small advertisement

Friday, August 28, 2009

lumut dan melaka

Tengahari semalam, aku dapat call dari customer kat Lumut, mintak attend meeting ari khamis ni, pukul sepuluh pagi. Aku tak bagi sebarang confirmation sebab nak tanya pendapat bos dulu. Bos aku ni pelik-pelik sikit. Kadang-kadang nak sangat pergi. Kadang-kadang tu, bagi 1001 alasan takmo pegi.

Ok, aku pun call boss aku sebab dia takde kat ofis masa tu. Dia selalu masuk ofis selepas pukul dua. Bila aku call tu, aku perasan yang boss aku tu semacam tak berminat nak pergi. Nampak gaya macam aku sorang kena pegi.

Sebenarnya aku tak kesah pun pegi sorang. Series tak kesah selagi aku tak pegi dengan bos aku ni. Cuma kali ni agak nervous nak pegi sebab ni pertama kali nak jumpa customer ni. Dan aku plak dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Bila bos aku masuk je ofis, terus aku tanya pasal attend meeting kat Lumut. Dia pun call supplier dan mintak attend skali meeting tu. Supplier ni bukan asal dalam negara, dia datang dari negara yang punyai pelakon-pelakon hindustan. Jauh tu... Aku tak rasa supplier tu penting nak datang meeting ni. Ntahlaaa..

Lepas call supplier tu, bos aku baru bagi confirmation nak pegi Lumut. Aku pun ready la nak prepare email dan apa-apa dokumen yang berkaitan. Tapi...

"Selasa ni, kita kena pegi melaka jumpa client kat *oste* *heele*. Kita pegi pagi,.....bla-bla-bla"... Aku dengar perkataan melaka ngan *oste* *heele* tu, aku semacam berserabut. Dah tak dengar dah dia cakap apa lepas tu. Lagi-lagi pergi berdua je dengan dia. Aku pun tanya sebab nak pegi ke melaka tu.

"Ada orang advise kt I kne jumpa bos-bos kat situ. Nak terangkan produk yang kita ada." Padahal, company ni selalu supply barang kat situ. Bukan nya baru nak supply. Ok, mungkin itu marketing strategy. Tapi bagi aku tak kena masa nak pegi selasa ni.

Kalau pegi melaka selasa ni, balik ari. Ok, aku setuju bahagian tu. Bukan jauh pun melaka tu. Tapi, bulan posa beb. Dia takpela, tak posa. Relax je nak ke sana ke mari. Ok, posa tak sepatutnya jadi penghalang.

Tapi sapa nak buat keje aku kat ofis ni. Banyak kot dokumen nak kena submit minggu depan. Isnin dah cuti, rabu tu dah bertolak ke lumut kononnya. Kalau selasa tu nak ke melaka, bila nya aku nak siapkan dokumen yang nak dibentangkan masa meeting nanti. Keja lain lagi??

Orang lain nak tolong buatkan? Macam la ramai sangat pekerja dalam company ni. Yang sorang buat keja admin dengan akaun. Aku ni buat keja teknikal.. Ye, ada dua orang je pekerja kat company ni. Kedekut sangat nak amik sorang lagi buat keja.

Apa alasan aku nak bagi kat bos tak pegi melaka selasa ni.

Aaaahh, ko pegi je la sorang. Aku tak ikut pun ada customer kesah.......?

Thursday, August 27, 2009

menu berbuka: Ramadhan 3, 4, 5

Ari Isnin aritu, aku dengan bonda berbuka dekat foodcourt KLCC je. Tujuan ke KLCC tu, sebab nak gi terminate broadband yang hampeh tu. Sebab tu sekarang tak online di waktu malam.

Bonda makan Kyros Kebab je. Diet katanya. Entah apa yang nak diet di kala bulan posa ni. Dan aku plak order nasi bersama sotong dan lala stail Thai. Sedap!!! Sebagai pembuka selera plak, ade buah melaka, soya lengkong (cincau) dan len chee kang.




Menu ari selasa, kat Restoran Rasamas je. Sungguh menjilat jari.....



Dan semalam, berbuka kat D'Thahara Seafood kat Desa Pandan. Restoran stail siam. Kat sini ada macam-macam jenis lauk. Ayam lemon ke, somtam ke, ayam pandan,...... Rambang mata nak order yang mana satu. Alih-alih aku order tiga lauk je, ketam serbuk kari, kerabu sotong, tomyam ayam. Itu pun dah rasa macam agak banyak. Hehe.





