small advertisement

Thursday, July 16, 2009

minat rempit

Aku tak pandai bawak motor. Cuma tau tolak motor je. Dan aku memang tak pernah diajar untuk bawak motor dari dulu lagi.

Tapi aku ada angan-angan nak pakai motor besar. Yang ala-ala sporty tu. Macam gambar kat bawah ni.



Aku rasa bergaya semacam bila dapat naik motor besar cam ni. Aku rasa la. Tak pernah naik pun lagi. Setakat motor besar mainan, ada la..

Kalau aku bawak motor Kawasaki Ninja cam kat atas ni, confirm la aku naik sorang-sorang. Aku tkmo heret sapa-sapa naik dengan aku. Aku nak macam dalam tivi tu. Bila dah bukak helmet baru tau kata pompuan yang bawak, sambil kibas-kibaskan rambut aku. (kibas ke? blasah la). Tapi rambut aku takde la panjang mana pun nak tayang.

Cuma bila masanya aku nak gi blaja bawak motor ni. Dan aku berani ke nak bawak motor cam atas ni? (Bab berani yang dimaksudkan tu, berani ke aku berhadapan dengan famili aku) Maunya kena kutuk dengan atok sendiri. Kete pun takde, ade hati nak beli motor besar.

So aku ingat aku nak suh cik boipren yang beli motor besar ni. Mujur dia minat dan minatnya lebih mendalam dari aku. Yela, aku tau bentuk motor je. Apa jenis enjin tu semua, buat pa aku amik peduli kan.

Kalau cik boipren ada motor besar, bole la menumpang bergaya. Tak bawak pun takpe, eksyen lebih je sorang-sorang atas motor tu. Hehe.

Kalau cik boipren ni husben aku, lagi besh. Bole la jadi minah rempit. Pakai jaket kulit, helmet besar, tonggek atas motor pastu peluk husben. Auuwww. Bestnye.
.
.
.
.
.
Cik boipren, bila cik boipren nak beli motor besar dan kawen dengan ai?? Nak jadi mak
minah rempit yang ade class.....



Hehe.


4 comments:

  1. sy pn suke superbike nie

    dh plan ngan pak incik (berangan)

    kalao dh tua @ pencen
    nak naik moto nie round satu malaysia

    ReplyDelete
  2. ween,
    tua-tua nnti, jomla konvoi sama.
    hehe.

    ReplyDelete
  3. Perlu ke tunggu tua @ pencen baru nak pakai motor mcm nie? Tak best la. Muda2 la seronok. :P

    ReplyDelete
  4. alang,
    masing2 punya perancangan. biar le.

    ReplyDelete

Hello!