small advertisement

Tuesday, September 15, 2009

subjektif!

Tadi tah macamana teringat nak lawat blog abgbent yang selalu singgah dan tolong klik iklan nuff tu. Dan ntah macamana tringin nak check reply abgbent untuk satu komen aku tu. Dan abgbent reply macam di bawah ni:

Buat adikku yang tetap Pretty,

Kecantikan luaran yang merujuk kepada kecantikan wajah seseorang, sifatnya adalah subjektif pada setiap insan. Namun, yang paling penting ialah kecantikan dalaman yang akan menyerlahkan kecantikan keseluruhan yang dimiliki oleh seseorang insan.

Sebab itu, peliharalah kecantikan dalaman, kelak akan menyinarkan pelbagai gemerlapan cahaya kecantikan.

Umpama istilah, Don't judge the book by its cover!.

Abg pun tak handsome, tetapi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghandsomekan dalaman diri. Heheheee

Terharu rasa bila diberi kata-kata semangat sedemikian rupa. Dan tak lupa kat abgrazif, yang rajin bagi semangat untuk diri aku ni.

Ye, aku seorang yang mudah emo. Gemar memencilkan diri di suatu sudut. Lebih banyak mendiamkan diri di kalangan kawan-kawan. Lepas kejadian aritu, lagi membuatkan diri aku ni nak jauh dari dunia luar.

Cuma sekarang ni, aku cuba nak enjoy dengan hidup aku. Aku cuba tak emo lagi. Aku cuba giatkan diri aktif bersama kawan-kawan. Dan untuk raya ni, takkan nak emo kan??

Tapi ada benda lagi yang aku risau. Tok dengan wan tak tahu lagi pasal kejadian tu. Kalau tau, sikit sebanyak bakal mengganggu mood aku kot.

Takpe. Ceria-ceria selalu kan!!

1 comment:

Hello!