Adoi..... Macam terbau-bau lagi masakan ketam serbuk kari tu. Serius sedap. Lagi-lagi untuk peminat ketam macam aku ni.......

Aisshhh... Takkan nak gi situ lagi kot japgi..


Wednesday, August 26, 2009

cuti raya

Belum seminggu puasa, aku dah kena pikir cuti raya berapa hari. Sebenarnya, tiket nak balik untuk raya dah pun beli minggu lepas.

Mula-mula plan nak balik kampung untuk raya, 17hb bulan depan. Sekali tengok tiket kat kaunter, 16hb je available. Dari 17hb sampai 19hb, tiket balik raya dah abis. Pagi raya tu memang la ada, tapi nak ke aku beraya atas bas, kan?

Disebabkan takmau ketinggalan, aku pun beli je la tiket raya 16hb tu, yang tempat duduk tinggal tak seberapa lagi.

Sekarang, macamana aku nak propose cuti raya aku kat bos? 16hb tu, aku ingat nak keja halfday. Sebab bas bertolak petang. Abis keja trus je ke jalan duta, naik bas. Nak tak nak confirm 17hb ngn 18hb tu cuti.

Tapi macamana dengan minggu seterusnya tu? Klau ikut ati, nak je lajak dari 23hb sampai 25hb. Takkan nak berlari-lari balik ke KL, semata-mata nak keja sehari kan. Cuma aku sangat-sangat pasti, bos aku tu sangat-sangat keberatan nak bagi cuti lama macam tu. Padahal dia melayu, patut paham 'sakit' raya tu macamana. Raya kan sebulan.

Lupa plak aku. Dia memang melayu. Tapi melayu orang putih. Tak sambut raya ni semua. Time raya pun, dia suka lepak kat ofis. Itu apa yang aku dah observe tahun lepas. Yang aku bole yakin sebabnya ari raya tahun lepas bos aku call dari ofis. Apa punya turr la...

Bos aku ni bukan takde famili. Berlambak-lambak famili dia. (Sila paham sendri maksud berlambak-lambak itu.) Dia tak kesah pun nak jumpa mak bapak dia. Dia pun tak kesah nak sambut raya macam kita semua. Masa bulan Ramadhan yang mulia ni, kita terkejar nak buat amal ibadat. Tapi dia.... Memanjang 'peod'. Dia dah anggap ari dalam bulan Ramadhan macam ari-ari biasa, jadi apa la sangat maksud ari raya untuk dia kan.

Adoi...... Macamana ni???

Aku rasa aku nak pakai bom atom attack bos aku, masa nak bagi borang cuti. Agak-agaknya, ok tak?


*bom atom dari segi mental je. tak berani pun nak pakai yang real punya.

Monday, August 24, 2009

menu berbuka: Ramadhan 1 & 2

Ari sabtu lepas, saja turun KL. Ingat nak gi servis kete. Alih-alih, tutup plak tempat servis kete tu. Pastu ingat nak pegi ke Jalan TAR, kan ada pasarmalam. Tapi pasarmalam apa, dah ganti dengan bazar Ramadhan dah. Niat nak beli nasi beriani marvelous tu ditunda ke lepas raya. Tkde jalan-jalan kat situ. Sesak dengan manusia yang nak shopping.

So aku saja ajak bonda ke Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. Memang banyak juadah yang menarik. Cuma dari segi harga tu, macam tak brapa berbaloi. Kalau confirm puas ati, tak kisah kan. Kalau tak, dok mengeluh plak sepanjang malam. Kan mengeluh tu tak baik. =P Jadi, kat bazar tu cuma beli murtabak dengan kuih apam je.

Ntah macam mana petang tu, takde idea plak nak berbuka kat mana. So kami terus je menuju ke Restoran Nasi Kandar Pelita. Dah tentu tau nak pesan apa kan.



Ahad tu, plan dengan bonda nak cari bazar. Tapi hampeh tak jumpa. Yang ada pasarmalam ditransformasi jadi bazar. Menu yang ada, nasi lemak kukus, nasi lemak ayam berempah, nasi ambeng, nasi kerabu. Yang diluar kebiasaan sikit, laksa. Bosan-bosan....

