small advertisement

Wednesday, September 30, 2009

sedekahkan kepada beliau

Dia sebaya dengan ku. Dia rakan sekolej aku. Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi aku mengenali diri dia dari kawan-kawannya. Dia seorang yang ceria. Jarang sekali aku nampak dia sedih atau marah. Selalu senyum. Kalau dia nak marah pun, bukan cara baran. Tapi cara yang paling halus dan professional. Kalau ada kawan-kawannya ada masalah, segera dia hulurkan bantuan. Hatinya tulus dan suci.

Tapi semalam, aku terkejut dan terasa sebak apabila dapat khabar berita dari teman sekolej aku, yang beliau sudah pun meninggalkan dunia ini pada jam lebih kurang 9.30 malam. Memang terasa sangat kehilangan arwah walaupun aku tidak rapat dengan beliau. Jadi aku paham perasaan kawan-kawan beliau bila dapat tahu dia mengalami kemalangan dengan lori pada hari sebelumnya.

Dalam tempoh sedetik, aku terasa sangat bersyukur yang aku masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia ini walaupun pada satu ketika aku mengalami kemalangan dan cuma cedera di muka.

Dalam tempoh sedetik juga, aku terpikir, bersediakah aku andaikata nyawa aku diambil olehNya nanti? Mampukah aku menghadapi Mungkar dan Nakir di alam kubur nanti?

Walaubagaimanapun, aku berharap roh arwah berada di kalangan orang-orang beriman dan sentiasa dirahmati olehNya. Marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Mohd Nor Azhar @ ayan.

Amin.

Tuesday, September 22, 2009

kandang lembu

Esok petang akan berangkat pulang ke 'kandang lembu' dan akan mula mengadap dengan pakcik lembu itu pada khamis ni.

Aishh. Belum apa-apa dah rasa tekanan jiwa dah. Macamana nak mula keja ni.....





P/s: Mintak ampun dengan istilah lembu tu. Tapi secara kenyataan nya, kita memang dilayan seperti lembu. Dan mintak ampun jugak, kalau rasa ada tersentuh sikit pasal sentimen perkauman.

Friday, September 18, 2009

entri terakhir ramadhan 1430H

Waaaaaah!!

Aku tengok masing-masing dah start cuti raya. Bukan setakat cuti sekolah, cuti dari kerja, ni siap mintak cuti dari blog pun ada. Memang la tuan punya blog tu tak apply cuti secara rasmi kan, tapi masing-masing dah announce takkan layan blog sampai minggu depan.

Dasat tuuuu!

Aku rasa baik aku amik kesempatan ni, untuk memohon seribu-sejuta kemaafan dari pelawat-pelawat blog ni. Aku tau, kadang-kadang tu, entri tu terkena kat batang idung sendiri sampai mampu menimbulkan kemarahan. Kadang-kadang tu pulak (selalu kot), aku pakai perkataan-perkataan yang tak brapa disenangi. Selalunya kalau aku pakai perkataan sedemikian rupa, tu sebab aku emo la tu. Ampun ye.

Maaf jugak untuk segala salah silap yang mungkin aku tak sedari samada dari segi zahir dan batin. Batin yang dimaksudkan bukan yang tuuut tu ye. Aishh, tak bagus tul kalau sapa cakap, maaf dari zahir je. Yang tersirat tu semua, dari segi batin la kan.

Ok-ok. Sapa-sapa yang beraya berdekatan dengan Parit Buntar, mehla beraya di rumah aku ni. Roger-roger sebelum datang tau. Aku nak check stok makanan cukup ke tak dulu. Hahaha. Aku akan ada kat Parit Buntar ni sampai ari rabu pagi. Petang tu dah bertolak ke KL dah.

Dan nak beraya kat umah aku kat KL tu pun bole, meh-meh. Tapi yang ni confirm kena roger. Sebab khamis ngan jumaat, aku dah masuk keja. Hehehe....

Last but not least,

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!

Makan tu berpada-pada tau, jangan sampai sakit perot!!!!

Thursday, September 17, 2009

receive call from boss

Dimana janji-janji kau nak update entri seawal rabu malam, selewatnya arini? Aku tak nampak satu apa pun...

Konon-konon aku akan diajukan soklan seperti di atas ni. Tapi sapa yang perasan aku update ke tidak kan. Hahaha.

Seawal 3.15petang semalam, bos aku dah kacau aku dah pasal keja. Padahal secara official, pukul 1tengahari tu, aku dah start cuti. Ok, aku maafkan lagi. Pkul6.35 petang, bos call lagi. Ok, aku maafkan lagi.

