small advertisement

Friday, August 28, 2009

lumut dan melaka

Tengahari semalam, aku dapat call dari customer kat Lumut, mintak attend meeting ari khamis ni, pukul sepuluh pagi. Aku tak bagi sebarang confirmation sebab nak tanya pendapat bos dulu. Bos aku ni pelik-pelik sikit. Kadang-kadang nak sangat pergi. Kadang-kadang tu, bagi 1001 alasan takmo pegi.

Ok, aku pun call boss aku sebab dia takde kat ofis masa tu. Dia selalu masuk ofis selepas pukul dua. Bila aku call tu, aku perasan yang boss aku tu semacam tak berminat nak pergi. Nampak gaya macam aku sorang kena pegi.

Sebenarnya aku tak kesah pun pegi sorang. Series tak kesah selagi aku tak pegi dengan bos aku ni. Cuma kali ni agak nervous nak pegi sebab ni pertama kali nak jumpa customer ni. Dan aku plak dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Bila bos aku masuk je ofis, terus aku tanya pasal attend meeting kat Lumut. Dia pun call supplier dan mintak attend skali meeting tu. Supplier ni bukan asal dalam negara, dia datang dari negara yang punyai pelakon-pelakon hindustan. Jauh tu... Aku tak rasa supplier tu penting nak datang meeting ni. Ntahlaaa..

Lepas call supplier tu, bos aku baru bagi confirmation nak pegi Lumut. Aku pun ready la nak prepare email dan apa-apa dokumen yang berkaitan. Tapi...

"Selasa ni, kita kena pegi melaka jumpa client kat *oste* *heele*. Kita pegi pagi,.....bla-bla-bla"... Aku dengar perkataan melaka ngan *oste* *heele* tu, aku semacam berserabut. Dah tak dengar dah dia cakap apa lepas tu. Lagi-lagi pergi berdua je dengan dia. Aku pun tanya sebab nak pegi ke melaka tu.

"Ada orang advise kt I kne jumpa bos-bos kat situ. Nak terangkan produk yang kita ada." Padahal, company ni selalu supply barang kat situ. Bukan nya baru nak supply. Ok, mungkin itu marketing strategy. Tapi bagi aku tak kena masa nak pegi selasa ni.

Kalau pegi melaka selasa ni, balik ari. Ok, aku setuju bahagian tu. Bukan jauh pun melaka tu. Tapi, bulan posa beb. Dia takpela, tak posa. Relax je nak ke sana ke mari. Ok, posa tak sepatutnya jadi penghalang.

Tapi sapa nak buat keje aku kat ofis ni. Banyak kot dokumen nak kena submit minggu depan. Isnin dah cuti, rabu tu dah bertolak ke lumut kononnya. Kalau selasa tu nak ke melaka, bila nya aku nak siapkan dokumen yang nak dibentangkan masa meeting nanti. Keja lain lagi??

Orang lain nak tolong buatkan? Macam la ramai sangat pekerja dalam company ni. Yang sorang buat keja admin dengan akaun. Aku ni buat keja teknikal.. Ye, ada dua orang je pekerja kat company ni. Kedekut sangat nak amik sorang lagi buat keja.

Apa alasan aku nak bagi kat bos tak pegi melaka selasa ni.

Aaaahh, ko pegi je la sorang. Aku tak ikut pun ada customer kesah.......?

3 comments:

  1. mana leh ckp cmtu ngan boss...
    dia kan boss
    ko pi je lah Melaka tu..
    boleh makan buah melaka

    ReplyDelete
  2. kikiki ....nasib badan la kan ...

    kelakor la ...

    tapi aku tau betapa kosotnya kamu skrg ...

    harap bersabr dan siapkan panadol secukup rasa ...

    ReplyDelete
  3. kak ita,
    dh bape kali dh bos ajak ke melaka.bila kita senang2, tkmo pegi plak.time sibuk2, byk bnde nk kne submit.

    abgrazif,
    arini bos tk sentuh psl gi melaka. tk jd kot.
    mayb.

    ReplyDelete

Hello!