small advertisement

Monday, July 13, 2009

Sungguh pun, aku hanya menjadi pemerhati dengan keadaan sekeliling ku, tapi kadang-kala kita sendiri turut diperhatikan. Mana ada situasi yang kita lansung tak diperhatikan, kecuali kalau kau sorang-sorang dalam dunia ini. Itu pun jangan lupa, yang satu itu selalu perhatikan kita.

Bila menjadi pemerhati ni, kita akan nampak bermacam-macam peristiwa yang berlaku dalam bermacam-macam situasi. Dari situ, kita akan mula mengolah individu-individu yang berkaitan. Perangainya, sikap rasionalnya, budi pekertinya. Dan dari situ, mungkin terjadinya perbezaan pendapat dengan pemerhati yang lain.

Aku tak suka sebelahi sapa-sapa tanpa tau hujung pangkal peristiwa tu. Tapi aku juga manusia biasa, yang terus membuat kesimpulan tanpa mendengar penjelasan kedua-dua pihak. Dan aku juga tidak suka, bila pada asalnya aku hanya pemerhati tapi kemudiannya turut terlibat dalam peristiwa itu. Ouh, sungguh memeningkan kepala.

Bila aku jadi macam tu, terpaksala aku bersikap sangat neutral seolah-olah aku ni hati batu. Alih-alih, bila sampai terkena kat hati yang sensitif ini, muda saja aku menjadi lalang untuk kedua pihak. Oh, demn! Tak suka.

Jadi apa yang aku patut buat untuk aku kembali neutral dan tidak mengganggu hubungan aku dengan individu-individu berkaitan. Keraskan hati yang sensitif ini? Nanti dikatakan kurang ajar. Takpun digelar sombong.

Kehidupan... Kadang-kadang kau indah, kadang-kadang kau.......

Aishh, aku harus menerima ketentuan-Nya dalam hidupku.

Mungkin ada sinar yang sedang menunggu aku mencarinya.

Kan??


3 comments:

  1. kak ita,
    bersukar-sukar dulu, dan bersuka-suka kemudian.

    ReplyDelete
  2. kalo jdik cmtuh..biarkan ajer..kan?? ssh kalo masuk cmpo

    salam singgah!*

    ReplyDelete

Hello!