Sebelum bukak puasa, pukul7.05 petang, dapat SMS dari bos pasal keja. Ok lagi tu. Padahal masa aku terima call, aku atas bas. Apa yang aku bole buat??

Arini, seawal jam sepuluh pagi, klik dan bos aku call serentak. Ye, SERENTAK! Pasal keja la. Apa lagi. Jadi seawal sepuluh pagi, aku dah ngadap laptop untuk buat keja. Bukan untuk facebook ye kawan-kawan.

Tengok!. Dasat tak. Cuti pun, bos call jugak. Perasanla sket seperti ala-ala VIP. Kejap-kejap terima call kan. Tapi jangan la sampai sepanjang aku cuti pun, aku nak kena keja jugak. Ini bukan cuti raya dah. Ini cuti sambil bekerja!!!


Pape jela labi....

Esok aku off handphone je. Apa susah. Kan.........


Hahahaaaa!~

Wednesday, September 16, 2009

arini dan esok

Yeay.

Arini keja setengah ari.

Arini takyah ngadap boss.

Arini balik kampung.

Arini jumpa tok dengan wan.

Tapi esok...

Handphone mesti berdering-dering.

Dekat skrin tu, mesti terpapar ofis yang call.

Dan yang pasti, mestila bos aku tu.

Suh buat quote.

Untuk anta kat customer jumaat ni.

Cuti pun kena buat keja jugak....

Nyampah laaa!~


P/s: entri ni pendek je. Saje buat-buat nampak panjang. Hahahaaa

Tuesday, September 15, 2009

subjektif!

Tadi tah macamana teringat nak lawat blog abgbent yang selalu singgah dan tolong klik iklan nuff tu. Dan ntah macamana tringin nak check reply abgbent untuk satu komen aku tu. Dan abgbent reply macam di bawah ni:

Buat adikku yang tetap Pretty,

Kecantikan luaran yang merujuk kepada kecantikan wajah seseorang, sifatnya adalah subjektif pada setiap insan. Namun, yang paling penting ialah kecantikan dalaman yang akan menyerlahkan kecantikan keseluruhan yang dimiliki oleh seseorang insan.

Sebab itu, peliharalah kecantikan dalaman, kelak akan menyinarkan pelbagai gemerlapan cahaya kecantikan.

Umpama istilah, Don't judge the book by its cover!.

Abg pun tak handsome, tetapi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghandsomekan dalaman diri. Heheheee

Terharu rasa bila diberi kata-kata semangat sedemikian rupa. Dan tak lupa kat abgrazif, yang rajin bagi semangat untuk diri aku ni.

Ye, aku seorang yang mudah emo. Gemar memencilkan diri di suatu sudut. Lebih banyak mendiamkan diri di kalangan kawan-kawan. Lepas kejadian aritu, lagi membuatkan diri aku ni nak jauh dari dunia luar.

Cuma sekarang ni, aku cuba nak enjoy dengan hidup aku. Aku cuba tak emo lagi. Aku cuba giatkan diri aktif bersama kawan-kawan. Dan untuk raya ni, takkan nak emo kan??

Tapi ada benda lagi yang aku risau. Tok dengan wan tak tahu lagi pasal kejadian tu. Kalau tau, sikit sebanyak bakal mengganggu mood aku kot.

Takpe. Ceria-ceria selalu kan!!

Monday, September 14, 2009

entri kelam kabut

Chop!!

Aku busy sangat. Dan sampai lusa tghari je. Rabu petang tu kan dah nak balik kg. Jadi apa la sangat kan klau aku amik on leave kat blog ni kan. Ehehee.

Ari khamis ni atau paling awal rabu malam ni, aku akan update berbagai-bagai cite untuk korang ok. Itupun kalau rajin la..

Hahahaa!~


Tok, rabu nanti meza balik. Khamis tu kita buat kuih raya tau..... (tok aku baca ke blog aku ni??? layan je laaaa)

P/s: nampak tak macamana aku kelam kabut pos entri ni? bz punya psl la tuh. kekekeee

Friday, September 11, 2009

aku sukakan dirimu yang tulus itu

Seperti malam-malam sebelum ni, asal jam tu menunjukkan jam sembilan malam, selalunya masa tengah nonton crita senandung si dayang tu, mesti aku terlelap kat atas sofa. So ending, taktau macamana. Tivi pun start la tengok aku. Dalam jam sebelas camtu, baru terjaga.

Bangun tu pulak, makan-makan kuih, cikedi, minum-minum, tengok-tengok tivi, baca SMS, kiranya buat apa yang patutla. Dalam pukul dua belas lebih, aku tido balik. Kali ni kat katil la. Katil ade, ape kes tak pakai kan.