Tapi aku pun tak tau nak makan apa sebenarnya. So dekat bazar tu, cuma beli putu mayam je untuk sahur. Hehe.

Dalam pukul enam petang camtu, bonda ajak makan kat Restoran Sari Ratu. Bonda dah biasa makan kat sini. Bonda je la yang semangat order. Aku ni, selalu je dengar nama restoran ni tapi takde sape nak bawak makan. Huhu.. Jadi, aku pandai order minuman je.

Kat restoran tu, ada terserempak dengan penyanyi yassin dengan isteri+anak dia. Cute sangat. Macam nak curi-curi snap pic anak dia pun ada. Kat situ terserempak dengan manbai, krew-krew produksi... Agaknya restoran ni tempat lepak diorang kot.

rokok

Para perokok yang beragama Islam sekalian,



Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.



Jadi apa tindakan anda seterusnya??



P/s: Dah bulan puasa ni, bole la praktis nak berenti merokok kan. Tapi bole nasihat je la macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri......

promote serba sikit

Aku ingat nak buat entri menu aku berbuka puasa setiap ari. Macam ari sabtu, berbuka puasa kat restoran nasi kandar pelita, ari ahad berbuka puasa kat restoran sari ratu.

Nak tunjuk la serba sikit menu yang aku berbuka tu kan. Konon-konon nak promote makanan tu. Mana yang kurang dan terlebih garam, mana yang menjadi menu pilihan kat restoran tu...

Tapi..
Sementara aku nak upload gambar tu pun, aku dah meleleh air liur.

Macam mana ni?


Aku ingat nak upload gambar waktu lepas berbuka puasa... Takde la terliur.

Untuk orang yang terbaca entri menu makanan aku siap bergambar bagai waktu tengah kusyuk berpuasa ni, harap maaf la ye.

Saja la tu nak tengok kuat iman ke tidak.

Hehe.....

Friday, August 21, 2009

separuh menjadi satu

Arini sepatutnya keje separuh hari. Nak kena ke hospital untuk mintak report.

Tapi....


Customer baru called, mintak submit quote.

Adeh.

Confirm kene keja full day ni.

Bila nak settle hal claim kalau asyik drag je......

mama ain II

Mama ain dah keluar hospital dah. Alhamdulillah. Cuma sekarang ni mama ain sangat perlukan pemerhatian sepenuhnya dari ahli keluarga, dua puluh empat jam sehari tanpa henti. Memandangkan ini strok yang kali ke empat berlaku.


Tabah ye ain!

P/s: Terima kasih kepada sape-sape yang berdoa untuk mama ain. Semoga anda dirahmati oleh Dia.

Thursday, August 20, 2009

jerawat

Ada apa dengan jerawat?

Ni antara masalah-masalah yang mungkin ada dalam sistem badan kita kalau ada jerawat.

Dahi
Haba badan melampau
Peredaran darah yang tidak baik
Minda dan badan mungkin terlalu letih, stress
Panas baran

Hidung
Jerawat di batang hidung -tulang belakang mungkin bermasalah
Ujung hidung -haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal
Salah satu tepi hidung -masalah ovari atau sistem reproduksi

Dagu
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalam) lemah
Haid yang tidak teratur /Sistem peranakan bermasalah

Pipi Kiri
Fungsi hati kurang lancar
Masalah rembesan
Menyahtoksin dan penghasilan darah

Pipi Kanan
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

Badan (Belakang /Depan)
Sistem perkumuhan yang bermasalah/ sembelit

P/s: Jerawat tanda kematangan???
P/s (2): Sumber dari forwarded email.


Wallahualam~

weng & blur

Sejak kejadian ari tu, kepala aku ade sket weng. Dulu pun ala-ala weng jugak, tapi sekarang ni sket extra weng.

Contoh kejadian:

Aritu aku drive gi klcc, nak anta dokumen kat pe+ronas. Masa nak balik tu, aku bole lupa yang aku datang dengan kete ke cab.... Isk-isk..... Lepas tu, dah nak pegi ke tempat tunggu cab, baru ingat yang aku drive ke klcc aritu.

