small advertisement

Wednesday, September 30, 2009

sedekahkan kepada beliau

Dia sebaya dengan ku. Dia rakan sekolej aku. Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi aku mengenali diri dia dari kawan-kawannya. Dia seorang yang ceria. Jarang sekali aku nampak dia sedih atau marah. Selalu senyum. Kalau dia nak marah pun, bukan cara baran. Tapi cara yang paling halus dan professional. Kalau ada kawan-kawannya ada masalah, segera dia hulurkan bantuan. Hatinya tulus dan suci.

Tapi semalam, aku terkejut dan terasa sebak apabila dapat khabar berita dari teman sekolej aku, yang beliau sudah pun meninggalkan dunia ini pada jam lebih kurang 9.30 malam. Memang terasa sangat kehilangan arwah walaupun aku tidak rapat dengan beliau. Jadi aku paham perasaan kawan-kawan beliau bila dapat tahu dia mengalami kemalangan dengan lori pada hari sebelumnya.

Dalam tempoh sedetik, aku terasa sangat bersyukur yang aku masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia ini walaupun pada satu ketika aku mengalami kemalangan dan cuma cedera di muka.

Dalam tempoh sedetik juga, aku terpikir, bersediakah aku andaikata nyawa aku diambil olehNya nanti? Mampukah aku menghadapi Mungkar dan Nakir di alam kubur nanti?

Walaubagaimanapun, aku berharap roh arwah berada di kalangan orang-orang beriman dan sentiasa dirahmati olehNya. Marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Mohd Nor Azhar @ ayan.

Amin.

5 comments:

  1. ajal itu tak kira masa kan. semoga roh dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah
    sedihnya, muda lagi kan???

    ReplyDelete
  3. terase baru semalam mengenali die..
    saw him kayuh basikal pergi cafe..
    lawak die..
    tapi ALLAH lebih syg kan beliau..moge tempatnye di kalangan org yg beriman...

    wake up dis morning, suddenly thinking bout my turn plak..bile agaknyer..xde sape tahu..
    hmmm

    ReplyDelete
  4. Salam Hamirza,

    Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raaji'un.. Al-Fatihah buat arwah Mohd Nor Azhar.

    ReplyDelete
  5. still in sad mode...tp ash relakan die pergi sebab dr seksa die kat bumi ni :(

    ReplyDelete

Hello!