Tapi malam semalam, tak pulak tertido. Dan berjaya layan cite senandung si dayang sampai pkul lapan setengah. Abis crita tu, layan plak crita blogger boy.

Oh gosh!!! Romantiknya scene kat dalam crita tu. Scene luahan perasaan secara halus. Awek dia tu, nak bagitahu sebab-sebab dia suka kat mamat tu. So dia letak sampul yang mengandungi sekeping gambar bersama sebab dia suka mamat tu. Gambar tu plak mewakili hint seterusnya untuk cari sampul.

Ada lima sebab rasanya dia suka kat mamat tu. So ada lima gambar. Last sekali, hint dia kat cermin panjang. Kat situ dia lekatkan note, aku sukakan diri mu. Dan isi tersirat kat situ, mamat tu nampak diri dia sendiri kat cermin.

Sweet ok???

Mamat tu plak, konon-konon nak balas la. Dia pun pinjam gitar kat kedai musik. Dia call awek dia, dan dia nyanyi sambil main gitar. Tak salah aku, lagu yang dia nyanyi tu, lagu Flop Poppy, atas nama cinta. Kot...

Sweet kn???

Hmm....
Sikit jeles tengok scene tu. Terasa dilambung-lambung nak dilayan macam tu jugak. Konon-konon nak request cik boipren buat sesuatu yang ala-ala romantik jugak.

Tapi dapat tujuh warna bunga rose pun dah kira ok la kan.... (OK je??? Best tuuuu)

Hehe...

P/s: Cikboipren, nnti kita date kat gurney lagi ek.

Thursday, September 10, 2009

cuti raya III

Dah submit borang cuti raya kat boss semalam. Konon-konon nak cuti lama macam yang diceritakan kat entri ni.

Tapi bila dikaji-kaji, aku bole apply cuti sampai 23hb je. Sebab? Aku taknak bila 28hb tu, aku masuk keja, aku jadi kelam-kabut dan serabut. Minggu tu nanti, aku kena uruskan hal-hal penghantaran ke pelanggan di sarawak dan melaka. Nak harapkan klik aku? Bole memang bole, tapi mesti ala kadar je dia tolong pun.

Jadinya, cuti aku akan bermula 16hb sehingga 23hb. Itupun 16hb aku halfday. Baik tak aku? Hehe.

Boss, ni i nak submit borang cuti raya. Dari 16hb sampai 23hb. aku

Sha*h*!!!!
WHAT? One week cuti raya! boss

No la.Only three and half day. She told me dia nak cuti raya from 16th to 23rd. 16hb tu ari rabu, dia halfday. 17 dengan 18 dia cuti, dah two days. Sabtu memang cuti. Ahad dah raya. Monday pun cuti. Tuesday pun public holiday. Wednesday dia cuti, one more day. So total three and half day. Sha*h*. Sambil menuding jari kat kalendar.

Tuesday pun public holiday ke?

Ni bring forward to tuesday. Sambil tuding jari kat kalendar lagi.

Ape punya boss laaa... Itu aku tak apply cuti untuk khamis ngan jumaat. Kalau tak?? Mengamuk ke apa tu..

Dan akhirnya dia sign jugak borang cuti aku tu. Cumanya awal-awal dah bagi warning, U better finish your work first. Aiyo.. Tau la... Takkan nak let it go camtu je...

Pe daaaaa!~

Wednesday, September 09, 2009

terbang-terbang bersama airasia

Sejak-sejak aku buat passport awal tahun ni, gara-gara kena gi meeting kat korea, aku rasa excited nak gi melancong ke luar negara lagi. Rugila kan kalau tak pakai passport tu sepuas-puasnya. Mahal tu nak buat passport sampai nak kena bayar Rm300. Tu tak campur dengan kos-kos sampingan lagi. (Betapa berkiranya aku kan)


luar hotel kat Busan

So dalam dua-tiga bulan lepas, kawan-kawan kat sekolah lama dulu, ajak gi bandung tahun depan. Dalam kepala otak aku masa tu, ok je dan aku memang ade passport. Tanpa pikir berhari-hari, aku pun booking skali tiket ke bandung. Harga tiket masa booking tu plak, pergi balik tak sampai Rm200. Okla tu kan walaupun pakai air-asia je.

