small advertisement

Friday, September 18, 2009

entri terakhir ramadhan 1430H

Waaaaaah!!

Aku tengok masing-masing dah start cuti raya. Bukan setakat cuti sekolah, cuti dari kerja, ni siap mintak cuti dari blog pun ada. Memang la tuan punya blog tu tak apply cuti secara rasmi kan, tapi masing-masing dah announce takkan layan blog sampai minggu depan.

Dasat tuuuu!

Aku rasa baik aku amik kesempatan ni, untuk memohon seribu-sejuta kemaafan dari pelawat-pelawat blog ni. Aku tau, kadang-kadang tu, entri tu terkena kat batang idung sendiri sampai mampu menimbulkan kemarahan. Kadang-kadang tu pulak (selalu kot), aku pakai perkataan-perkataan yang tak brapa disenangi. Selalunya kalau aku pakai perkataan sedemikian rupa, tu sebab aku emo la tu. Ampun ye.

Maaf jugak untuk segala salah silap yang mungkin aku tak sedari samada dari segi zahir dan batin. Batin yang dimaksudkan bukan yang tuuut tu ye. Aishh, tak bagus tul kalau sapa cakap, maaf dari zahir je. Yang tersirat tu semua, dari segi batin la kan.

Ok-ok. Sapa-sapa yang beraya berdekatan dengan Parit Buntar, mehla beraya di rumah aku ni. Roger-roger sebelum datang tau. Aku nak check stok makanan cukup ke tak dulu. Hahaha. Aku akan ada kat Parit Buntar ni sampai ari rabu pagi. Petang tu dah bertolak ke KL dah.

Dan nak beraya kat umah aku kat KL tu pun bole, meh-meh. Tapi yang ni confirm kena roger. Sebab khamis ngan jumaat, aku dah masuk keja. Hehehe....

Last but not least,

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!

Makan tu berpada-pada tau, jangan sampai sakit perot!!!!

No comments:

Post a Comment

Hello!