, kawan kat sekolah teknik plak, ajak jenjalan kat Abu Dhabi. Konon-konon tiket ke sana murah pakai air-asia. Tapi yang tu tak berani nak tanggung risiko, sebab nilai matawang kat sana mahal. Kalau sesat ke apa, tak ke perlukan duit yang banyak. Kalau kat bandung, nilai Rm10 disini dah jadi beribu rupiah kat sana. Kalau bawak Rm1000, tak ke jadi jutawan kan.


sebelum bertolak ke Busan

Tup-tup tak jadi ke abu dhabi, dia ajak gi australia. Plak dah. Ok, australia pun ok. Tapi iklan yang pamerkan harga murah tu, tipu belaka sebab tak dapat pun harga camtu. Malah dekat-dekat Rm1k. Uishh.. Tak mampu la plak.

Dan semalam, dia ajak pi Guangzhou plak. Wah-wah. Aku ingatkan aku je yang semangat nak jenjalan. Rupanya minah ni lagi semangat nak jenjalan. Mungkin jadi kot nak ke guangzhou, tapi tak dapat lagi tarikh yang sesuai. Taknak la lepas gi bandung, terus prepare nak ke guangzhou plak kan. Memang rabak poket masa tu. Huhu... Memang gi guangzhou masa tu, aku nganga je tengok pemandangan.


dongdaemun street

Oh ye, ada kawan kat kolej dulu plak, ajak gi new zealand bulan disember ni. Dan sabtu lepas, beriya meneman dia ke matta fair, nak tengok tiket. Tiket memang ada, tiket pun ok jugak dalam Rm2500 pergi balik dibandingkan harga yang sebenar tapi?????................................. nak pergi tu 10hb balik 26hb. Perghhhh.. Lama tu. Nak kena apply cuti sepuluh ari bekerja. Cuti yang ada sekarang ni pun dah tak tinggal seberapa lepas tolak cuti raya ni. So mintak maap la ami, meza tak dapat follow. Lenkali je la ye. Nway thanks.

Setakat ni je, plan-plan nak ke oversea. Ada sapa-sapa lagi nak ajak jenjalan kat luar sana? Meh-meh. Passport I tak sabar nak kena cop ni. Ahaks!~

6 comments:

  1. salam,
    banyak berjalan luas pengalaman...

    ReplyDelete
  2. G melaka pekena sup gearbox. Amacam? hehe

    ReplyDelete
  3. salam cikgu,
    pengalaman mampu membantu seseorang itu menjadi matang kn?

    alang,
    jomla. tk ksah. tp lu blanja k.

    hazerin,
    dh lama tk update entri. bila nk update? aritu pusing-pusing kt seoul dgn busan je. sbb pegi dgn mak je.

    ReplyDelete
  4. tetibe aku bygkan ko jadi heroin winter sonata,arghhhh.....jeles.

    ReplyDelete
  5. juliet,
    ko jgnla jeles. aku tk sesuai nk jd heroin winter sonata tu. sbb aku tk mampu menahan sejuk kt sana.

    ReplyDelete

Hello!