Kalau sapa-sapa nak gi bandung dalam tahun depan, elok booking sekarang. Memandangkan tiket sekarang ni, laaaaaaaaagi la murah. Pergi balik tak sampai Rm100 pun. Series!!! Cumanya bab hotel, jalan-jalan tu semua, kena sendiri-sendiri la. Kena pakai kaedah cuba jaya. Baru adventure. Tapi kalau sesat, mintak ampun ye. Tak dapat nak tolong.


stesen itaewon

Lepas plan-plan trip nak ke bandung aritu, kawan kat sekolah teknik plak, ajak jenjalan kat Abu Dhabi. Konon-konon tiket ke sana murah pakai air-asia. Tapi yang tu tak berani nak tanggung risiko, sebab nilai matawang kat sana mahal. Kalau sesat ke apa, tak ke perlukan duit yang banyak. Kalau kat bandung, nilai Rm10 disini dah jadi beribu rupiah kat sana. Kalau bawak Rm1000, tak ke jadi jutawan kan.


sebelum bertolak ke Busan

Tup-tup tak jadi ke abu dhabi, dia ajak gi australia. Plak dah. Ok, australia pun ok. Tapi iklan yang pamerkan harga murah tu, tipu belaka sebab tak dapat pun harga camtu. Malah dekat-dekat Rm1k. Uishh.. Tak mampu la plak.

Dan semalam, dia ajak pi Guangzhou plak. Wah-wah. Aku ingatkan aku je yang semangat nak jenjalan. Rupanya minah ni lagi semangat nak jenjalan. Mungkin jadi kot nak ke guangzhou, tapi tak dapat lagi tarikh yang sesuai. Taknak la lepas gi bandung, terus prepare nak ke guangzhou plak kan. Memang rabak poket masa tu. Huhu... Memang gi guangzhou masa tu, aku nganga je tengok pemandangan.


dongdaemun street

Oh ye, ada kawan kat kolej dulu plak, ajak gi new zealand bulan disember ni. Dan sabtu lepas, beriya meneman dia ke matta fair, nak tengok tiket. Tiket memang ada, tiket pun ok jugak dalam Rm2500 pergi balik dibandingkan harga yang sebenar tapi?????................................. nak pergi tu 10hb balik 26hb. Perghhhh.. Lama tu. Nak kena apply cuti sepuluh ari bekerja. Cuti yang ada sekarang ni pun dah tak tinggal seberapa lepas tolak cuti raya ni. So mintak maap la ami, meza tak dapat follow. Lenkali je la ye. Nway thanks.

Setakat ni je, plan-plan nak ke oversea. Ada sapa-sapa lagi nak ajak jenjalan kat luar sana? Meh-meh. Passport I tak sabar nak kena cop ni. Ahaks!~

Tuesday, September 08, 2009

cuti raya II

Sok baru nak submit borang cuti raya kat boss.

Cik boss, u tau kn next week dah nak raya. So ini form cuti raya. I nak cuti dr rabu depan sampai 27hb. aku

U nk cuti lama-lama buat pe. U start cuti jumaat dpn sampai selasa dah la. Boss

Eh, mane bole. I dah beli tiket balik kampung rabu depan. Ari khamis, jumaat, sabtu dah abis dah. U jangan risau, rabu depan i kje lagi. Tapi halfday laaa. Aku

Aku rasa camtu kot skrip aku sok. Hahaa. Memandai je buat skrip sendiri.

Mintak doa-doakan cuti raya aku diluluskan. Amin!~

break fast with nuff

Bole dikatakan semua yang hadir ke event nuffnang aritu, dah updated gambar-gambar. Dan tak sangka cik boipren pun dah updated jugak walaupun cilok-cilok kat blog lain. Maisng-masing dah mencapabkan diri masing-masing. Aku? Masih malu-malu kucing nak update gambar. Huhu.

Takdela... Actually, kamera aritu buat hal sket. Setting dia lari sket. (padahal tak pandai guna, buat sebab plak setting yang salah) Tapi dont worry. Aku akan upload jugak, cuma lambat sket la (sbb?? kabel kamera ilang mne tah)

Nway, ni ade satu-dua gambar dari blog abg kheirul.



Sebab aku pilih gambar atas ni (padahal ni je gambar aku yang abg kheirul snap), adalah sebab gambar aku yang tercandid itu. Muka blur, muka kusyuk, muka tercengang......

Adeh..... ;)

Aku suka dengan sumijelly (yang berbaju oren). Happy go lucky. Dan untuk pengetahuan semua, sumijelly ni dah kawen dan ada anak tiga dah pun. Sungguh terkujat tengok sumijelly yang badan maintain itu. Respek spring!!! Bukan sebarang orang bole maintain badan selepas beranak tiga tau.