Bila aku tengah hand to hand dengan klik, ada la benda yang klik aku akan mintak aku buat. Dan aku pun beriya bagi cadangan dari A ke B untuk hasil yang lebih baik. Tapi tup-tup, aku buat A je. Yang konon-konon nak buat B, lupa terus sampaila klik tanya, "u kata tadi u nak buat B. Takde pun?" Dan aku pun jawab untuk tutup kelemahan yang ada, "I rasa A tu pun dah ok. Tak payah la buat B" =P

Masa drive, selalunya aku akan alert tengok kiri kanan ada kete ke tak. Kali ni, aku dengan tiba-tiba bole terkejut tengok kete take over depan. Bukan sekali-dua, dah berkali-kali dah ni.

Jap... Lupa jap. Tadi nak taip ape ye. Tadi dah ingat dah. Hmmmm.....

Ok. Dah ingat.

Time kat tempat keja yang paling teruk aku punya weng. Bila dah abis discuss pasal apa-apa yang penting bos slalunya akan tanya kat aku, "
Other things??" Dan aku paham dia maksudkan pasal hal-hal lain yang nak dibincangkan. Tapi semalam, "What do you mean other things???" Ye, agak sarkastik gaya aku bertanya. Dan lepas tu, baru aku paham. Cepat-cepat aku sambung ayat tadi, "All the docs dah bla-bla, bla-bla, bla-bla......" Ehehehee

Lagi... Kalau dulu, aku suka sakat orang. Tapi sekarang, aku lagi suka sakat orang.




Erk.... Kategori weng jugak tu kan? Ehehee.... =P

Ok.

Setakat ni benda weng yang aku dapat kesan. Tengokla lepas ni camne plak. (,")


Wednesday, August 19, 2009

mama ain

Tadi pagi, lepas aku mandi, aku check handset. Ade SMS. Mula-mula, aku ingtkan cik boipren yg SMS ataupun my klik. Tapi rupanya ain yang anta.

u my mum kt emergency hukm nie.kul 4 lebe td msk..my mum x ble grak n ckp lnsg..

hmm..Terkedu aku baca SMS ain tu. coz jumaat tu, baru je mama dia kne admit hospital sbb strok. Baru lega sket isnin tu, tapi diserang strok balik.

Aku yang takde pape hubungan dgn mama dia, terasa sayu dan simpati. Apatah lagi anaknya sendri.

Banyakkan bersabar ye ain. Dia sentiasa bersama dengan orang yang bersabar. Dan Dia juga lebih mengetahui sebab-sebab kejadian tu. Aku cuma dapat doakan kesihatan mama kau semoga lebih baik dan dapat meluangkan lebih masa dengan kau.



Mintak tolong kawan-kawan sekalian untuk doakan kesejahteraan mama ain ni ye.

Terima kasih.

Tuesday, August 18, 2009

~Alhamdulillah~





bertempek bandage
bertopeng
berparut

redha dan bersyukur
dengan apa yang masih ada



09 08 09

Dah sampai depan CIAST dengan kawan aku. Tapi tak yakin itu kenuri kawan matriks tu. So terlajak ke depan dalam 100m. Pastu nampak tanda arah gi umah pengantin. Baru buat U-turn kat depan.

Lepas buat U-turn, gerak perlahan nak cari parking. Kete bawak slow je. Dan rasanya dah berhenti dah pun masa tu. Tapi dari depan, ada sebiji kete perdana, meluru laju ke arah kete kami dan masuk laluan kami. Laju sungguh macam tak ingat nak break langsung dah.

KEDEBANG.... Kete perdana tadi langgar kete kami dan terseret ke belakang dalam kira-kira jarak 10m. Mujur kawan aku yang bawak kete, tak bawak laju dan tak hold break. Break-free. Alhamdulillah dia takde pape. Aku? Aku cedera dari kening sampai ke ubun rambut, gara-gara tak pkai seat-belt.

Pemandu perdana tu pun, tak apa-apa. Anak-anak dia pun Alhamdulillah takde pape. Cuma terkejut je dan terus demam.

Aku pulak terus dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan. Yang kawan aku tu, sibuk uruskan hal yang berkaitan dengan kemalangan tu.

Teladan dari tragedi ni......
Pakai seat-belt dari saat duduk dalam kete sampai kete dah behenti, okay!

Kalau tak, pikir-pikir kan la..........

Monday, August 17, 2009

anda no berapa?

Anda no berapa??


