small advertisement

Thursday, August 27, 2009

menu berbuka: Ramadhan 3, 4, 5

Ari Isnin aritu, aku dengan bonda berbuka dekat foodcourt KLCC je. Tujuan ke KLCC tu, sebab nak gi terminate broadband yang hampeh tu. Sebab tu sekarang tak online di waktu malam.

Bonda makan Kyros Kebab je. Diet katanya. Entah apa yang nak diet di kala bulan posa ni. Dan aku plak order nasi bersama sotong dan lala stail Thai. Sedap!!! Sebagai pembuka selera plak, ade buah melaka, soya lengkong (cincau) dan len chee kang.




Menu ari selasa, kat Restoran Rasamas je. Sungguh menjilat jari.....



Dan semalam, berbuka kat D'Thahara Seafood kat Desa Pandan. Restoran stail siam. Kat sini ada macam-macam jenis lauk. Ayam lemon ke, somtam ke, ayam pandan,...... Rambang mata nak order yang mana satu. Alih-alih aku order tiga lauk je, ketam serbuk kari, kerabu sotong, tomyam ayam. Itu pun dah rasa macam agak banyak. Hehe.





Adoi..... Macam terbau-bau lagi masakan ketam serbuk kari tu. Serius sedap. Lagi-lagi untuk peminat ketam macam aku ni.......

Aisshhh... Takkan nak gi situ lagi kot japgi..


5 comments:

  1. ketam????

    dh bertahun tak jejak klcc

    ReplyDelete
  2. huh..malas la nak makan ketam..
    klu isi ketam ok

    ReplyDelete
  3. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa ....

    ReplyDelete
  4. ween,
    pegi klcc ni pun sbb ade hal je.

    kak ita,
    sedap kak ratah ketam. mjilat2 jari.

    abgrazif,
    trimakasih. smoga abg pun dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete

Hello!