P/s: abgrazif... ok tk mood dalam entri ni? eheks!~





Monday, September 07, 2009

diam dan kelu

Sejak attend event aritu dengan cikboipren, aku baru sedar yang aku ni tak pandai bergaul dengan orang luar. Aku lebih banyak diam dari bercakap. Aku banyak mendengar dari bercakap.

Dan aku jugak tak pandai nak berusaha nak berkenalan dengan orang lain. Padahal peluang memang terbentang di depan mata.

Mintak maaf ye dengan rakan-rakan semeja aritu. Bukan berniat nak sombong, tapi aku memang tak pandai nak memula kata-kata.

Dan kepada cikboipren, wa tau kata-kata wa dah termakan diri sendiri. Beriya wa cakap lu ni pemalu, alih-alih wa ni yang extra pemalu rupanya. Soli ya!


;)

kaca

Rimas la dengan kaca kat muka aku ni...

Kaca tu kecik je rasanya. Dalam 2mm. Aku tak rasa sakit apa pun tapi rasa semacam bila sentuh bahagian tu.

Bila orang nak bawak gi hospital ni. Nak jumpa pakar kulit.... Aku nak buang kaca tu cepat-cepat!!!!

Friday, September 04, 2009

Kaabah

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia. Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak.
Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan
Haji dan Umrah....

Subhanallah
Allahuakbar



Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan- NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.


P/s: Semoga peluang untuk mengerjakan umrah dan Haji mampu dilaksanakan oleh semua umat Allah.

Thursday, September 03, 2009

sebati

Mood tak stabil.

Rasa geram memanjang. Itu tak campur dengan hasutan syaitan. Kalau tak, ntah apa yang akan jadi.

Aku harap dan berdoa moga segala hasutan syaitan itu tak sebati dalam diri aku.

Wednesday, September 02, 2009

lumut dah terlepas

Sepatutnya aku akan turut serta trip ke lumut jumpa client. Tapi nampak gayanya, aku kena stay dekat ofis. Mungkin atas sebab kejadian semalam.

Aku rasa sket frust pasal trip ke lumut ni. Yang ni baru betul-betul meeting. Yang akan mencabar performance aku. Lagi-lagi yang ni pergi dengan supplier skali. Tapi nak buat macamana, aku kena stay dekat ofis. Takpela. Keja pun memang banyak. Kebetulan memang kena selesaikan dalam dua-tiga ari ni.

Boss dah tak buat life aku miserable. Takde kondem lagi dah. Cuma tadi ada boss berleter serba sket dan masih akan bagi peluang kat aku untuk outstation. Aku tak kesah nak outstation, asalkan bukan dengan dia......


P/s: ada sebab yang aku takmau sangat pergi dengan dia. nanti-nantila aku ceritakan.

Tuesday, September 01, 2009

SMS

Sepatutnya arini aku kena gi melaka dengan boss. Tapi dengan bijak sananya, aku ditinggalkan oleh boss. Hahaaa..

Kan dari awal, aku taknak ke pegi ke melaka kan. So last minute iaitu pkul lapan pagi tadi, sementara aku nak bertolak ke ofis,aku anta SMS kat boss.

***, i cant join u 2melaka 2day.Alot things hav 2do, prepare docs 4 2moro, 2settle srawak shell order,submit some rfq.Bt if u insist me 2go, i cn ask ****** 2do it 4me.Bt pls fasting.No food,no drink n no smoking.Thanks n sorry.

Relax je aku anta SMS macam tu kat boss. Tapi masa dalam perjalanan ke ofis tu, ada jugak rasa cuak serba sket.

Aku sampai-sampai ofis, boss dah pegi ke melaka sorang-sorang dia. Klik aku kata, bos ngamuk dengan aku sebab ari jumaat tu dah setuju nak pegi sama. Tapi bila ntah aku setuju tu... Boss ada bacakan SMS aku tu kat klik aku yang sorang tu. Tapi sampai bahagian rfq je. Hahaaa....

Agak-agaknya esok aku masih dijemput pegi lumut lagi tak? Huhuhuuu!~

P/s: Selalu sangat boss aku tu suh berterus terang. Aku dah berterus terang macam tu, rasa nak tarik balik tak statement camtu?
P/s(2): Ntah mana datang keberanian nak anta SMS macam tu. Aku tau, agak kurang sopan SMS macam tu kat boss. Tapi ada dia kesah dosa pahala yang sebenarnya??

;)

Update:
Atas balasan tak gi Melaka dan SMS yang kurang sopan, boss nak buat life aku miserable. Nak kondem selagi boleh.