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no..5


Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6


Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7


Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8


Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.9



No.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil,
rajin, terus-terang, cemburu dalam asas
pertandingan, baik hati, peramah dan
autoriti. Anda ingin mendahului dalam
apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah
berada di bawah pimpinan orang lain.
Anda akan bercinta dalam usia yang muda
tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda. Mala h
anda juga menyimpan dendam dengan orang
yang bersalah dengan anda. Anda seorang
yang kuat belanja. Pada masa hadapan
anda adalah professional dalam kerjaya
yang anda ceburi. Namun terdapat juga
orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah
no.4, 6, 8.
No..2

----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh
semua orang kerana anda berperanankan
Bulan dan semua orang suka akan bulan.
Em....bagus! Anda suka bermimpi siang.
Anda kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda
adalah seorang yang sukar diramal kerana
anda membuat perubahan berdasarkan masa
dan keadaan. Anda juga seorang yang
mementingkan diri sendiri tetapi and
mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan
komunikasi lisan. Sikap anda seperti
bulan yang datang keredupan dan pudar
jadi semua orang boleh mengetahui
perubahan anda. Anda boleh menjadi
Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta
akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras,
pentingkan diri sendiri, kuat agama dan
suka untuk mempertingkatkan kehidupan
sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga
dan anda dapat mengharungi dengan
kesabaran anda. Anda sangat pandai
bercakap, wajah yang cantik, jadi ke
mana saja anda pergi anda akan dapat apa
yang anda inginkan. Daripada hari lahir
anda, anda perlu berkerja keras untuk
berjaya. Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda
akan membawa harapan, kegembiraan dan
keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal
anda adalah no.6, 9.

No.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan
rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana
kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang lain.
Anda berbakat dalam penyelidikan dan
seni. Anda akan membantu ahli keluarga
atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
tanpa berfikir panjang. Anda kena
berhati-hati dengan orang sekeliling
anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-kawan anda
akan menghabiskan masa dan wang ringgit
anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat
mereka lagi. Walau bagaimanapun anda
tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda
boleh menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal
fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda
adalah seorang yang humor di kalangan
kawan-kawan dan ahli keluarga.
Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga
akan minta bantuan anda apabila mereka
memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan.
Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda
mempunyai ciri-ciri seorang pengembara
dan ahli silap mata.. Anda mempelajari
hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal
anda adalah no.1 , 2, 9.

No.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup
ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam
hidup anda saja. Anda sangat pandai
dalam pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius, baik
hati (tapi hanya orang yang beranggapan
anda orang baik), mempunyai paras rupa
yang cantik atau kacak. Semua benda yang
baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga
dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang murah
hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada
sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan
seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas
baran. Namun demikian, anda banyak
melakukan pengorbanan untuk keluarga.
Anda meletakkan keluarga di tempat yang
amat tinggi sekali sehingga
kadang-kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan
untuk memberi sumbangan kepada dunia
ini. Jadi anda seorang yang bagus dan
seorang yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.

No.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat
kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding
jari pada sesuatu benda. Anda juga
mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
Semua masalah ini telah menjadikan anda
lebih kuat dan tabah. Anda
memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa
anda telah dihabiskan bersama-sama
dengan kawan-kawan. Anda seorang yang
disiplin dalam hidup, tidak putus asa
dan berani. Faktor-faktor ini telah
membawa anda ke puncak kejayaan. Anda
juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah
dari segi fizikal dan juga mental. Anda
mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat
dihormati dalam komuniti. Anda adalah
orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu
bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin
meningkat anda adalah seorang anak yang
taat dan hormati mereka. Anda sesuai
menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan
yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan
ideal anda adalah no. 3, 5, 6

Tuesday, August 11, 2009

luahan pendek

Sabtu lepas....

Aku ade exam ptd. Pengawas exam aritu agak ramah orangnya. Beliau bagitau yang amik exam aritu, lebih kurang 45 ribu calon. Tapi SPA nak amik 800 orang je. Hmm.... Soalan aritu okla, ade 5 seksyen. Smua aku blasah jawab dengan menggunakan kuasa coret mencoret. Hehe. Harap ada rezeki untuk ke peringkat seterusnya. Doa-doakan ye.

Ahad lepas...
Plan nak ke kenuri kawan masa di matriks dulu. Tapi dah jadi cerita lain. Bole ke web ni utk lebih info. Em... Kurangla sudah dua-tiga ribu untuk hantaran kawen nanti. Waaaaa...

