small advertisement

Wednesday, August 26, 2009

cuti raya

Belum seminggu puasa, aku dah kena pikir cuti raya berapa hari. Sebenarnya, tiket nak balik untuk raya dah pun beli minggu lepas.

Mula-mula plan nak balik kampung untuk raya, 17hb bulan depan. Sekali tengok tiket kat kaunter, 16hb je available. Dari 17hb sampai 19hb, tiket balik raya dah abis. Pagi raya tu memang la ada, tapi nak ke aku beraya atas bas, kan?

Disebabkan takmau ketinggalan, aku pun beli je la tiket raya 16hb tu, yang tempat duduk tinggal tak seberapa lagi.

Sekarang, macamana aku nak propose cuti raya aku kat bos? 16hb tu, aku ingat nak keja halfday. Sebab bas bertolak petang. Abis keja trus je ke jalan duta, naik bas. Nak tak nak confirm 17hb ngn 18hb tu cuti.

Tapi macamana dengan minggu seterusnya tu? Klau ikut ati, nak je lajak dari 23hb sampai 25hb. Takkan nak berlari-lari balik ke KL, semata-mata nak keja sehari kan. Cuma aku sangat-sangat pasti, bos aku tu sangat-sangat keberatan nak bagi cuti lama macam tu. Padahal dia melayu, patut paham 'sakit' raya tu macamana. Raya kan sebulan.

Lupa plak aku. Dia memang melayu. Tapi melayu orang putih. Tak sambut raya ni semua. Time raya pun, dia suka lepak kat ofis. Itu apa yang aku dah observe tahun lepas. Yang aku bole yakin sebabnya ari raya tahun lepas bos aku call dari ofis. Apa punya turr la...

Bos aku ni bukan takde famili. Berlambak-lambak famili dia. (Sila paham sendri maksud berlambak-lambak itu.) Dia tak kesah pun nak jumpa mak bapak dia. Dia pun tak kesah nak sambut raya macam kita semua. Masa bulan Ramadhan yang mulia ni, kita terkejar nak buat amal ibadat. Tapi dia.... Memanjang 'peod'. Dia dah anggap ari dalam bulan Ramadhan macam ari-ari biasa, jadi apa la sangat maksud ari raya untuk dia kan.

Adoi...... Macamana ni???

Aku rasa aku nak pakai bom atom attack bos aku, masa nak bagi borang cuti. Agak-agaknya, ok tak?


*bom atom dari segi mental je. tak berani pun nak pakai yang real punya.

8 comments:

  1. ko apply je la..
    jangan ikut peel bos ko tu..
    rugi wooo tak raya nih~

    ReplyDelete
  2. ahakss.. kesian akak... ala akak, buat slow talk je kat dia... tak pun macam ckp cik gemuks... amik MC.... ahaks...

    ReplyDelete
  3. Selamat berjaya dalam misi anda ...

    Semoga dapat berhari raya di kampung dengan aman ...

    ReplyDelete
  4. kak ita,
    ingt nk submit borang cuti tu 2-3ari sebelum nak cuti. tkdela lama dia nk bleter.

    ween,
    lama tu nak amik MC. larat ke nk buat-buat sakit. hehe.

    cahayachenta,
    akan guna cara slowtalk. tp dh tau tk bhasil.

    razifembi,
    trima kasih. mmg perlukan support nk mgadap bos. huhu.

    ;)

    ReplyDelete
  5. nanti jangan lupa update kan kisahnya ...

    ReplyDelete
  6. abgrazif,
    akan diupdate kesahnya.. cuma amik masa sket. hehe.

    ReplyDelete

Hello!