small advertisement

Monday, August 24, 2009

menu berbuka: Ramadhan 1 & 2

Ari sabtu lepas, saja turun KL. Ingat nak gi servis kete. Alih-alih, tutup plak tempat servis kete tu. Pastu ingat nak pegi ke Jalan TAR, kan ada pasarmalam. Tapi pasarmalam apa, dah ganti dengan bazar Ramadhan dah. Niat nak beli nasi beriani marvelous tu ditunda ke lepas raya. Tkde jalan-jalan kat situ. Sesak dengan manusia yang nak shopping.

So aku saja ajak bonda ke Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. Memang banyak juadah yang menarik. Cuma dari segi harga tu, macam tak brapa berbaloi. Kalau confirm puas ati, tak kisah kan. Kalau tak, dok mengeluh plak sepanjang malam. Kan mengeluh tu tak baik. =P Jadi, kat bazar tu cuma beli murtabak dengan kuih apam je.

Ntah macam mana petang tu, takde idea plak nak berbuka kat mana. So kami terus je menuju ke Restoran Nasi Kandar Pelita. Dah tentu tau nak pesan apa kan.



Ahad tu, plan dengan bonda nak cari bazar. Tapi hampeh tak jumpa. Yang ada pasarmalam ditransformasi jadi bazar. Menu yang ada, nasi lemak kukus, nasi lemak ayam berempah, nasi ambeng, nasi kerabu. Yang diluar kebiasaan sikit, laksa. Bosan-bosan....

Tapi aku pun tak tau nak makan apa sebenarnya. So dekat bazar tu, cuma beli putu mayam je untuk sahur. Hehe.

Dalam pukul enam petang camtu, bonda ajak makan kat Restoran Sari Ratu. Bonda dah biasa makan kat sini. Bonda je la yang semangat order. Aku ni, selalu je dengar nama restoran ni tapi takde sape nak bawak makan. Huhu.. Jadi, aku pandai order minuman je.

Kat restoran tu, ada terserempak dengan penyanyi yassin dengan isteri+anak dia. Cute sangat. Macam nak curi-curi snap pic anak dia pun ada. Kat situ terserempak dengan manbai, krew-krew produksi... Agaknya restoran ni tempat lepak diorang kot.

1 comment:

  1. la...nape tak snap aje gamba Yasin & family
    anak dia sure cute mute kan?

    ReplyDelete

Hello!