Friday, August 07, 2009

cari calon menantu

ada sapa-sapa yang berminat?

p/s: sumber dr forwarded email. bole test utk tentu sahih benda ni. eheks!

Thursday, August 06, 2009

bintang zodiak

Info bawah ni, aku dapat dari forwarded email. Tak dapat ditentu sahkan betul atau tidak. Baca bole, percaya jangan. Hehe.

VIRGO - The Perfectionist

Dominant in relationships.. Conservative. Always wants the last word. Argumentative. Worries. Very smart. Dislikes noise and chaos. Eager. Hardworking. Loyal. Beautiful. Easy to talk to. Hard to please. Ha rsh. Practical and very fussy. Often shy. Pessimistic.


SCORPIO - The Intense One

Very energetic.
Intelligent. Can be jealous and/or possessive. Hardworking. Great kisser. Can become obsessive or secretive. Holds grudges. Attractive. Determined. Loves being in long relationships. Talkative. Romantic. Can be self-centered at times. Passionate and Emotional.

LIBRA - The Harmonizer

Nice to everyone they meet. Can't make up their mind. Have own unique appeal. Creative, energetic, and very social. Hates to be alone. Peaceful, generous. Very loving and beautiful. Flirtatious. Give in too easily. Procrastinators.
Very gullible.

ARIES - The Daredevil

Energetic. Adventurous and spontaneous. Confident and enthusiastic. Fun. Loves a challenge... EXTREMELY impatient. Sometimes selfish. Short fuse. (Easily angered.) Lively, passionate, and sharp wit. Outgoing. Lose interest quickly - easily bored.
Egotistical. Courageous and assertive. Tends to be physical and athletic.

AQUARIUS - The Sweetheart

Optimistic and honest. Sweet personality. Very independent. Inventive and intelligent.
Friendly and loyal. Can seem unemotional. Can be a bit rebellious. Very stubborn, but original and unique Attractive on the inside and out. Eccentric personality.

GEMINI - The Chatterbox

Smart and witty.
Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express themselves. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.

LEO - The Boss

Very organized. Need order in
their lives - like being in control. Like boundaries. Tend to take over everything. Bossy. Like to help others. Social and outgoing. Extroverted. Generous, warm-hearted. Sensitive. Creative energy. Full of themselves. Loving. D oing the right thing is important to Leos. Attractive.

CANCER - The Protector

Moody, emotional. May be
shy. Very loving and caring. Pretty/handsome. Excellent partners for life. Protective. Inventive and imaginative. Cautious. Touchy-feely kind of person. Needs love from others. Easily hurt, but sympathetic.

PISCES - The Dreamer

Generous, kind, and
thoughtful. Very creative and imaginative. May become secretive and vague. Sensitive. Don't like details Dreamy and unrealistic. Sympathetic and loving. Kind. Unselfish. Good kisser. Beautiful.

CAPRICORN - The Go-Getter

Patient and wise.
Practical and rigid. Ambitious. Tends to be good-looking. Humorous and funny. Can be a bit shy and reserved. Often pessimists. Capricorns tend to act before they think and can be unfriendly y at times. Hold grudges. Like competition. Get what they want.

TAURUS - The Enduring One

Charming but
aggressive. Can come off as boring, but they are not. Hard workers. Warm-hearted. Strong, has endurance. Solid beings who are stable and secure in their ways. Not looking for shortcuts. Take pride in their beauty. Patient and reliable. Make great friends and give good advice. Loving and kind. Loves hard - passionate. Express themselves emotionally. Prone to ferocious temper-tantrums. Determined. Indulge themselves often. Very generous.

SAGITTARIUS - The Happy-Go-Lucky
One

Good-natured optimist. Doesn't want to grow up (Peter Pan
Syndrome). Indulges self. Boastful. Likes luxuries and gambling. Social and outgoing. Doesn't like responsibilities. Often fantasizes. Impatient. Fun to be around. Having lots of friends. Flirtatious. Doesn't like rules. Sometimes hypocritical. Dislikes being confined - tight spaces or even tight clothes. Doesn't like being doubted. Beautiful inside and out.

p/s: Cik boipren, sila komen bintang wa. Wa nya bintang memang kna 70% kan?