small advertisement

Friday, July 17, 2009

kira calculate

Semalam, aku godek-godek laman web bank yang ada dalam Malaysia ni. Godek-godek untuk membandingkan dividen savings dan jugak interest personal loan.

Kononnya dok berangan nak buh duit dalam fixed deposit takpun akaun yang mampu memberi dividen tinggi selain dari amanah saham dengan tabung aji. Pada masa yang sama, dok berangan nak jadi 'ahlong'. So belek la interest untuk personal loan. Tapi macamla aku kaya-rayan, sampai nak jadi ahlong kan.

Ntah camne masa dok godek-godek website, aku terjumpa study loan. Selama ni aku cuma tau peti-peti-tipu je yg bagi loan untuk study. Yang lain-lain tu, macam segala yayasan tu, ada yang bagi loan dan ada yang bagi sebagai biasiswa.

Dan sebelum tu, aku ada dapat call dari kolej swasta, tanya samada aku berminat nak sambung study ke tak. Dan berminat tak, nak sambung kat tpt diorang. Serius aku kata, aku memang teringin nak sambung study.

Tapi niat aku nak sambung study ni, sebab aku nak blaja benda-benda yang sebelum ni aku tak dapat peluang untuk terokai. Kalau dulu kat kolej, aku belajar mekatronik, tapi sekarang aku teringin nak belajar benda-benda yang berkaitan dengan animation ke, multimedia semua tu.

Cuma aku takde niat plak nak smbung belajar bab-bab multimedia ke tahap master. Aku lebih prefer sijil atau diploma. Lebih praktikal dari teori kan. Kalau nak sambung master pun, mungkin aku lebih prefer sambung ke bahagian pendidikan camtu.

Sekarang ni, kolej swasta yang call aku ni, tawarkan course yang konon berkaitan dengan keja aku sekarang. Mula-mula aku berminat jugak, tapi lama-lama aku jadi rasa was-was. Bila pikirkan, aku nak ke, keja dalam industri ni lama-lama. Bukan aku ni jenis pegi offshore ke hape.Yuran tu plak, mahal woo. Satu semester rm10k. Mampu ke nak bayar. Loan peti-peti-tipu pun, aku tak abis bayar pun lagi.


Waaaaaaaaaaa~


Prettyrain, sila buat setakat yang mampu je. Kalau tak, kau merana nanti.

4 comments:

  1. fikir2kan lah
    10K banyak tu..jgn setengah jln kantoi, susah nnti

    ReplyDelete
  2. Meza, try la unit trust. dividen agk tinggi jgk. boleh sampai 40%. harga seunit dia berubah2 depends on current market. basically dia lebih kurang mcm ASB. unit trust ni long term investment, at least 3yrs. ni berdasarkan pembacaan aku jela, blum experience lagi.

    ReplyDelete
  3. hi nisux.
    lama aku tunggu ko komen.ehehe.
    aku ade pk psl gk psl unit trust ni. cuma aku perlukn somebody utk guide aku. tgh risik2 bos utk hulur2kn kwn dia jd aku nya guide.
    =P

    ReplyDelete
  4. RM10K, baik simpan buat kawin..

    ReplyDelete

Hello!